Silvert terdiam. Reuris, Liyuna, Aiga, Shiruna dan Hetero juga diam dan terasa diri mereka melakukan suatu kesilapan besar kerana menangkap salah seorang putera negara syaitan.
" Kamu.. Kamu nak tanya sesuatu tadi, kan? Apa dia?" tanya Zeliker kepada Reuris.
" Err.. Ahem! Aku nak pastikan sesuatu. Korang berada di puncak bukit berdekatan peperangan tadi, kan? Adakah korang yang menghantar raksasa tu?" balas Reuris tanpa menggunakan bahasa formal dengan Zeliker.
Silvert merenung tajam ke arahnya kerana menggunakan bahasa tersebut dengan Zeliker walaupun setelah diberitahu bahawa Zeliker adalah seorang putera. Reuris mengendahkan renungan itu.
" Tidak. Kamu ada bukti ke yang kami lakukannya?" tanya Zeliker, kurang senang dengan pertuduhan itu.
" Maaf. Kami tak de niat nak tuduh tapi kenapa korang berada kat bukit tu? Korang tak datang bantu mana-mana puak. Jadi, kami tertanya-tanya apa yang kamu berdua buat masa tu.." terang Reuris.
Hanya dia yang berbual dengan Zeliker manakala kawan-kawannya diam. Pandangan tajam Zeliker kerana masih marah dengan Silvert menyebabkan mereka takut untuk bersuara.
" Kami tak mahu libatkan diri dengan peperangan mana-mana puak. Jika aku terlibat juga, bukankah aku akan menyebabkan huru-hara lagi kerana askar-askar puak syaitan pasti mengenali aku. Aku tak nak mereka bawa aku pulang ke negara aku semula.." balas Zeliker.
" Eh? Kenapa kamu tak nak pulang ke negara kamu?" tanya Reuris, hairan.
" Haa.. Aku ada sebab-sebab tersendiri. Maaf, aku tak boleh beritahu pada orang yang aku tak kenal.." jawab Zeliker.
Semua orang di situ terkejut mendengar Zeliker mengucapkan maaf.
" Tuanku minta maaf?? Biar betul ni?! Arghh!! Dia memang dah diubah manusia-manusia tak guna tu!" kata Silvert dalam hati dengan rasa geram.
" Erm... Kamu ni pelik lah. Setahu aku, putera puteri negara syaitan takkan meminta maaf jika dia melakukan apa-apa kesalahan.." kata Reuris.
" Haha.. Kamu ingat semua putera puteri negara syaitan camtu kah?" Zeliker tergelak kecil kerana lucu mendengarnya.
Setahu dirinya, mungkin dia seorang sahaja yang suka meminta maaf berbanding putera puteri negara syaitan yang lain. Gelaknya yang berserta senyuman membuatkan Reuris dan kawan-kawannya tergamam.
" Tapi, aku beritahu korang sekali lagi. Aku dan Silvert tak de kena mengena dengan serangan raksasa sebelum ini.. Jadi, tolong lepaskan kami.." pinta Zeliker.
" Err.. Y-Ya.. Hetero, lepaskan mereka.." kata Reuris kepada Hetero.
" Kamu pasti?" tanya Hetero kurang yakin kerana dia berasa awas dengan Zeliker yang mempunyai perwatakan yang pelik daripada seorang putera syaitan.
Reuris mengangguk kepalanya. Disebabkan itu, Hetero mematikan kuasa tali yang mengikat mereka. Dia masih belum mematikan mantera kurungan kuasa pada mereka.
" Terima kasih.." ucap Zeliker sambil berdiri semula.
Silvert juga berdiri. Dia tidak bertindak menyerang Reuris yang dekat dengannya kerana dia sedar dirinya tidak boleh menggunakan kuasanya.
" Kamu hendak ke mana sebenarnya? Dengar kata kamu diculik tapi kamu tak nampak cam diculik pun.." tanya Reuris, pelik.
" Aku dah dibebaskan lah. Kini, aku dan Silvert ingin ke Negara Miko. Kami pengembara cam kamu semua juga," terang Zeliker.
" Dibebaskan? Kamu.. takkan serang manusia, kan?" tanya Hetero, mula memberanikan diri berbual dengan Zeliker.
" Aku takkan serang mereka kecuali jika mereka penjenayah.. Sama lah dengan syaitan. Aku takkan berpihak pada mana-mana puak. Pelik kan aku ni? Mungkin sebab aku dah berubah kerana terbiasa tinggal dengan manusia yang menangkap aku dulu.." balas Zeliker sambil tersenyum.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...