Bab 54
"Kaizelan... Kaizelan!" Kaizelan yang sedang lena tidur tersentak dan terjaga. Matanya dilarikan ke arah pemilik suara yang memanggilnya.
"Zeriew, apa kamu nak pepagi buta ni?"
Zeriew yang bersaiz kecil dan masih kanak-kanak dipandangnya. Hanya kepala Zeriew yang dapat dilihat kerana ketinggian saiz katilnya.
"Jom main!" Ajak budak itu.
"Zeriew, pergi tidur. Kita main bila matahari dah naik la." Kaizelan memaling tubuhnya daripada Zeriew. Dia ingin menyambung tidurnya semula.
Semasa dia memejam matanya, dia terasa pergerakan dari belakang ke hadapannya. Matanya dibuka lagi dan melihat wajah ingin menangis Zeriew. Kaizelan sengaja buat endah tak endah dan sambung tidur. Keesokan paginya, dia bangun. Zeriew tiada lagi di biliknya.
Semasa sarapan pagi bersama ahli keluarganya, dia memandang kerusi kosong di tepi Eshren.
"Anakanda Riew belum bangun lagi?" Tanya permaisuri dengan hairan.
"Dia tidur lewat la tu agaknya. Macam biasa," balas Eshren tapi dia juga hairan.
Adik bongsu mereka walau tidur lewat tidak pernah terlepas sarapan. Bukan itu sahaja, Zeriew pastinya digerak pembantu istana yang menjadi pembantunya. Inikan kedua-duanya tidak nampak batang hidung.
Kaizelan berasa sedikit bersalah pula. Takkanlah adiknya merajuk sangat sebab dia tidak bermain dengannya.
"Biar anakanda pergi lihat," katanya sambil berdiri sebelum berjalan keluar dari ruang menjamu selera itu.
Dia melalui beberapa lorong dan satu jambatan untuk ke bangunan kamar keluarga diraja. Tiba di lorong ke bilik Zeriew, Kaizelan tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Langkahnya terhenti dan matanya merenung bilik adiknya.
"Apa perasaan ni?" Dia pelik.
Segera dia berlari anak ke hadapan pintu Zeriew.
"Zeriew?" Tangannya mengetuk pintu.
Bunyi jatuhan sesuatu kerana pergerakan di dalam bilik itu merisaukannya. Tanpa berlengah, dia memecah masuk dengan langgaran bahu ke pintu tersebut. Kekuatannya menyebabkan daun pintu itu tercabut dan jatuh ke hadapan.
"Zeriew!" Mata Kaizelan memandang sekeliling bilik. Kelihatan tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya kemas dan tersusun seperti biasa.
"Kaizelan?" Kepalanya digerakkan ke arah suara Zeriew yang baru sahaja keluar dari tandas. "Maaf, adinda tak mahu sarapan pagi ni. Tak berapa lalu."
Berkerut dahi Kaizelan mendengarnya. Segera dia mendekati Zeriew dan meletakkan tangan di dahi adiknya. Biasa je suhu. Kaum mereka jika suhu tinggi tiada masalah tetapi jika menurun kurang daripada 30 darjah, itu petanda mereka tidak sihat. Yang berbeza adalah tubuh mereka bukan sejuk tapi panas. Organ dalaman mereka sahaja yang sejuk. Luaran, kulit mereka berasa panas. Kepada manusia ia dikira penyakit demam.
"Kamu ada pening-pening ke?
"A'ah... Adinda nak sambung tidur semula," balas Zeriew lalu bergerak ke katilnya. Dia baring sambil menarik selimut sebelum memejam mata.
"Kekanda akan beritahu ayahanda dan bonda kamu tak lalu sarapan. Nanti kanda datang lawat lagi selepas mesyuarat tengah hari," beritahu Kaizelan.
"Okey."
Kaizelan keluar dari bilik adiknya dan menutup pintu.
"Mainan perasaan aku je ke tadi tu?" Dia keliru sambil memikirkan perasaan tidak sedap hati sebelum ini. Dia akhirnya membuat andaian ia mainan perasaannya sahaja.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...