Kepada semua pembaca,
Saya meminta seribu keampunan kerana lambat update. Tengah pikiaq idea nak tulis bab akhir ini. Tetapi, terima kasih bersabar dengan saya. Saksikan bab ini pula! ;)
...............................................
Zeliker merenung dirinya pada cermin setelah dikemaskini Arnialaz. Dia telah membuka semua aksesori yang gerun pada dirinya; gelang tengkorak dan subang (aksesori yang dipakai semenjak bab 1). Dia hanya meninggalkan aksesori sistem yang langsung tidak boleh ditanggalkan.
Arnialaz kemudiannya memakaikan mahkota di atas kepala Zeliker. Dia tersenyum apabila merasai kelainan pada aura Zeliker. Ia bukan lagi menunjukkan ketidakmatangnya. Beberapa minit kemudian, terdapat ketukan di pintu dan dibuka dari luar oleh Xium. Dia tiba untuk membawa Zeliker ke tempat pengumpulan semua raja sebelum mereka semua bergerak ke tempat majlis dilangsungkan.
"Mari kita berangkat, tuanku," ujar Xium.
Zeliker menganguk. "Kanda, terima kasih bantu adinda," ucapnya kepada Arnialaz.
Arnialaz memberikan senyuman. "Mmhhmm, nasib baik kanda ada sebelum adinda berangkat. Kalau tidak, rosak imej keluarga Flink melihat kecomotan adinda, hahaha," tawanya dengan mengusik.
Zeliker menggolekkan mata mendengarnya. Manakala Xium memberikan senyuman kecil.
"Tuanku sudah hafal ayat yang tuanku perlu ucapkan ketika pembukaan majlis?" Tanyanya kerana dia tidak mahu Zeliker keras di atas pentas di ruang majlis persidangan nanti.
"Sudah. Berdebar rasanya," kata Zeliker sambil meletakkan tapak tangan kanan di atas dadanya.
"Jangan risau. Rileks... Kamu pun dah biasa kan berucap di hadapan khalayak ramai." Sebelah tangan Arnialaz menyentuh sebelah bahu Zeliker.
"Moga-mogahan semuanya berjalan lancar. Ini merupakan kali pertama untuk semua orang tidak kira manusia ataupun syaitan. Seluruh Peledium akan melihat majlis persidangan ini," kata Xium.
Peledium adalah nama benua mereka. Nama ini telah diberitahu dalam sejarah lama dan Elgarb yang memaklumkan pada hari kedua mesyuarat. Nekruis dan lain-lain bersetuju untuk mengekalkan nama tersebut. Hal ini kerana mereka ingin mengekalkan sejarah benua itu.
Setelah memastikan kekemasan pakaiannya, Zeliker, Xium dan Arnialaz bergerak ke dewan pengumpulan raja. Tempat persidangan semua raja yang dikatakan pula, ia akan diadakan di ruang terbuka di bahagian tengah-tengah istana. Bahagian tersebut telah dikemaskini oleh semua pembantu istana. Makanan dan minuman ringan juga telah disusun di bahagian kiri manakala di bahagian kanan terdapat sebuah pentas.
Atur cara majlis agak keliru kerana mereka perlu memasang pentas tersebut. Untuk apa? Bukankah majlis persidangan sahaja yang akan dilangsungkan? Dia juga tidak diberi maklumat apa-apa. Akan tetapi, arahan pemasangan pentas telah disuruh oleh Nekruis. Mustahil mereka tidak melakukannya, kan?
Di bahagian tengah ruang terbuka, ruang tersebut dibahagi kepada dua bahagian di mana bahagian tengah menyediakan ruang perjalanan raja-raja dan permaisuri. Ia juga diuhiaskan dengan pasu-pasu bunga tinggi dan berkarpet merah hingga ia bertemu di hujung ruang terbuka itu. Hujung ruang itu sebenarnya telah menyediakan sebuah dataran bulat yang dibina tinggi sekaki dengan anak tangga kecil.
Dataran bulat itu mempunyai sebuah meja berbentuk bulat juga serta kerusi yang megah dan berwibawa ukirannya berada di atasnya. Semua kerusi juga terdapat nama negara untuk memudahkan pengenalan tempat. Bukan itu sahaja, setiap bahagian hadapan tempat raja terdapat mikrofon, sistem berkomputer yang datar serta mesin rakaman kecil berbentuk bulat melekat di hadapan tempat duduk.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...