BAB 6: KEMBALI KE RUMAH GIZELIS

88 3 0
                                    

[Tahun 5457, 19 Oktober, 4.00 AM...]

"Mana Zeliker dah pergi? Dah pukul 4 pagi ni... Dia memang nak tidur di luar ke? Tapi, mustahil dia boleh tidur di luar kalau aku dah bagi arahan. Eh, jap! Sejauh mana dia pergi? Alamak, aku terlupa nak hadkan kawasan mana dia pergi! Aduh... Pelupa gak aku ni walaupun baru berumur 20 tahun," kata Gizelis kepada diri sendiri. 

   Tiba-tiba, dia terdengar seseorang berada di luar rumah. Dia terus keluar dan terkejut melihat Dian.

   " Siapa kamu? Kalau tak silap, kamu ada bersama Zeliker tadi," tanya Gizelis.

   " Dia belum pulang lagi nampaknya.." kata Dian setelah melihat reaksi Gizelis.

   Dia ingin pergi mencari Zeliker tetapi di halang Gizelis. 

   " Mana Zeliker? Ke mana kamu dah bawa dia pergi?" tanya Gizelis dengan merenung Dian.

   " Emm... Apa yang istimewa tentang kamu? Kamu hanyalah manusia biasa tetapi boleh menculik Putera Zeliker dengan mudah. Jikalau kamu nak dia mati, bukankah kamu sepatutnya dah lama membunuhnya? Kenapa kamu masih biarkan dia hidup? Apa sebenarnya motif kamu menangkap putera kami?" tanya Dian dengan rasa bengang.

   " Oh.. Adakah kamu akan bawa dia pulang?" senyum Gizelis.

   " Jawab soalan aku!!" pekik Dian.

   " Aku tiada jawapan kecuali mengurungnya di sini.. Bersama-sama manusia.." balas Gizelis.

   " Tak guna! Sampai bila kamu nak mengurung dia di sini?!" anak mata Dian berubah dari warna biru kepada warna kuning.

  " Nampaknya dia akan serang aku pasni..." fikir Gizelis apabila melihat perubahan warna mata Dian.

   " Kalau kamu serang aku, aku takkan serahkan dia mahupun benarkan dia pulang ke istananya semula.." katanya selepas itu.

   " Apa?"

   " Dia cuma akan duduk di sini selama sebulan. Kemudian, aku akan lepaskan dia. Ya, hanya tinggal sebulan lagipun sebelum hari itu tiba..." kata Gizelis sambil melihat ke langit malam.

   " Apa maksud dia..?" fikir Dian, kurang faham.

   Kemudian, Gizelis memandangnya sambil tersenyum.

   " Beri dia pada aku untuk sebulan saja, ya? Aku janji aku akan lepaskan dia selepas sebulan.. Aku tak terfikir pun nak simpan dia di sini selama-lamanya.." kata Gizelis.

   " Aku tak percayakan manusia! Tapi! Jika dalam masa sebulan, kamu masih belum melepaskan dia, aku akan bunuh kamu walaupun gelang itu tak boleh dibuka," balas Dian.

   " Aku amat hargainya kalau kamu bawa dia pulang dengan selamat.." kata Gizelis dengan perlahan.

   " Apa kamu kata?" tanya Dian yang tidak mendengarnya.

   " Tak de apa-apa. Sekarang, berbalik kepada soalan awal aku. Mana Zeliker dah pergi?"

   " Emm... Dia..." belum habis Dian menghabiskan ayatnya, mereka berdua menyedari seseorang sedang menuju ke arah mereka dengan melalui jalan ke rumah itu.

   " Zeliker!" panggil mereka berdua apabila melihat orang itu.

   " Hmm? Dian? Dan Gizelis? Apa yang kamu berdua sedang buat?" tanya Zeliker sambil memandang Gizelis dan Dian.

  " Zeliker! Kamu cedera?! Dan orang di belakang kamu tu..." kata Gizelis dengan riak terkejut.

  " Zeliker, kenapa kamu bersama dia?!" tanya Dian akan Enta yang berada dalam dukungan Zeliker.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now