BAB 45: RAJA ENTENOA

43 4 0
                                    

Zeliker dan Xium terperangkap dalam bilik harta diraja dan kini mereka sedang mencari jalan keluar lain.

"Hei, Xium, tak boleh ke kamu tembusi dinding seperti yang kamu lakukan tadi?" Tanya Zeliker kepada Xium setelah baru sedar bahawa ada cara itu.

"Erm... Buat masa ni, tak boleh. Kita terlalu dekat dengan pengawal. Mereka berkemungkinan besar boleh merasa kuasa aku. Teleportasi juga sama," terang Xium.

"Oh..." Ngeluh Zeliker. Dia berharap mereka dapat keluar dengan cepat. Entah ok ke tak Hetero berada di luar sana.

Dia dapat merasa kehadiran Hetero yang telah berada di Timur. Selain dia dan Xium, tiada orang lain yang dapat merasa kehadiran mereka. Mereka bertiga telah memastikan kehadiran mereka dihilangkan dengan bantuan skil kuasa masing-masing.

"Xium, kamu ada jumpa apa-apa?" Tanya Zeliker semasa dia membelok ke satu lorong yang mempunyai jalan mati. Terdapat patung-patung berpakaian besi di situ dan jika dilihatnya betul-betul, ia sangat lama dan berharga.

"Tak," balas Xium yang berada di lorong lain.

Dalam bilik harta tersebut mempunyai beberapa lorong dan rak yang menyimpan barang-barang. Zeliker melepaskan keluhan dan berjalan untuk melihat sama ada jalan mati tersebut mempunyai laluan rahsia. Apabila tidak menjumpai apa-apa, dia berpatah balik. Semasa berjalan melepasi satu patung dia terlanggar kaki patung tersebut dan terjatuh tetapi sempat menghambat tangan kiri patung tersebut yang sedang memegang pedang menuju ke atas. Dia tersentak apabila terdengar bunyi klik seperti gear bergerak.

"Huh?" Dia memandang lengan patung tersebut.

"Jumpa apa-apa, Zeliker?" Tanya Xium yang menuju kepadanya.

"Mungkin..." Balas Zeliker lalu dia memegang tangan patung yang memegang pedang tersebut. Dia menolaknya ke bawah. Disebabkan terasa ada berat, dia menolak dengan sedikit kekuatannya.

Bunyi klik tersebut kedengaran lagi dan kini apabila Zeliker menolaknya dengan menggerakkan tangan tersebut ke bawah, bunyi tersebut berterusan sehinggalah bunyi sesuatu sedang terbuka. Bunyi terbuka tersebut tidaklah kuas hingga boleh didengari pengawal-pengawal di luar.

"Kat sana," tunjuk Xium ke satu dinding di belakang mereka yang telah terbuka.

"Nampaknya ada orang bina laluan rahsia. Ingatkan kita akan terperangkap di sini buat sementara," kata Zeliker.

"Tapi, tak semestinya laluan ni boleh bawa kita keluar," balas Xium sambil memasuki laluan tersebut.

Zeliker mengekorinya sambil merasakan ada benar kata-kata Xium itu. Setelah beberapa langkah memasuki laluan tersebut, mereka berdua sedar dinding yang menutup laluan itu naik ke atas dan menutup semula laluan tersebut.

"Begitu rupa-rupanya cara ia hilang. Patutlah rasa berat. Tapi, walaupun begitu, ia tidak memberikan bunyi yang kuat semasa membuka. Macam ada orang sentiasa masuk bilik ni je..." Fikir Zeliker yang merasakan ada orang melawat laluan itu sentiasa.

Mereka berdua berjalan sehingga beberapa minit mereka tiba di penghujung laluan. Terdapat anak tangga yang menuju ke atas pula. Zeliker dan Xium memandang satu sama lain sebelum sama-sama naik tangga tersebut.

"Panjang juga tangga ni macam kita berada dalam menara," kata Zeliker.

"Mungkin salah satu menara istana yang tiada jalan untuk masuk. Tapi jika begitu, yang mana satu? Ada banyak menara semasa kita masuk ke sini tadi." Xium tidak pasti menara yang mana mereka telah panjat.

Zeliker juga berfikir perkara yang sama. Mereka terjumpa tingkap-tingkap kecil selepas itu yang memanjang ke atas tetapi lebarnya kecil. Zeliker melihat keluar dan dapat memandang keadaan di hadapan lubang itu sahaja.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now