Kaizelan diam sepanjang masa mendengar perbualan Zeliker, Xium dan Hetero. Buat masa ini, dia ditempatkan dalam bilik rawatan atas sebab kekurangan zat. Sememangnya boleh berlaku jika duduk dalam penjara yang tidak mempunyai apa-apa makanan.
“Oi, Zeliker, kamu kan dah penuh tangan dengan kerja sukarelawan. Daripada jaga dia ni baik kamu teruskan hubungan rapat dengan penduduk. Kan senang kamu nak naik takhta semua orang terima dengan tangan terbuka. Takde lah ramai nak bangkang nanti,” ujar Hetero.
“Aku tahu,” balas Zeliker sambil mengerling ke arah Kaizelan.
Sebenarnya, dia berasa serba salah mengurung Kaizelan. Pada hari mereka bersetuju untuk mengeluarkan Kaizelan, mereka menemui Kaizelan tidak sedarkan diri dengan degupan jantung yang lemah. Walaupun tubuh Kaizelan diselimuti kain tebal, kelihatan dia tidak mampu menahan suhu sejuk itu.
Oleh sebab itu, Zeliker merasakan dirinya kejam. Jika dia ingin mendapatkan kerjasama Kaizelan, sudah tentu memenjarakan Kaizelan di tempat sebegitu bukan cara yang betul. Malah, menjauhkan lagi hasratnya. Dia sedar dia telah melakukan kesilapan yang tidak dapat diperbaiki. Kaizelan pula pastinya akan mngingati saat-saat itu selamanya.
“Zeliker.”
Panggilan namanya membuatkan dia mengalih pandangan ke arah Xium.
“Kamu tidak bersalah melakukannya. Sistem biasa dilakukan kepada musuh manusia dan kita berpihak kepada manusia, bukan? Jangan lupa, dia ni ingin berperang dengan negara manusia yang kita mahu lindungi,” beritahu Xium menggunakan perhubungan minda. “Lagipun, setahu aku masih banyak masa untuk memperbaiki sesuatu yang rosak dan kamu bukan berseorangan yang memikul kesalahan. Aku dan Hetero juga sama.”
Zeliker terpegun. Dia memikirkan kata-kata Xium yang ada benarnya. Dia mengangguk tidak lama kemudian. Xium pasti telah membaca fikirannya dan lebih memahaminya daripada orang lain.
“Beginilah, biar aku dan Xium je jaga Kaiz. Kamu pergi buat kerja kamu,” cadang Hetero.
Xium mengangkat kening sambil memandang Hetero. “Kenapa dua? Seorang pun boleh, kan?”
“Dua orang senang nak tukar-tukar la. Penat la aku kalau aku je jaga,” balas Hetero.
“Belum jaga dah penat?” Perli Xium walaupun dia tidak bermaksud apa-apa. Sebaliknya, dia keliru Hetero telahpun letih sebelum mula apa-apa. Dia merasakan Hetero kurang tenaga.
Hetero mula mengerutkan dahi ke arahnya. “Maksud aku bukan camtu lah…” Dia menerangkan situasi yang dimaksudkannya kepada Xium supaya Xium dapat menolongnya menjaga Kaizelan.
Zeliker yang mendengar perbualan mereka itu merasakan ia lucu. Dia sedar Hetero hanya mahukan masa untuk menjauhkan diri daripada Kaizelan. Itupun sebab Kaizelan bukanlah seorang yang mempunyai ayat lembut. Dia pasti Hetero akan dimaki dengan teruk dan mengundang pergaduhan jika Hetero terpaksa melakukannya seorang diri. Silap hari, dia tidak akan melihat Kaizelan di mana-mana kerana ditanam Hetero. Dia berharap perkara tersebut tidak berlaku.
“Kaiz.” Dia mendekati katil Kaizelan.
Kaizelan senyap kerana dia malas hendak membalas apa-apa. Tubuhnya sudah sembuh tetapi dia tidak ingin mengatakan apa-apa kepada musuhnya. Apatah lagi, selepas termimpi adiknya yang dihasut manusia untuk beperang dengannya. Dia tidak akan lupa saat-saat itu selamanya. Berkerjasama dengan manusia? Dalam mimpi je lah boleh berlaku.
Zeliker dapat melihat Kaizelan tidak mahu kehadirannya dan rakan-rakannya di situ. Dia tidak rasa Kaizelan marah kerana dipenjarakan tetapi sesuatu yang menyebabkan Kaizelan mula kelam. Zeliker tidak pasti apa tetapi hal tersebut membuatkannya mahu mengetahuinya. Jika dia ingin memahami Kaizelan, dia perlu korek masa lepas Kaizelan.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...