Nekruis berjalan bersama Arnialaz ke luar bilik dan berhenti berdekatan Varna dan Kaizelan.
"Raja Entenoa, selepas ini tamat, pulang semula ke istana kamu," kata Nekruis sambil mengecilkan matanya ke tangan Kaizelan yang memegang tangan Varna.
Kaizelan merenungnya. Dia telah berjumpa Nekruis semasa perjanjian peperangan dilakukan. Dia sedar Nekruis merenung tangan dia dan Varna tetapi dia tidak melepaskannya.
"Peperangan telah dimenangi kaum manusia dan Weety pastinya sedang menakluk negara aku. Kembali ke sana sama macam aku akan dihambakan Weety," balas Kaizelan. Di sebalik ayatnya juga mengatakan tiada guna untuknya kembali.
"Kembali. Raja Frost dan Raja Lenus telah mangkat beberapa hari yang lalu dan tiada masa untuk menakluk negara kamu," maklum Nekruis yang terasa hatinya semakin panas.
Matanya masih memandang ke arah tangan mereka. Berani benar Kaizelan memegang tangan Varna dan tidak melepaskan walaupun dia telah memberi amaran matanya.
"Apa...? Apa kamu kata?!" Kaizelan terperanjat mengetahui Raja Weety dan Raja Opyru telah mangkat.
Bagaimana ia boleh berlaku? Tidak, macam mana mereka boleh mati?! Kedua-duanya adalah raja negara syaitan yang kuat selepas Nekruis dan Raja Deldan.
Arnialaz, Xium dan Varna juga terkesima mendengarnya.
"Hm? Oh, benar juga. Khabar mengenainya, orang luar tidak akan tahu. Aku tiada masa untuk menerangkan kepada kamu. Bila kamu kembali, kamu akan tahu," balas Nekruis yang akhirnya bertindak memisahkan tangan mereka berdua.
Varna terkejut sebelum wajahnya merona merah apabila Nekruis memegang tangannya pula. Nekruis juga menghalang Kaizelan daripada melihat Varna yang ditolak ke belakangnya. Kaizelan terbeliak sebelum merenung tajam ke arah Nekruis.
"Jangan dekati Varna, Kaizelan. Jika tidak, aku akan bunuh kamu!" Nekruis memberi amaran sambil menunjukkan taringnya. Wajahnya bengis dengan anak mata yang begitu tajam.
Tersentak semua orang termasuk Bekura, Dian dan Enta yang sedang memasang telinga terhadap perbualan tersebut. Mata Arnialaz terbeliak besar kerana pernah melihat kegarangan Nekruis sebegini ketika dahulu. Ia berlaku semasa dia masih kecil dan bapa saudaranya, Neldin, yang juga merupakan abang tiri Nekruis sedang menghinanya kerana mempunyai tubuh yang lemah.
Nekruis yang tiba dan mendengar cacian terhadapnya, melepaskan ngauman kuat hingga memucatkan wajah Neldin dan orang sekeliling. Sekelip mata, Neldin hilang dari tempat dia berada dan hanya meninggalkan kolam berdarah. Arnialaz tahu Neldin telah dibunuh Nekruis kerana tidak lagi melihat Neldin selepas itu. Dan raut wajah Nekruis ketika itu sama seperti ini.
Arnialaz telah masak dengan kemarahan Nekruis kerana Nekruis menjadi begini apabila terasa orang mengancam dia, bonda dan adik-adiknya. Ini adalah situasi Nekruis ingin mempertahankan mereka. Dan kini, dia melihat riaksi ini untuk Varna. Siapa Varna sebenarnya?
"Apa?! Kenapa?!" Tanya Kaizelan. Dia tidak rasa Nekruis ada apa-apa hubungan dengan Varna kerana Varna ialah manusia.
"Kenapa, kamu kata...? Varna... ialah anak aku! Varna Asterostes!" Nekruis membongkarkan sesuatu yang mengejutkan kerana dia dapat melihat Kaizelan telah jatuh hati kepada Varna.
Sebelum ini, dia tidak tumpukan perhatian kerana mahu berjumpa bayangnya dahulu. Setelah melihat genggaman tangan Kaizelan yang memegang Varna, ia membangkitkan marah yang membuak-buak. Dia tidak suka semua lelaki yang mendekati satu-satunya anak perempuannya. Mereka membuatnya berasa terancam.
Tercengang semua orang sebelum menjerit dengan tidak percaya. Bekura pantas mendekati Varna yang berada di belakang Nekruis. Dia memandang Varna dari atas ke bawah. Matanya terbeliak selepas menyedari sesuatu.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...