" Elgarb.. Kamu betul-betul Elgarb?? Apa yang dah berlaku pada kamu dulu?! Kenapa baru sekarang kamu muncul?!" Tanya Xcerox dengan nada geram.
" Eh, kenapa aku kena marah ni??" fikir Elgarb sedangkan dia rasa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan kepada Xcerox.
" A-Abang! Bertenang dulu! Ada sebab kenapa Elgarb menghilangkan diri. Jangan marah dia," kata Stiria cuba menenangkan Xcerox yang sedang marah.
" Erm.. Maaf.." ucap Xcerox tetapi dia merenung Elgarb.
Elgarb terasa dirinya melakukan kesalahan yang amat besar.
" Emm? Zeliker.. Aku ucapkan terima kasih kerana cuba selamatkan Stiria. Bagaimana keadaan kamu? Aku dengar kamu tak mempunyai kuasa lagi.. Kamu tentu marah dengan kami yang menyebabkan kamu terseksa menanggung sumpahan tu.. Maaf sebab tak dapat nak buat apa-apa.." ucap Xcerox kepada Zeliker.
" Eh, tak pe lah! Aku ok je lah! Lagipun, hayat aku tak dimakan sumpahan ni lagi kerana Xium menghentikan tindakan sumpahan ni dengan menambah satu lagi sumpahan. Jadi, nyawa aku tak terancam pun.. dan ia bukannya salah kamu semua.. Aku yang tak berhati-hati semasa melawan raja Negara Jelion.." beritahu Zeliker.
" Terima kasih, Zeliker. Ayah kami berdua mahu bertemu kamu secepat mungkin tetapi, aku perlu berjumpa dengan putera Ferrick dahulu.. Di manakah dia?" Tanya Xcerox yang sebenarnya mewakili pasukan penyelamat yang terdiri daripadanya, Flare, Gizelis, Reuris, Hetero dan Frix.
" Baginda berada dalam perpustakaan istana bersama-sama isterinya.." jawab Zeliker.
Flare yang mendengarnya, tersentak.
" Eh, Zeliker! Bukankah jika seseorang membuka buku tu dengan tangan, dia akan diserang raksasa?!" tanya Hetero yang telah lama berdiam diri.
" Jangan risau. Xium dah bunuh semua raksasa tu dan kini buku-buku tu tak ditutup dan dibiarkan terbuka supaya putera Ferrick dan isterinya tidak berada dalam bahaya.." beritahu Zeliker.
" Xium..? Dia syaitan juga?" Tanya Xcerox akan Xium.
" Err.. Dia manusia yang mempunyai kuasa," jawab Zeliker dan dia ingin merahsiakan diri Xium yang berasal dari masa lalu.
" Oh.. Terima kasih, ya," ucap Flare kepada Xium.
Dia dan kawan-kawannya tidak sedar akan rahsia di sebalik identiti Xium.
" Xium, terima kasih juga sebab selamatkan adik aku dan Zeliker. Kamu juga Elgarb. Terima kasih," ucap Xcerox pula.
" Sama-sama.." balas Xium.
" Haha.. Lebih tepat kalau kata Xium juga yang selamatkan aku. Aku bukannya kuat sangat cam dia.." kata Elgarb sambil tersengih.
" Tak pe lah.. Maaf, ya, sebab marah kamu, Elgarb. Itu sebab kamu menghilangkan diri selama ni dan kami risaukan kamu. Kami ingat kamu dah tiada lagi sebab kamu tak langsung kembali berjumpa kami.." terang Xcerox.
" Oh... Maaf juga, Xcerox. Aku bukannya nak buat korang risau tapi aku ada masalah sedikit dan terpaksa tinggalkan Negara Eskimos. Nantilah aku beritahu, ok? Kamu kata kamu nak cepat, kan? Pergilah jumpa putera Ferrick. Aku akan tunggu di sini sebab aku dah bosan meronda dalam istana dan lorong-lorongnya buat aku sesat. Aku tak nak masuk dah.." balas Elgarb, rasa lali dengan bangunan istana.
Semua orang tergelak mendengarnya.
" Mari ikut aku," ajak Zeliker yang ingin membawa mereka berjumpa Ferrick.
Xcerox, Stiria, Gizelis, Frix dan Flare yang mengikut Zeliker masuk ke dalam istana. Reuris dan Hetero tinggal bersama-sama Xium dan Elgarb.
" Kenapa tiada raksasa menyerang kita? Keadaan juga kelihatan sunyi sepi.." Tanya Flare, hairan.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...