" Haha.. Flare, bukankah kamu juga tak suka aku masa tahu aku ni syaitan? Aku pasti ayah kamu takkan apa-apakan aku.. Jadi, tolong pergi pada Reuris dan lain-lain. Aku dah fikir masak-masak semenjak kamu kata kat aku sebelum aku hantar kamu ke sini dulu. Aku akan hargai nyawa aku pasni demi kawan-kawan aku di Negara Eskimos yang menunggu kepulangan aku serta demi kamu, Reuris dan lain-lain. Aku akan hidup demi korang.." kata Zeliker kepada Flare.
" Kamu janji, Zeliker? Jika ayah aku apa-apakan kamu, kamu mesti lepaskan diri, ok? Sehingga kita berjumpa lagi suatu hari nanti. Jika tak, pastikan kamu berada di kem askar selepas ini tau.." balas Flare.
" Ya, aku janji.." senyum Zeliker.
Kemudian, dia masuk ke dalam dewan istana diikuti dua orang pengawal istana. Flare memandangnya pergi sehingga pintu ditutup. Dia berasa gelisah tetapi dia beredar dari pintu itu menuju ke kawasan kem askar.
" Adakah kamu Putera Zeliker Asterostes dari Negara Flink?" tanya Raja Mikasa kepada Zeliker yang duduk hormat menghadapnya.
" Ya, tuanku," balas Zeliker.
" Hmm... Beta telah diberitahu Raja Sektar akan kemunculan kamu pada masa akan datang tetapi nampaknya beta bertemu kamu hari ini.. Pandang beta," suruh Raja Mikasa.
" Ya, tuanku," balas Zeliker lalu memandang Raja Mikasa kerana dia hanya tunduk di hadapan Raja Mikasa.
Raja Mikasa berjalan ke arahnya dan berhenti di hadapannya. Zeliker memandang sahaja kerana telah disuruh.
" Hmm... Mata kamu agak menarik.." kata Raja Mikasa.
Zeliker menyedari Raja Mikasa memegang sebilah pedang dalam jubah dirajanya. Dengan pantas, Raja Mikasa melibas bilah pedang tersebut ke matanya. Darah memercik di kawasan mereka berdua berada. Menteri dan pengawal-pengawal yang berada di situ terkejut dengan tindakan Raja Mikasa.
" Emm.. Kenapa kamu tak mengelak sedangkan kamu tau beta memegang senjata beta tadi?" tanya Raja Mikasa kepada Zeliker yang menyentuh bahagian matanya dengan sebelah tangan.
" Patik sedar tuanku akan berbuat begitu. Jika itu yang tuanku mahukan, patik takkan melanggar kemahuan tuanku.." jawab Zeliker sambil tunduk hormat kepada Raja Mikasa sambil menghiraukan kesakitan pada matanya.
Darah menitis keluar dari matanya dengan jumlah yang banyak.
" Ini kali pertama beta lihat seorang syaitan yang tidak menjerit kesakitan. Kamu tak rasa sakitkah?"
" Tidak, tuanku.."
" Bagaimana dengan ini pula?" tanya Raja Mikasa lalu menusuk dada Zeliker dengan pedangnya.
Zeliker masih tidak menjerit. Dia yang tidak boleh melihat dan hanya boleh mendengar membiarkan sahaja Raja Mikasa melakukan apa-apa ke atasnya.
" Kamu tak rasa marah kah beta berbuat begini pada kamu?"
" Tidak, tuanku.."
" Nampaknya kamu tak takut mati.. Tapi, apa akan jadi kalau beta cabut nyawa kamu?" Raja Mikasa mencabut pedangnya dari dada Zeliker dan menghayunkan pedang itu ke leher Zeliker.
Hampir semua orang yang berada di dewan itu terpejam mata kerana takut melihat kepala Zeliker dipotong Raja Mikasa. Akan tetapi, pada kali ini, Zeliker menahan pedang Raja Mikasa dengan sebelah tangannya. Dia mengenggam bilah pedang itu. Tangannya yang mengenggam pedang itu menitiskan darah juga.
" Oh, sekarang kamu melanggar kemahuan beta?" tanya Raja Mikasa sambil tersenyum.
" Maafkan patik. Patik takkan benarkan tuanku mahupun orang lain mencabut nyawa patik. Hanya Raja Sektar yang berhak menamatkan nyawa patik.. Tuanku boleh melakukan apa-apa sahaja pada patik tapi bukan pada nyawa patik.." jawab Zeliker.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...