Episod 8 - 30 Januari 1933

50 6 0
                                    

Hasil perbincangan antara Wan Zahir dan Kurt von Schroder dengan Presiden Paul von Hindenburg, demi untuk menstabilkan politik Jerman akibat kerajaan yang tidak stabil berikutan Parti Nazi yang menjadi parti terbesar, Presiden von Hindenburg bersetuju untuk melantik Adolf sebagai Canselor, dengan syarat pilihanraya akan dilangsungkan pada bulan Mac.

Ini kerana von Hindenburg dan beberapa pegawai yang lain mempunyai niat untuk menghalang Adolf daripada berkuasa dalam tempoh yang lama.

Maka Adolf mengangkat sumpah sebagai Canselor Jerman.

Wan Zahir sedar yang tugasnya telah selesai. Dia dah lama menaikkan Adolf - dari seorang pelukis yang lukisannya ditolak oleh sekolah seni dan mengemis di tepi jalan selepas Jerman kalah dalam Perang Besar - kepada seorang Canselor Jerman dan memimpin parti yang terbesar dalam Reichstag.

Tetapi apakah Adolf akan menunaikan janjinya untuk menyerang Britain nanti, untuk melemahkan British dan seterusnya memberi kemerdekaan kepada Gelanggayu?

Wan Zahir, yang merasakan tugasnya telah selesai, berangkat ke Hamburg untuk menaiki kapal menuju ke Wijayapura.

"Dah lama aku tak makan nasi, makan rendang..." Wan Zahir tersenyum terbayangkan kampung halaman. Sudah terlalu lama dia berada di Jerman, dia mahu pulang ke tanah air.

Tetapi dia baru sahaja keluar dari rumah, dua orang SS telah mengetuk pintu rumahnya, dan menuduh dia sebagai seorang pengintip Yahudi.

Wan Zahir diacukan dengan senjata, kemudiannya diheret menuju ke kem tahanan. Pada masa itu barulah Wan Zahir sedar yang dia sudah kena tipu dengan Adolf. Segala ilmu-ilmu yang ada dalam keluarga Wan Demang telah diajar kepada Adolf. Dan nampaknya Adolf telah menikamnya dari belakang.

Wan Zahir sedar yang membantu Adolf ini tidak ubah seperti melepaskan anjing yang tersepit. Buat sementara waktu ini, dia terpaksalah duduk di kem tahanan.

Atas arahan Adolf, semua orang-orang Yahudi dikehendaki memakai lencana sebagai menunjukkan yang dia orang Yahudi. Perniagaan Yahudi sama ada dibakar atau barangannya dirampas.

Begitu juga dengan golongan Roma, golongan homoseksual, golongan cacat, golongan kaum lain selain Aryan mula ditangkap dan dimasukkan ke dalam kem tahanan. Ini termasuklah Wan Zahir - orang yang membantu Adolf dari mula, dan dikhianati.

--

15 Februari, 1933

Sementara itu, Wan Hashim melalui agen Cominternnya telah mengupah seorang imigran Itali, Giuseppe Zangara untuk membunuh bakal presiden Amerika Syarikat, Franklin Rossevelt.

Wan Hashim sedar yang Franklin Rossevelt mempunyai sokongan yang kuat daripada golongan pekerja. Sekiranya Rossevelt menjadi Presiden Amerika Syarikat nanti, maka Amerika Syarikat akan kembali kuat, dan sukar untuk menyebarkan komunisme di sana.

Wan Hashim sedar, kalau komunis mahu kuasai dunia, komunis perlu menguasai negara perindustrian terbesar dan sekarang negara itu adalah Amerika Syarikat.

Tetapi Giuseppe Zangara gagal membunuh Rossevelt, sebaliknya tembakan itu terkena Datuk Bandar Chicago, Anton Cermak.

Nampaknya percubaan Wan Hashim telah gagal, dan dia merasa kecewa dengan perkara itu.

--

Wan Hashim di rumahnya, di Betawi bersama isterinya, Katerina dan anak tirinya, Vyacheslav. Wan Hashim mengajarnya bahasa Melayu, selain bahasa Rusia dan buku-buku ideologi Marxis, Leninis dan Stalinis.

Vyacheslav juga diajar ilmu hisab, catur dan sains sejajar dengan pelajaran di Soviet Union.

"Vya...kalau sudah habis belajar, mari makan. Abang pun makanlah sekali," kata Katerina yang kini sudah boleh berbahasa Melayu.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now