"Tuanku!" Ferrick dan lain-lain memandang ke arah panggilan itu.
Seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian satria sedang menuju ke arah mereka. Di belakang mereka terdapat seangkatan askar yang mengikut sama. Kesemua mereka menunggang kuda.
"Ah, Neleton, Agina, baguslah korang berdua selamat," kata Ferrick.
"Tuanku tidak apa-apa? Jeneral Agriean, sila terangkan apa yang telah berlaku di sini?" Pinta Agina sambil turun daripada kudanya. Pada masa yang sama, kudanya dijaga seorang pengawal.
Agriean mendekati kuda Neleton dan memegang talinya sementara Neleton turun daripada kudanya juga.
"Bertenang, Komander Agina, Komander Neleton. Beta berdua tidak apa-apa... Miko dah ada raja baru. Sebab tu tempat ni berubah jadi camni," senyum Helisa.
"Apa?! Benarkah? Siapa dia, tuanku?" Tanya Neleton dengan terperanjat.
"Beta rasa kamu berdua kenal dia. Dia adalah putera syaitan yang dipercayai ayahanda beta."
"Putera Zeliker Asterostes?! Baginda ialah raja baru Miko?!" Neleton dan Agina terkejut mendengarnya.
Pada masa yang sama, Zeliker, Hetero, Xium dan Kaizelan telah bergerak masuk ke dalam bangunan istana. Dalamnya terlalu indah dan canggih hingga mereka semua tergamam. Terdapat dua lif di tengah-tengah bangunan yang menuju ke bawah dan ke atas. Bukan itu sahaja, mereka dapat melihat sejauh mana ketinggian bangunan itu di samping mengira bilangan tingkat di atas mereka.
"Bukan ada empat tingkat ke?" Tanya Hetero. Setahunya, semasa dia, Reuris dan rakan-rakan mereka memasuki tempat itu, mereka cuma dapat naik hingga ke tingkat empat sahaja, tingkat yang teratas.
"A'ah. Perubahan tempat ni telah menambah banyak benda," balas Zeliker.
Mereka berdua asyik memandang ke atas. Bumbung teratas diperbuat daripada kaca, membolehkan mereka melihat awan dan langit. Mereka meneka terdapat enam tingkat kesemuanya. Malah, jarak setiap tingkat adalah dari 15 ke 25 kaki.
Ruang yang mempunyai lif itu pula berbentuk bulat hingga ke tingkat atas. Pintu-pintu lif di atas mempunyai ruang berjalan sebelum beberapa laluan jejambat berbatu menuju ke beberapa arah daripadanya.
"Bagaimana tempat ni boleh dibina sebegini? Ini di luar pengetahuan manusia," sebut Kaizelan perlahan. Riaknya runsing bercampur kagum. Dia tidak pernah tahu Miko mempunyai pembinaan sebegitu.
Tangannya menyentuh lantai di bawahnya yang sangat licin dan mempunyai corak berbunga. Kemudian, bergerak menyentuh dinding lif. Dinding lif itu juga diperbuat daripada kaca yang tebal dan boleh memberi sesiapa melihat orang yang menggunakannya. Tapak untuk mengangkat dan menurunkan orang kelihatan diperbuat daripada aluminium keras.
Kaizelan tersentak apabila dia berjalan ke satu permukaan pada dinding lif itu dan permukaan tersebut tiba-tiba terbuka seperti pintu automatik.
"Apa kamu buat?" Tanya Zeliker sambil menghampirinya.
"Aku tak buat apa-apa pun," balas Kaizelan tetapi dia melangkah masuk untuk memijak tapak aluminium itu.
"Hei, apa benda ni?" Tanya Hetero yang juga masuk dan mendekati satu tiang dengan papan berbutang di atasnya. Tepi butang tersebut tertulis nombor menurun dari angka enam ke satu sebelum perkataan 'Ground', 'Lower Ground', dan 'Aquatum'. Jarinya menekan butang 'Aquatum'.
Zeliker dan Xium terkejut apabila pintu lif itu ingin tertutup. Mereka segera berlari masuk. Kemudian, mereka semua terasa tapak di bawah mereka mula bergerak menuju ke bawah. Oleh sebab tidak biasa, masing-masing terasa pening dan mula memegang dinding atau duduk di lantai dengan segera.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...