BAB 57: PUTERA FREUIX

43 4 2
                                    

"Jacques, lompat ke cauldron itu," suruh Arcles.

"Tuanku?" Jacques memandang cauldron tersebut. Mindanya segera dapat menangkap rancangan Arcles. Disebabkan itu, dia membawa mereka berdua ke badan cauldron yang terbalik dan berdiri di atasnya. Kemudian, dia memasuki cauldron tersebut dan berjalan bersama Arcles ke bahagian yang telah kurang cecair panas tersebut.

Walaupun begitu, mereka perlu bertahan kerana badan cauldron tersebut bergerak-gerak disebabkan pergerakan lantai di tempat itu. Adakala mereka terpaksa melompat dan berlari bertentang arah dengan percikan cecair yang masih tinggal dalam cauldron tersebut.

Arcles melihat ke luar cauldron itu dan mendapati dinding di sekeliling cauldron itu telah hampir. Dia hanya berharap cauldron tersebut kuat untuk menahan himpitan dinding-dinding di sekeliling mereka. Wajahnya sedikit berpeluh, sama dengan Jacques yang melihatnya.

Bunyi perlanggaran dinding dengan cauldron tersebut mengeluarkan satu 'dong' yang agak kuat. Ia berbunyi dari sekeliling cauldron itu. Telinga mereka berdua tertangkap bunyi rekahan daripada luar.

"Cis, cauldron ini tidak dapat bertahan," fikir Arcles yang merasakan bunyi rekahan tersebut adalah bunyi daripada badan cauldron yang ingin pecah.

"Tuanku, pilihan yang kita ada adalah naik ke atas. Jika kita berada dalam tempat ini dan pecah, serpihan cauldron ni akan menghalang dan mencederakan kita," kata Jacques.

"Mari kita ikut rancangan kamu... Walaupun kita mungkin dihimpit mati di sini, sekurang-kurangnya kita menuju ke satu jalan terakhir yang ada." Arcles tidak berfikir panjang dan mengikut rancangan Jacques pula.

Mereka keluar daripada cauldron tersebut dan mula memanjat dinding yang berdekatan menggunakan kuku jari dan kaki mereka untuk merangkak ke atas. Mereka melepasi rantai besi yang mengikat mereka. Jacques menyedari rantai besi yang mengikat mereka terlalu panjang hingga ke atas bagaikan tiada penghujung. Luas benar tempat itu jika ketinggian ruang itu tidak dapat dilihatnya. Mereka berada di mana sebenarnya?

Arcles memandang ke bawah dan melihat badan cauldron itu semakin lerai. "Cauldron tu tak dapat bertahan lama." Arcles segera menyuruh Jacques mempercepat pergerakan mereka.

Mereka berdua segera melajukan pemanjatan mereka. Walaupun berasa tenaga mereka semakin berkurangan, mereka tidak mahu berputus asa. Dalam masa beberapa minit, Jacques dapat melihat satu simbol besar di atas mereka yang melakari seluruh syiling. Di tengah-tengah adalah penghujung rantai besi yang mengikat mereka.

"Jalan mati?" Fikir Jacques sambil matanya memandang sekeliling. 

Arcles merenung simbol di atas mereka dan menyentuhnya. Tiba-tiba satu renjatan elektrik menyambar tangan yang menyentuh simbol tersebut. Arcles menarik tangannya dengan segera.

"Tuanku?! Tuanku tidak apa-apa?!" Jacques tersentak apabila melihat sambaran elektrik tersebut.

Arcles mengibas tangannya yang terkena elektrik itu. Tangannya sedikit terbakar tetapi tidak serius.

"Ini mantera untuk menghapuskan puak syaitan. Gerangan siapa yang meletaknya di sini? Nampaknya, orang tersebut sememangnya hendak membunuh kita. Tapi, apa faedah yang dia dapat daripada bunuh beta? Beta bukannya putera mahkota." Arcles keliru dengan rancangan penculik mereka.

"... Walaupun begitu, jika dia dapat membunuh tuanku, dia boleh menjatuhkan nama dan status keluarga diraja Griko terhadap sekeliling. Apatah lagi, menyoal keselamatan istana kerana tuanku diculik di dalam istana. Ketiadaan tuanku akan membuatkan keadaan kucar-kacir," beritahu Jacques akan pendapatnya.

"Oh," Arcles baru menyedari bahawa dia adalah putera pertama diculik dalam kawasan istana. Sememangnya boleh membawa masalah. Tidak pernah pula satu tragedi sebegini menimpa keluarga diraja syaitan. Lain lah dengan khabar mengenai putera diraja diculik di luar kawasan istana ataupun dibunuh di luar. Itu khabar yang telah biasa didengarnya tetapi tidak sama dengan keadaannya sekarang. (Untuk makluman, kisah ini berlaku sebelum Zeliker diculik dalam istana juga)

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now