BAB 123: KEPUTUSAN KAIZELAN

45 4 0
                                    

"Masa persidangan semua raja yang diberikan hanyalah dua bulan lebih lagi sebelum tiba pada tarikh 1 June. Beta telah sediakan surat jemputan ke persidangan tersebut. Dan memerlukan wakil-wakil untuk menghantarnya ke tangan semua raja kecuali yang berada dalam dewan ini," kata Nekruis. 

Di hadapannya muncul 16 sampul surat berwarna hitam yang terapung di udara. Larkanos yang melihatnya, terimbas memori ketika dia melihat sampul itu di rumah Iris. Dia dan lain-lain tercengang apabila tujuh sampul tersebut terbang dan berhenti di hadapan beberapa orang yang berada di meja bulat itu. 

"Ken? Maryn?" Ahli-ahli Ballista tertarik nafas mereka.

Manakala yang lain terbeliak melihat Kaizelan dan Elgarb juga diberikan sampul tersebut. Zeliker, Mikasa dan Elamos, mereka tidak hairan kerana ketiga-tiganya ialah raja negara Miko, Shildia dan Drick yang diketahui mereka. Tapi kenapa Kaizelan, Elgarb, Ken dan Maryn juga diberikan sampul tersebut? Belakang tubuh beberapa orang mula berpeluh bagaikan seram sejuk untuk mengetahui identiti empat orang tersebut.

Manakala Elgarb dan Kaizelan terkelu kerana sampul itu sedang terapung di hadapan mereka. Elgarb memandang Nekruis sebelum melarikannya untuk melihat Zeliker. Zeliker telah memandang ke arahnya serta Kaizelan dan memberikan senyuman kecil. Kaizelan sebenarnya duduk di sebelah kanan Jacques manakala kiri Jacques ialah Elgarb.

"Hahaha, kelihatan sudah tiba masanya, ya?" Ken memberikan tawa kecil. 

Semua orang memandangnya kerana suaranya walaupun tidak kuat telah menjadi tumpuan akibat dewan itu menjadi sunyi selepas melihat sampul tersebut terbang ke arah sasarannya. Maryn yang berada di kirinya memberikan senyuman. Mereka berdua hairan apabila disuruh Aster untuk duduk bersamanya di meja bulat tersebut dan akhirnya menyedari tujuannya.

"Sila perkenalkan diri," suruh Sektar. 

Hanya dia di meja itu yang tidak mendapat sampul Nekruis walaupun dia adalah Raja Eskimos. Dia tidak memerlukannya kerana dia dan Nekruis bersependapat untuk mengadakan majlis persidangan semua raja.

Ken berdiri sebelum memandang semua orang di meja dan rakan-rakan Ballista yang sedang duduk di sekeliling dewan itu. "Memandangkan keadaan ini tidak dapat beta elak, beta akan memperkenalkan diri."

Zeliker dan hampir semua orang sedar Ken telah membahasakan dirinya 'beta' lalu menelan air liur untuk menunggu ayat yang seterusnya.

"Beta dalam organisasi Ballista dikenali sebagai Kenzu Armin. Tapi, nama asal beta ialah Kenivet Dezlorona, raja baru Deldan."

"Apa?!" Terjerit beberapa orang kerana terkejut besar mengetahui identiti Ken.

Ken masih tersenyum. "Alinda Dezlorona serta Mellinda Dezlorona ialah kakak-kakak beta. Dengan kata lain, Nekruis Asterostes dan Sektar Merima ialah abang ipar beta... Raja Zeliker dan abang-abangnya, Putera Xcerox dan Puteri Stiria pula sudah tentulah adalah anak-anak saudara beta. Heh, selamat bertemu, anak-anak saudara beta."

Semua orang terdiam dan otak beberapa orang menjadi tepu mendengar pertalian Raja Deldan dengan Flink dan Eskimos. Ini adalah perkahwinan tiga negara sekaligus!!

"Oh, ada tambahan satu lagi. Maryn," panggil Ken ke arah Maryn.

Maryn berdiri juga. Tangan kiri Ken dilihat semua orang sedang memegang tangan kanan Maryn. Sebelum ini, mereka tidak sedar. 

"Beta ialah Permaisuri Negara Kurom, Arryn Qlusnow. Dalam Ballista, beta dikenali sebagai Maryn Snow," sebut Maryn sambil memberikan tunduk hormat. "Beta juga ialah kekasih Raja Deldan walaupun belum membuat ikatan perkahwinan."

Sekali lagi, ramai orang tersentak mendengarnya tapi telah menjadi tenang dengan cepat. Ahli-ahli Ballista hanya mampu memandang dan mengeluh. Tetapi,terdapat senyuman kecil pada riak mereka yang akhirnya sedar identiti dua rakan mereka.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now