BAB 60: PERTEMUAN ZELIKER DAN SILVERT

38 6 1
                                    

Peperangan yang ingin dielakkan kini semakin dekat. Semua negara manusia terlibat sedang bersiap sedia dengan agihan tentera dan sekuriti di setiap perairan, tidak ingin membuka ruang untuk serangan hendap dari negara syaitan. Bukan itu sahaja, syaitan yang bekerjasama dengan manusia juga diagihkan ke merata tempat untuk memastikan musuh mereka tidak muncul tiba-tiba menggunakan batu Mana. Jika terdapat kemunculan askar musuh, mereka akan memberitahu yang lain dengan segera.

Pada waktu yang sama, Negara Miko juga menjadi tempat pengumpulan askar dan Zeliker yang sedang berada di biliknya pula merenung cermin muka yang lebih tinggi daripadanya. Wajahnya terdapat riak sedikit gelisah dan teruja. 

Peperangan ini adalah kali pertama dia memasukinya. Bukan sebagai askar tetapi sebagai general komander mewakili Miko. Identitinya sebagai pemerintah Miko pula, jika mengikut perjanjiannya dengan putera Ferrick, selepas sebulan Bandar Miko menjelma dia perlu manaiki takhta Raja Miko tetapi Zelikir mahu melanjutkan masa. Selepas peperangan baharulah dia setuju untuk memerintah Miko. Ini adalah peluangnya untuk membuktikan kepada manusia bahawa dia inginkan keamanan antara mereka sekaligus memberi impak imej baik supaya Miko dapat menerimanya sebagai pemerintah. 

Zeliker mahu penduduk Miko menerimanya dengan tangan terbuka. Apatah lagi dengan identiti lainnya sebagai putera Negara Flink. Mengikut perbualan yang didengarinya, ramai manusia masih takut dengannya kerana identitinya itu. Mereka masih belum mempercayainya untuk menolong mereka. Jika sesiapa menyebut nama ayahandanya, manusia sekeliling yang mendengar menjadi takut dan resah. Hal ini menyebabkan Zeliker memberitahu Putera Ferrick untuk melanjutkan masa.

"Zeliker..." 

Zeliker sedar daripada pemikirannya dan memandang ke arah Xium.

"Xium... Agaknya boleh ke kita menang peperangan ni?" Tanyanya.

"Kamu kecut perut?" Balas Xium. "Peperangan belum lagi bermula."

Zeliker tersengih. "Aku tak takut mati. Apa yang aku takut ialah orang lain yang aku sayang meninggalkan aku..."

Kedua-duanya diam seketika sebelum Zeliker berjalan ke arah jendela biliknya. Dia memandang ke bawah dan melihat kawasan istana tersebut terdapat ramai askar sedang berjalan ke sini sana.

"Kamu sudah maklumkan kepada Raja Eskimos?" 

Xium mengangguk. "Perkahwinan kamu dan Stiria tidak sesuai buat masa ini. Kita tidak pasti bila peperangan akan tamat. Peperangan kali ini melibatkan hampir semua negara manusia dan syaitan dan... Bilangan kematian sememangnya tidak dapat dielakkan..."

"Xium, kamu tidak percaya dengan kekuatan aku kah? Tapi aku tidak nafikan jika selepas peperangan aku masih hidup juga. Mengelak perkahwinan buat masa ini adalah rancangan yang aku ada untuk memastikan Stiria tidak terlalu sedih jika aku pergi. Dia juga boleh memilih orang lain tanpa terikat dengan aku." Anak mata Zeliker mengecil memberitahu Xium. Jikalau boleh, dia tidak ingin sesiapa memiliki Stiria. Stiria adalah miliknya seorang.

"Aku akan berada di sisi kamu," kata Xium.

"Terima kasih, Xium." Zeliker tidak perlu menolak bantuan Xium melindunginya. Sebaliknya, dia juga akan melindungi Xium. 

Hubungan mereka semakin rapat bagaikan adik beradik. Zeliker tidak mahu apa-apa terjadi kepada Xium. Apatah lagi, peperangan ini bukan setakat melibatkan manusia dan syaitan tetapi juga guardian. 

Yang boleh mengubah situasi keadaan peperangan ialah guardian, kaum raksasa berkuasa alam. Kini, ramai syaitan yang telah mengikat perjanjian dengan guardian, tidak kira syaitan yang bekerjasama dengan manusia mahupun syaitan yang ingin menghapuskan manusia.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now