Xium diam. Kemudian, dia memunculkan sebilah pedang yang sama yang digunakannya sewaktu melawan Gizelis sebelum ini. Elgarb memegang pedangnya dengan lebih erat kerana melihat Xium memunculkan pedang itu. Hatinya terluka sedikit kerana merasakan Xium akan melawannya dan akan beredar selepas mengalahkannya.
" Elgarb," panggil Xium lalu melempar pedangnya ke arah Elgarb.
Elgarb terkejut lalu menangkap pedang itu dengan sebelah lagi tangannya yang tidak memegang apa-apa. Akan tetapi, pedang itu terlalu berat untuknya lalu terlepas dari genggamannya.
" Aku pernah beritahu pedang itu berat, bukan? Jika kamu berjaya menghayunkannya ke arah aku, aku takkan beredar dari sini melainkan ada orang yang mahukan aku beredar.. Ini adalah janji aku," kata Xium kepadanya.
" Erm.. Betul? Kamu takkan beredar jika aku berjaya melakukannya?" tanya Elgarb.
" Ya. Aku takkan sekali-kali mungkir janji pada seseorang.." balas Xium.
Elgarb diam sejenak. Kemudian, dia memandang pedang Xium yang berada di atas tanah. Tanpa membuang masa, Elgarb menghilangkan pedangnya lalu mengangkat pedang itu dengan segala kekuatan yang ada.
" Urghh... Beratnya.. Tapi, aku tak boleh mengaku kalah. Aku tak nak Xium pergi. Aku tak nak dia berseorangan lagi.." katanya dalam hati dan berjaya mengangkat pedang Xium dengan perlahan-lahan.
Dia juga terpaksa mengawal pernafasannya . Setelah mendirikan pedang itu, Elgarb memandang Xium yang juga memandangnya.
" Xium, jangan pergi!" jeritnya lalu menghayunkan pedang itu ke arah Xium.
Pedang itu terhayun tetapi pedang itu tidak mencederakan Xium kerana jarak Xium dan Elgarb yang jauh beberapa meter. Ketika Elgarb menghayunkan pedang itu dengan semua kekuatannya, pedang itu terlepas daripada genggamannya dan melayang ke tepi mereka berdua. Kedua-duanya memandang pedang itu melayang dan jatuh setempat. Elgarb tercungap-cungap kerana berasa letih mengangkat pedang tersebut. Dia memandang Xium selepas pedang itu jatuh. Kelihatan Xium memandangnya juga.
" Aku takkan pergi.." kata Xium sambil tersenyum.
Elgarb seakan-akan tidak percaya melihat Xium yang tersenyum ke arahnya. Malah, ini merupakan kali pertama dia melihat Xium tersenyum. Dia terus menjerit kegembiraan dan berasa lega kerana dapat menghalang Xium.
" Pergi ambil pedang tu. Ia milik kamu sekarang," kata Xium.
" Eh?! Kan aku dah kata aku tak boleh ambil hak pemberian ayah kamu! Aku tak nak lah!" balas Elgarb.
" Ini hadiah dari aku sebab kamu berjaya menghalang aku dari beredar. Ambillah sebab ia amat berguna untuk melatih kekuatan kamu. Pedang itu juga adalah bukti perjanjian kita.."
" Erm... Jika kamu dah kata begitu, baiklah. Terima kasih, Xium. Aku akan jaga pedang ni baik-baik," kata Elgarb lalu mengambil pedang itu dan menghilangkannya.
" Hehe.. Xium, kamu sedar tak kamu senyum tadi?" Tanyanya selepas itu sambil tersengih.
" Senyum? Ada ke aku senyum? Bila?" Tanya Xium yang tidak sedar.
" Tak nak beritahu..." balas Elgarb.
" Aku akan simpan kenangan ni baik-baik.." fikirnya.
Kemudian, kedua-duanya pulang ke istana semula. Pada malam tersebut, semua penduduk Negara Eskimos menghadiri majlis kesyukuran itu. Pada kali ini, sesetengah askar mengawal keselamatan istana dengan lebih ketat.
" Moga-mogahan, tiada perkara buruk berlaku lagi. Kita mesti perhati dan mengikut putera dan puteri jika mereka ingin ke mana-mana selepas ini.." kata Gizelis kepada Saix dan Frix yang bersamanya ketika itu.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...