"Ayahanda hendak beredar dah?" Tanya Larkanos yang tidak tahu hendak berkata apa terhadap pemberitahuan Nekruis. Dia mahu tak mahu dengan kepergian Nekruis. Lagipun, bukan senang untuknya berbual dengan Nekruis sebelum ini. Apatah lagi, jika Nekruis kembali ke Flink, sudah tentu sukar untuknya melihat Nekruis lagi.
Mereka kini berada di pintu gerbang keluar Bandar Quon. Larkanos fikir dia dan semua rakannya akan membawa Nekruis dan Stiria kembali ke kem tentera tetapi Nekruis memberitahu dalam mindanya bahawa dia dan Stiria perlu beredar sekarang.
Riak Larkanos walaupun tidak ditunjukkan, Nekruis dapat rasa kesedihan anaknya itu. Dia memandang Larkanos yang juga memandang ke arahnya. Kedua-duanya diam.
"Hm? Kenapa dengan mereka berdua?" Tanya Menxes. Dia dan lain-lain telah berjalan jauh ke hadapan tetapi menyedari Larkanos dan Nekruis berhenti di belakang mereka.
Mereka berhenti untuk menunggu. Mereka terkejut apabila Nekruis tiba-tiba memeluk Larkanos. Bukan itu sahaja, Larkanos juga membalas pelukan Nekruis dengan erat. Wajah Larkanos ditekap ke dada Nekruis. Situasi tersebut membuatkan mereka tercengang dan keliru.
Stiria pula telah diberitahu Nekruis dari awal hari itu bahawa mereka perlu beredar. Berkenaan dengan ganjaran, ia hanya insurans untuk nyawa mereka. Bukannya mereka inginkan apa-apa dari negara itu. Kini, keadaan sudah tenang, mereka perlu bergerak semula ke Miko.
Stiria memahami perasaan Larkanos. Jika dia adalah Larkanos, berpisah dengan keluarganya sangat perit dan menyedihkan. Larkanos bukan lagi putera diraja melainkan Nekruis memberi statusnya semula. Jika ia berlaku, pastinya rakyat jelata semua negara akan terkejut beruk mengetahui putera kedua Flink masih hidup.
Tetapi Larkanos mahu kah statusnya semula? Bagaimana dengan Iris yang tidak tahu identiti sebenarnya? Apa perasaan Iris jika dia tahu? Sanggupkah Larkanos mengubah segala-galanya untuk mendapatkan statusnya semula? Semua soalan ini masih tidak menentu jawapannya.
Nekruis menepuk belakang anaknya. Berpisah lagi dengan anaknya membuatkan dia juga sedih tetapi dia perlu tabah. Pilihan untuk kembali ke Flink atau tidak, berada dalam tangan anaknya. Dia tidak boleh paksa. Lagipun, dia dari dahulu membenarkan anak-anaknya membuat pilihan sendiri. Jika suatu hari nanti, Larkanos ingin kembali ke Flink, dia akan menyambut Larkanos dan isterinya dengan tangan terbuka.
Larkanos terpaksa melepaskan Nekruis. Hatinya telah dipaksanya untuk bertenang. Perpisahan ini hanya sementara. Dia boleh atau tidak bertemu dengan Nekruis semula di masa akan datang adalah ketentuan takdir.
Dengan ini, dia tabik hormat kepada Nekruis. "Semoga Tuan Nolvo dan Cik Rinista dilindungi sepanjang perjalanan!" Katanya.
Mendengar ayat Larkanos, Iris dan rakan-rakannya memahami mereka akan berpisah dengan Nekruis dan Stiria. Segera Iris memeluk Stiria.
"Ah, akak akan rindu dengan kamu. Semoga kamu berdua selamat selalu," bisik Iris kepada Stiria.
Rakan-rakan yang lain juga mengucapkan selamat jalan kepada Stiria dan Nekruis. Menxes sahaja yang berat mulut tetapi dia pergi kepada Nekruis dan bertabik.
"Te-Terima kasih atas kesemuanya!" Ucapnya dengan gagap sedikit.
Nekruis mengangguk sambil memberikan senyuman kecil. Kemudian, tanpa membuang masa, dia melempar seketul batu Mana untuk membuka terowong dimensi. Dia terpaksa berbuat begitu kerana dia sedar ada pengintip Sishan, Meissa dan Farlo yang mengawasi dia dan Stiria semenjak mereka menang peperangan di daerah itu. Menggunakan batu Mana akan menghilangkan jejak mereka. Nekruis tidak mahu menunjukkan kuasa dimensinya. Kuasanya itu jika diketahui akan membawa masalah kepadanya.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...