BAB 125: ORGANISASI LOST WINGED

41 7 0
                                    

"... Kamu tidak perlu beritahu nama kamu dalam organisasi tersebut," suara Nekruis menerjah masuk ke dalam kepala Elgarb walaupun dia rasa ada penghadang.

Elgarb tersentak mendengar suara dalam mindanya. Dia telah membina penghadang dan memastikan mindanya tidak dimasuki sesiapa selama ini walaupun suara. Tubuhnya segera menggigil takut kerana terimbas sesuatu memori gelapnya. Dia jatuh terduduk ke kerusinya semula.

"Tuanku!" 

"Elgarb!" 

Panggil Jacques dan Zeliker yang segera berdiri dan menghampiri Elgarb. 

"Urgh..." Anak mata Elgarb sedikit terkejut sebelum dipejam erat.

"Bawa dia ke bilik rehat segera!" Suruh Sektar apabila menyedari Elgarb trauma.

"T-Tak mengapa... Patik ok... Patik hanya teringat sesuatu..." Kata Elgarb apabila Jacques dan Zeliker ingin membantunya berdiri untuk beredar.

"Elgarb, jangan paksa diri," beritahu Zeliker yang resah melihat keadaan Elgarb. 

Dia tidak tahu Elgarb mempunyai masalah yang berat selama ini. Elgarb nampaknya menyorokkan masalahnya dengan keceriaannya tanpa dia dan rakan-rakan mereka sedari. Hal ini membuatkan dia rasa serba salah dan sedikit marah.

Elgarb menghembuskan nafas yang ditariknya. Tubuhnya menjadi tenang dengan cepat selepas mengawal emosi dan mindanya semula. Dia memandang ke arah Nekruis.

"... Kelihatan kamu mempunyai trauma mengenai sesiapa yang cuba berkomunikasi dengan minda kamu," ucap Nekruis dan dia menyentakkan Zeliker dan lain-lain.

"Kamu rupa-rupanya..." Sektar merenung Nekruis dengan tajam kerana menyebabkan Elgarb menjadi begitu.

Elgarb mengangguk perlahan setelah bertenang. "Erm... Terdapat beberapa jenis perangkap yang patik bina untuk menjaga memori patik. Sayangnya, jika orang tersebut lebih hebat daripada patik, dia boleh memasukinya."

"Perangkap jenis apa?" Tanya Sektar. Dia mengendahkan ayat terakhir Elgarb kerana terkejut mendengar Elgarb boleh membina perangkap untuk memorinya. Setahunya skil tersebut dipelajari orang yang berada di tahap 'Spiritual'. 

Bukan Sektar sahaja yang menyedarinya, Nekruis, Aster dan ahli-ahli Ballista lain juga tahu kesukaran mempelajari skil tersebut.

"Sama ada... kesedaran tuanku dikurung dalam minda patik ataupun kesedaran tuanku dibunuh patik. Pada masa yang sama, memori patik akan dikorbankan sekali. Oleh itu, sila beritahu patik dahulu jika tuanku dan lain-lain di sini ingin memasuki kepala patik. Patik tidak mahu tersalah bunuh memandangkan sasaran patik ialah ahli Lost Winged," terang Elgarb.

Zeliker dan orang lain tertarik nafas mereka mendengarnya. Begitu kuat sekali tahap penjagaan Elgarb kepada memorinya. Zeliker segera memandang Xium.

"Kamu pernah cuba memasuki minda Elgarb, Xium?" Tanyanya.

Xium menggeleng kepalanya. "Tidak. Aku tidak mahu menganggu privasi sesiapa."

"Nasib baik kamu tidak memasuki kepalanya." Zeliker melepaskan hembusan nafas lega.

Dia memandang ke arah Nekruis pula. "Ayahanda, sila jangan masuk ke dalam minda Elgarb tanpa kebenarannya," pesannya.

Nekruis yang sentiasa membuka hubungan minda dengan isteri dan anak-anaknya sekadar memberi anggukan kepala. Dia memberikan senyuman kecil kerana mengetahui kerisauan Zeliker yang dituju kepadanya. Hatinya sangat gembira walaupun tidak menunjukkannya. 

"Bolehkah kamu terangkan lebih lanjut mengenai organisasi Lost Winged? Adakah objektif mereka untuk menghuru-harakan kaum syaitan dan manusia?" Tanya Maryn. Dia sedar menanya soalan ini akan membangkitkan memori pahit Elgarb tetapi dia terpaksa melakukannya.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now