Dia terkejut melihat Hetero dan Xium berada di luar dewan itu.
"Hetero..." sebut Zeliker yang telah mengagak Hetero akan mengetahuinya.
"Aku nak ikut juga," kata Hetero.
"Erm... Tak boleh, Hetero. Aku perlukan kamu di sini untuk menjaga keselamatan semua orang. Lagipun, hanya kamu dan aku je spesies istimewa di sini. Jika keadaan menjadi teruk dan peperangan berlaku, kamu boleh bantu selamatkan yang lain," jawab Zeliker.
"Tapi.. Aku risaukan keselamatan kamu. Kamu tahu kan Negara Entenoa dan Negara Weety mempunyai selok-belok yang bahaya. Aku patut pergi untuk jadi pemandu arah kamu," balas Hetero yang mengetahui jalan selamat.
"Erm.." Zeliker diam sejenak.
"Biarkan dia ikut kita," kata Xium.
"Xium?" pandang Zeliker terhadapnya.
"Jika Hetero berada di sini, rahsia kita akan bocor dan akan merisaukan yang lain.." terang Xium.
"Hei!" Hetero tersentak kerana Xium mengatakan keburukannya berada di istana.
"Haa... Yelah-yelah. Hetero, kamu boleh ikut," kata Zeliker dengan keluhan kerana dia terpaksa membenarkan Hetero pergi bersamanya.
Hetero berasa gembira mendengarnya. Keesokan harinya, mereka bertiga keluar awal pagi sebelum kawan-kawan mereka yang lain sedar.
"Kita patut sampai di Negara Entenoa secepat mungkin.." kata Hetero lalu memunculkan sebuah dimensi ke sebuah bandar.
Mereka bertiga masuk ke dalamnya dan muncul di sebuah Bandar.
"Ini Bandar Sey. Walaupun dekat dengan istana diraja tetapi istananya berada di luar kawasan bandar. Kita perlu melalui jambatan jika hendak masuk ke dalam istana," beritahu Hetero.
"Begitu rupa-rupanya.. Pelik juga bandar ni. Banyak bangunan berbumbung bulat dan berbentuk segi tiga. Kali pertama aku ke sini," kata Zeliker yang melihat perumahan di situ.
"Haha.. Tapi itulah yang menarik tentang tempat ni. Raja masa lalu, Belcam, yang sukakan perbentukan rumah sebegini. Jadi, tradisi negara ni sentiasa begini sejak zaman dulu lagi. walaupun dia salah seorang raja syaitan tetapi pemikirannya sangat unik. Boleh dikatakan lebih kepada artistik punya orang," balas Hetero sambil tergelak kecil.
"Mengagumkan.. Xium, kenapa diam je?" Tanya Zeliker.
"Tak de apa-apa untuk dibualkan. Kita patut ke istana sebelum mereka menghantar askar ke Lagendia," balas Xium.
"Ya, betul tu. Kat mana, Hetero?"
"Ikut aku," kata Hetero lalu berjalan dahulu.
Zeliker dan Xium mengikutnya dari belakang. Mereka keluar dari kawasan bandar. Zeliker dapat melihat bumbung istana jauh di hadapannya. Semasa mereka melalui sebuah lorong jalan, beberapa orang askar sedang berdiri di bawah sebatang pokok.
"Nampaknya, ramai askar dah berkumpul.." bisik Hetero kepada Zeliker.
Zeliker mengangguk kepalanya.
"Tiada sesiapa dibenarkan masuk ke istana buat masa ini," kata seorang askar kepada beberapa orang lelaki dan seorang perempuan yang ingin memasuki kawasan istana.
"Kami bukan ke sini untuk melawat. Hei, mana khemah pendaftaran? Kami ni tak sabar nak belasah kaum manusia," Tanya seorang lelaki yang matanya tertutup dengan kain merah.
"Heh! Semangat kuat diperlukan. Pergi ke khemah kuning sana," beritahu askar tadi dengan menunjukkan sebuah khemah berdekatannya.
"Mari pergi," kata lelaki yang tertutup matanya itu kepada kawan-kawannya, dua orang lelaki dan seorang perempuan.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...