Episod 21 - 7 Disember, 1941

43 7 1
                                    

Yahya

Aku dapat berita serangan tentera Ryukyu di Pearl Harbor di rumah Aina, pada jam 11:40 malam waktu sini, dari radio Aina. Aina terjemahkan kepada aku apa yang sedang berlaku.

Aina kata dalam pukul 1:00 pagi, tentera Ryukyu akan mendarat di Kuala Kemuning. Dia suruh aku bersiap dan menjemput Jeneral Tomoyuki Yamashita apabila dia tiba nanti.

Jadi aku pun pakai uniform Kempeitai, dan bersiap-siap untuk bergerak ke pelabuhan.

Lebih 1 juta tentera Ryukyu menggerakkan operasi menawan seluruh Asia Tenggara serentak dengan serangan ke atas pelabuhan tentera Amerika Syarikat di Pearl Harbor, Hawaii.

Dalam fikiran aku, kepimpinan tentera Ryukyu ini bertindak dengan cara paling bodoh dalam sejarah peperangan dunia. Kau dah tahu kau perlukan 93% minyak dan 76% besi dari Amerika Syarikat, kau pergi ajak gaduh dengan mereka.

Mungkin mereka fikir mereka dapat menawan keseluruhan Asia Tenggara dengan 1 juta orang tentera ni, bila imperialis Eropah sedang fokus di negara asal, ia akan menjadi mudah.

Memang betul ramai orang Melayu termasuk bapak aku sokong kemasukan tentera Ryukyu lawan British, tapi tak bermakna mereka akan suka Ryukyu ni. Aku kerja dalam Kempeitai, aku tahu la perangai mereka ni macam mana.

Lagi satu, operasi mereka ni selalu fatality rate dalam 40-50% mati. Kalau ikut rate macam tu, hantar 1 juta, 500,000 yang akan mati, macam mana nak laksanakan urus tadbir?

Kemudian kau 'kejutkan' pulak Amerika, aku bagi jaminan paling lama pun lima tahun la Ryukyu perintah Asia Tenggara ni. Bukan apa, aku rasa aku tahu kemampuan industri dan ekonomi Amerika Syarikat ni kalau dia bangkit macam mana besarnya.

Kalau aku nak berjudi, aku berani letak duit dan jamin yang Ryukyu akan kalah dalam masa lima tahun. Cuma dalam masa sekarang ni, aku sedang dalam perisikan. Aku kena berada di sebelah sini sekarang.

Di pelabuhan Kuala Kemuning, kapal-kapal tentera Ryukyu sedang menuju ke daratan. Kapal terbang berterbangan di sekitar Sepetang.

Jam 1:14 pagi, kapal pertama tentera Ryukyu, Haruna mendarat ke Kuala Kemuning. Tentera Ryukyu turun dari kapal, kemudian terus beratur dalam kumpulan masing-masing dengan basikal mereka.

Bijak, sebab tak perlu bawa lori yang besar untuk mengangkut tentera. Lagipun kawasan Gelanggayu ni ada banyak kawasan hutan, senang dilalui dengan basikal.

Dari segi serangan, memang boleh cepat. Tapi apabila tentera Berikat serang balik nanti, takkan kau nak lari pakai basikal? Dari segi operasi memang bagus, tapi dari segi grand strategy? Ini bakal mengundang kesilapan.

Jeneral Tomoyuki Yamashita dengan pedang samurainya, datang. Aina dan aku beri tunduk hormat, sebelum dia menaiki kereta aku untuk menuju ke rumah Aina.

Aku difahamkan yang turun ni ialah Divisyen ke-5 yang diketuai Leftenan Jeneral Takuro Matsui dan Divisyen ke-18 yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Renya Mutagochi yang juga menaiki kereta aku.

Kira-kira 70,000 orang tentera Ryukyu mendarat di sini.

Angin agak kencang malam ni, dengan aku jangkakan berlaku hujan sebelum subuh nanti.

Ketiga-tiga jeneral itu meletakkan peta Wijayapura dalam bahasa Ryukyu di atas hud kereta aku, dan melihat sendiri laluan untuk ke sana.

Mereka kemudian menyuruh aku membawa mereka semua ke rumah Aina, dan berbincang dengan lebih lanjut. Aku dengar dari Aina, tentera Ryukyu kena bertindak cepat, sebelum tentera Amerika Syarikat dapat membina kekuatan tenteranya untuk menyaingi Ryukyu sementara mereka masih belum isytiharkan perang.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now