BAB 21: NEGARA SHILDIA

55 4 1
                                    

" Dah nak dekat 6 bulan berlalu kan?" tanya Ashla pada Frix semasa mereka berdua meronda-ronda di sekitar kawasan luar istana sambil menunggang kuda masing-masing.

" Ya.. Agaknya dah berapa jauh, ya, Zeliker dah pergi.." balas Frix.

" Mungkin dia dah tiba di banyak negara. Haa.. Seronoknya dapat mengembara tapi aku rela berada di sini untuk melindungi negara yang paling aku sayangi ini.." kata Ashla sambil memandang ke arah bangunan istana yang berada jauh sedikit daripada mereka.

" Erm... Ashla.." panggil Frix.

" Ya?" balas Ashla sambil memandang Frix.

" Jom pergi satu tempat jap.." ajak Frix.

" Kat mana?" 

" Ikut aku.." senyum Frix lalu menggerakkan kudanya ke arah sebuah tempat.

Setibanya mereka di tempat tersebut...

" Kamu sepatutnya beritahu aku awal-awal kita nak lawat kubur ibu bapa kamu, Frix. Bolehlah aku sediakan bunga untuk mereka.." kata Ashla kepada Frix.

Kini, mereka berada di kubur berdekatan istana.

" Tak pe. Kedatangan kita ke sini pun dah cukup, Ashla," balas Frix sambil memandang ke arah dua kubur di hadapannya. 

Kubur tersebut disusuni dengan batu-batu berwarna-warni di tepinya. Malah terdapat beberapa ayat ditulis pada simen di atas semua kubur di situ. Ia menulis nama, tarikh dilahirkan serta tarikh kematian mereka. 

" Ashla.." panggil Frix sambil memegang tangan Ashla.

Ashla berasa pelik tapi dia memandang Frix.

" Ke-Kenapa ni, Frix?" tanyanya dan dia rasa berdebar-debar apabila Frix menyentuh tangannya.

Frix memberikan senyuman lalu mengucup sebelah tangan Ashla. Kemudian, dia mengucup dahi Ashla. Seterusnya dia mengeluarkan sesuatu klip panjang bermanik berbentuk bunga-bungaan dan di hujung akhirnya mempunyai kristal diamond berwarna biru laut. Dia mengklipkan benda itu pada rambut Ashla di atas telinga sebelah kanan. Ashla tergamam dengan perbuatannya itu.

" Jika kamu menolak, kamu boleh buka klip ni sekarang. Dan jika kamu terima, kubur ibu bapa aku akan menjadi saksinya kepada perjanjian kita ini.." kata Frix kepada Ashla sambil merenung anak mata Ashla yang berwarna coklat cair itu.

Wajah Ashla terus merah padam. Dia menunduk wajahnya sebentar, kemudian perlahan-lahan dia memandang Frix. 

" Pe-Pejam mata.." katanya kepada Frix.

Frix tidak menanya apa-apa lalu memejam matanya. Dia terbuka matanya semula apabila Ashla tiba-tiba mengucup bibirnya. Frix membalas kucupan itu. Setelah agak lama, mereka melepaskan bibir masing-masing.

" Aku dengan hati yang terbuka menerima lamaran kamu, Frix," senyum Ashla.

" Terima kasih, Ashla..." kata Frix lalu mengucup sebelah tangan Ashla sekali lagi.

Mereka berasa sangat bahagia pada saat itu. Keesokan harinya, semua orang yang melihat Ashla berasa terkejut.

" Tak mungkin! Siapa?! Siapa, Ashla?!" tanya Nirsha dengan rasa teruja dan gembira melihat Ashla memakai klip lamaran.

" Teka lah," balas Ashla, sengaja membuatkan Nirsha tertanya-tanya.

" Frix, kan?" teka Gizelis kerana dia telah diberitahu Frix supaya membiarkan Ashla bersendirian dengannya semalam.

Ashla sengaja menggeleng dan kemudian, perlahan-lahan dia mengangguk pula. Nirsha, Haiker, Nish, Wallo, Saix, Dian dan Enta mengucapkan tahniah kepadanya. Mereka juga gembira. Hampir kesemua mereka telah sedar bahawa Frix dan Ashla mempunyai hubungan sulit. Frix yang baru tiba di sisi kawan-kawannya diperli habis-habisan oleh mereka. Malah, mereka mengucapkan tahniah kepada pasangan baru tersebut.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now