BAB 69: KEPRIHATINAN

40 6 0
                                    

Stiria hampir terlena mengkaji peta yang diberikan Nekruis. Apabila dia melihat Nekruis tiba, dia segera segar. Wajahnya sedikit berpeluh. Nekruis lihat kah dia tadi?

"Jika anakanda ingin tidur, masuk ke dalam khemah. Lebih selesa," kata Nekruis dengan senyuman kecil.

Wajah Stiria merona merah. Ah, Nekruis memang melihat dia hampir terlena. 

Dia segera menggeleng kepalanya. "T-Tidak perlu, tuanku. Patik dah segar semula," balasnya sambil berdiri kemudian tunduk hormat kepada Nekruis.

Nekruis sekadar mengangguk. Walaupun Stiria belum memanggilnya dengan gelaran ayah, dia faham dia tidak boleh memaksa Stiria. Dia hanya boleh membiarkan masa menentukannya. Lagipun, mereka ada banyak masa.

"Duduk," suruhnya sambil dia memenuhi satu lagi kerusi yang kosong.

Stiria mengikut arahannya. Matanya memandang ke bawah dan hala matanya menuju ke arah peta.

"Apa yang anakanda belajar dari melihat peta itu?" Tanya Nekruis.


*Abaikan nama-nama tempat di dalam peta*

Stiria tersentak ditanya. Dia segera menumpukan perhatian. 

"Struktur kawasan di sini lebih banyak hutan rimba dan gunung ganang. Terdapat dua tasik besar di bahagian timur laut dan barat laut manakala ada tasik kecil di bahagian tenggara peta."

Nekruis mengangguk. "Bagus. Hari ini ayahanda mahu anakanda kenali struktur-struktur kawasan dalam peta."

Stiria hairan seketika. Kenapa dia perlu belajar mengenal struktur peta?

Nekruis memunculkan satu peta lagi.


*Abaikan nama-nama tempat di dalam peta*

Stiria mengkajinya sebelum memberitahu Nekruis struktur itu pula. Kemudian, Nekruis mengeluarkan peta lain juga. Satu demi satu peta dilihat Stiria sehingga waktu menjelang malam. 

Nekruis menggunakan sedikit kuasanya untuk memunculkan lampu bebola kecil di sekeliling mereka. Ia menerangi tempat perkhemahan mereka. Sambil Nekruis mendengar Stiria mengenal peta, dia juga menyediakan makan malam untuk mereka. 

Selepas makan, walaupun sedikit sahaja yang dimakan Stiria akibat dia membaham makanan tengah hari tadi, mereka masih menyambung membaca peta semula. 

"... Anakanda tertinggal ini," tunjuk Nekruis terhadap satu kawasan yang Stiria lepas pandang. Ia bahagian yang dekat dengan laut. 

"Erm... pasir pantai?" Sebut Stiria dengan ragu-ragu. Matanya telah letih selepas lama melihat semua peta itu dari siang tadi.

Apabila dia menguap dan mengesat matanya, tangan Nekruis dirasanya menyentuh atas kepalanya. Sentuhan itu mengejutkannya lalu tubuhnya kaku.

"Dah lewat. Anakanda pergi masuk tidur. Lain kali kita sambung lagi," kata Nekruis sebelum menurunkan tangannya ke sisi.

Stiria hanya mengikut arahan dan bergerak ke arah khemahnya yang sedikit besar untuk seorang. Dia terasa ingin melihat Nekruis sebelum masuk khemah lalu memandang ke belakang.

Nekruis dilihatnya sedang meminum secawan teh panas. Keadaannya yang tenang dan sedang menikmati itu membuatkan Stiria terpana. 

Tidak dinafikannya bahawa Nekruis sangat tampan. Mungkin dari genetik tersebut menyebabkan Zeliker juga sangat kacak. Mengingati Zeliker, Stiria menjadi malu lalu masuk ke dalam khemahnya.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now