Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim menuju ke Istana Negara untuk menghadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Gelanggayu, Sultan Aminul Rashid Jalaluddin Shah al-Daulah, untuk membubarkan Parlimen Gelanggayu.
Beliau akan ke Seri Bendahara untuk sidang media berkenaan pembubaran Parlimen.
Kenderaan Perdana Menteri dilihat sudahpun tiba di perkarangan istana.
Kerusi Parlimen yang dipertandingkan ialah 177 kerusi, tambahan 23 buah kerusi baru.
Melaut: 18 kerusi
Air Putih: 16 kerusi
Seri Kencanapura: 10 kerusi
Wilayah Utara (Lamas): 10 kerusi
Lingga: 25 kerusi
Ketil: 20 kerusi
Geri: 10 kerusi
Wijayapura: 40 kerusi
Kenidiri: 13 kerusi
Sepetang: 15 kerusiSelain itu, dewan-dewan negeri masing-masing juga akan membubarkan dewan negeri masing-masing untuk mengadakan pilihanraya di peringkat negeri.
Selain itu, kerana ketidakstabilan politik di Sepetang, dewan undangan negeri di negeri tersebut juga dibubarkan untuk pilihanraya sekali lagi selepas Gabenor negeri itu mendapat undi tidak percaya di dalam dewan.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selepas menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Aminul Rasyid ibni Almarhum Sultan Jaafar al-Daulah, Sultan Gelanggayu, baginda berkenan untuk membubarkan Parlimen, dan seterusnya menurut Perlembagaan Gelanggayu, akan diadakan pilihanraya bagi melantik Ahli Parlimen Gelanggayu yang baru. Saya juga menasihatkan para Menteri Besar untuk bertemu dengan Gabenor masing-masing, untuk membubarkan Dewan Negeri di negeri masing-masing. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah."
--
Datuk Seri Azmi hadir di ibu pejabat Parti Persekutuan sebaik sahaja mendapatkan keizinan Tuanku Sultan membubarkan Parlimen.
Mereka sudah menentukan calon-calon dua bulan sebelum pilihanraya, namun masih ada yang tidak berpuas hati.
Datuk Seri Imad, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden, dikatakan meletakkan semua calon-calonnya di tempat yang mudah menang, sementara pro Rahizan di tempat yang majoritinya kubu kuat pembangkang.
Datuk Seri Azmi duduk sahaja di tengah, melihat pertengkaran antara kem Datuk Seri Imad dan Datuk Seri Rahizan.
“Imad, duduk kejap. Rahizan, duduk.”
Azmi bangun dan berdiri. Dewan yang bingit tadi terus sunyi sepi.
“Parti ini berdiri menentang tirani yang memusatkan kuasa untuk orang yang tertentu. Telah diagih-agihkan pada semua, baik kerusi Parlimen, kerusi Gabenor, kerusi Ahli Negeri. Kenapa nak berkelahi?”
“Datuk Seri, saya berdiri di sini, bukanlah kerana saya tak puas hati dengan pucuk pimpinan, tetapi akar umbi merasakan Datuk Seri Imad telah menyalahgunakan kuasanya dalam parti,” kata Datuk Seri Rahizan dalam hujahnya.
“Apa yang kau nak tuduh aku ni!” Datuk Seri Imad menggelegak darahnya, sampai dia hempuk meja.
“Sabar, Mad,” Datuk Seri Azmi menenangkan timbalannya.
“Datuk Rahizan, kalau Datuk Imad menang, Parti juga menang. Datuk juga orang parti. Jadi, apa masalahnya dengan list tu?” kata Setiausaha Agong parti, Datuk Yusri.
“Pilihanraya ni dia letak muka orang yang suka dia, di tempat yang senang nak menang. Orang saya kena bertanding di tempat yang susah. Mana keadilan?” Datuk Rahizan merayu pada Datuk Seri Azmi.
“Masalahnya Datuk Rahizan, masa agih kerusi tempoh hari, kamu tak beritahu saya pasal ni. Ni dah bubar, baru nak cakap,” kata Datuk Yusri selaku Setiausaha Agung.
“Dia dengan puak-puak ideologi songsang ni daripada dulu menyusahkan orang! Kenapa tak join je parti sekular macam Parti Jujur tu? Parti pemuja Attaturk!” kata Datuk Seri Imad.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.