BAB 56: JENERAL JELION

54 7 1
                                    

Seminggu lagi telah berlalu semenjak Zeliker menyelam ke dalam laut. Berita mengenai askar Negara Sharre menyerang hendap istana Negara Entenoa tiba di Miko. Rancangan mereka untuk menghuru-harakan keadaan di istana tersebut berjaya. Mereka melakukannya untuk melengahkan masa supaya askar-askar manusia daripada negara sekeliling dapat berkumpul untuk melindungi Negara Lagendia dan perairan sekeliling. 

Sharre telah memperuntukkan sekumpulan askar untuk melakukan rancangan tersebut. Tetapi, kesemuanya telah tumpas walaupun mereka berjaya membunuh satu per enam bilangan askar yang dikumpul Entenoa. Akan tetapi, tujuan Entenoa bukan sahaja untuk menawan Lagendia tetapi Miko. Yang tidak disangka oleh putera Eshren ialah Negara Miko telah bangkit. Khabar angin yang didengarnya mengatakan Putera Mahkota Negara Shildia yang memerintahnya. Hal tersebut membuatnya bengang.

“Cis… Miko…”

“Tuanku Eshren,” seseorang muncul di belakangnya sambil duduk hormat. “Pengintip kita telah jumpa Baginda Kaizelan. Baginda ditawan di Miko,” maklumnya.

Mata Eshren bertukar terang dengan warna biru. “Grr… Mereka bawa kekanda beta ke sana?! Popein, panggil semua komander dan gabenor ke bilik operasi!” Arahnya dengan nada marah.

Dia telah kehilangan Zeriew. Tidak mungkin dia akan biarkan abangnya pula dikawal manusia. Negara Miko yang membangun telah dimaklumkan pengintip bahawa pengawalan keselamatan mereka semakin ketat. Mereka cuba untuk menyelamatkan Kaizelan tetapi sentiasa terbantut apabila Xium dan Hetero berada berdekatan Kaizelan. Malah,mereka sedar kekuatan luar biasa daripada dua orang itu.

Disebabkan itu lah, Eshren memanggil semua komander dan gabenor mereka untuk berkumpul. Rancangan mereka yang sebelum ini untuk menawan Lagendia dan Miko ditambah lagi dengan satu operasi lain. Apa-apa pun, mereka perlukan sekumpulan askar syaitan mereka yang berkebolehan untuk menyelamatkan Kaizelan.

“Tuanku, biar patik dan orang patik lakukannya,” pinta Neoleo, Gabenor Tinggi Negara Jelion yang pernah berlawan dengan Zeliker atas arahan Elgarb atau roh Raja Daigona.

“Boleh ke kamu lakukannya?” Tenung Eshren dengan tajam. Tidak boleh ada kegagalan dalam misi tersebut. Jika ada, dia sendiri akan memancung kepala mereka. Tidak kira lah mereka adalah askar bantuan negara lain atau tidak.

“Tuanku jangan risau. Patik dan orang patik berkebolehan. Kami ada syaitan istimewa bersama kami,” sebut sahaja syaitan istimewa, senyuman sinis mekar di mulut Eshren.

Dengan ini, Eshren membenarkan mereka untuk menyelamatkan Kaizelan. Walaupun begitu, dia mengugut mereka supaya mereka tidak gagal dalam misi mereka. Hukuman menanti mereka jika Kaizelan tiada di hadapannya selepas peperangan.

Keluar dari bilik, Jacques, Markle dan seorang lelaki menunggu kedatangan Neoleo di bilik yang disediakan untuk pihak bantuan Negara Jelion. Markle memasang bilik tersebut dengan pelindung kalis bunyi. 

“Baginda Kaizelan berada di Miko. Dan kita ada misi untuk membawa baginda pulang,” maklum Neoleo kepada mereka.

Markle tersengih. “Itu kalau manusia belum bunuh baginda atau baginda ditimpa malang dalam perjalanan pulang,” balas Markle.

“Sebab itu lah…” Ngerling Neoleo ke lelaki yang bersama mereka. “Kali ni kau tidak boleh gagal, Samian.”

“Tsk! Waktu tu aku tak sedar ada orang lain mahu Kaizelan. Tapi, kali ni, aku takkan gagal lagi.” Dia berjanji.

“Lakukannya dengan segera semasa penjaga dia leka. Tapi itu tugas kitorang untuk melarikan tumpuannya. Kau tahu tugas kau,” rancang Neoleo.

Jacques hanya mendengar perbualan mereka. Dia tidak mahu masuk campur rancangan mereka. Walaupun dia seorang komander tinggi Jelion, dinaikkan pangkat dari jeneral selepas kejadian raja Daigona dibunuh, dia bukan gabenor. Dia boleh menurut perintah sahaja.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now