" Ye-Ye ke?! Haa.. Nasib baik aku pulang ke sini semula.." kata Zeliker dengan rasa lega.
" Hehe.. Tepat pada masa kah..? Zeliker, kamu bawalah kawan-kawan kamu berjumpa dengan yang lain. Aku sebenarnya sedang melarikan diri ni.." kata Dian.
" Huh??" semua orang tersentak mendengarnya.
" Apa yang berlaku, Dian?" Tanya Zeliker.
" Err.. Itu... Nanti lah aku beritahu.." balas Dian.
" Ah!! Dian, jumpa juga kamu akhirnya!! Ke mari kamu!!" jerit seorang perempuan dari jauh.
" Erk! Maaf, Zeliker! Kamu semua juga! Bye-bye!!" ucap Dian lalu melarikan diri.
" Dian, tunggu dulu!!! Jangan larikan diri!!!" jerit perempuan itu lagi lalu mengejar Dian.
Semasa Dian ingin menghilangkan diri dengan kepantasannya, perempuan itu mengeluarkan sebuah alat berbentuk gelang dari dalam bajunya lalu melemparnya ke arah Dian dengan laju. Gelang itu bercahaya dan terpasang ke sebelah kaki Dian. Dian terus jatuh tersembam.
" A-Aduh!! Garghh!!" jerit Dian apabila perempuan itu memijak belakangnya.
" Berani kamu melarikan diri dari aku, Dian!" kata perempuan itu dengan wajah bengis.
Zeliker dan kawan-kawannya terkejut melihat situasi tersebut. Kemudian, perempuan itu menarik sebelah kaki Dian dengan sebelah tangannya lalu ingin dibawa ke satu arah. Dian terus mencengkam tanah dengan kedua-dua belah tangannya supaya perempuan itu tidak membawanya pergi.
" Dian!!! Jangan buat hal!! Aku perlukan kamu, tau tak!!" kata perempuan itu dengan nada marah.
" Tidak!! Lepaskan aku!! Lepaskan aku, perempuan kejam!! Sesiapa tolong aku!!! Uwaaa!!!" jerit Dian.
" Bising lah kamu ni!!" perempuan itu mengeluarkan seutas gelang pula lalu dipakaikan pada leher Dian.
Perbuatannya terhenti apabila sebelah tangan Zeliker memegang tangannya.
" Apa yang kamu nak buat pada dia dengan pakaikan alat hamba itu?" Tanya Zeliker dengan riak marah.
" Ah, Zeliker..." kata Dian perlahan dan terasa diselamatkan.
" Zeliker..? Kamu Zeliker? Wajah cam perempuan je.. Bencinya.." kata perempuan itu dengan mengutuk Zeliker.
" A-Apa kamu kata..? Siapa kamu ni?! Apa yang kamu cuba buat dengan Dian?!"
" Nama aku Bekura. Suka hati aku lah kalau nak buat apa-apa dengan adik aku.." kata perempuan itu.
" Eh?? Adik?? Maksud kamu, Dian? Dian adik kamu..?" Tanya Zeliker dengan riak terkejut.
" Ya. Ada masalah dengan itu? Jika tiada, ke tepi! Aku nak ajar budak ni camna nak jadi syaitan sebenar!" balas Bekura.
" Ti-Tidak!! Zeliker, jika kamu biar dia buat apa-apa pada aku, kamu mesti akan menyesal nanti!! Aku akan mati nanti!! Tolong aku, Zeliker!!!" pinta Dian dengan merayu kepada Zeliker supaya menolongnya.
" Tak tahu malu. Sepatutnya kamu cuba melepaskan diri dari aku dengan kuasa kamu tu.." kata Bekura.
" Kamu ingat aku boleh ke?! Kamu dah kunci kuasa dan tenaga aku dengan gelang kat kaki aku ni, tau tak!! Macam mana aku nak larikan diri!!" marah Dian.
" Apa?? Ada ke alat camtu??" kata Zeliker dalam hati sambil memandang gelang pada kaki Dian.
" Jika kamu tak nak aku letakkan alat yang sama pada kamu, baik kamu jangan campur hal kami," bisik Bekura ke telinganya.
" Ermm... Aku tak boleh buat camtu. Dian kawan aku dan dia juga adik kamu. Kenapa kamu kejam dengannya??" Tanya Zeliker.
" Dia lari dari rumah.." jawab Bekura.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...