Episod 109 - 20 Januari, 1972

40 6 0
                                    

Presiden Pakistan yang baru, Zulfikar Ali Bhutto memberi ucapan untuk mengumumkan bahawa Islamabad akan program nuklear. Program itu difikirkan oleh tentera Pakistan selepas kegagalan Operation Chenghiz Khan yang cuba untuk melumpuhkan kekuatan tentera Bharat.

--

Yahya

Kau ingat nak bina nuklear tu murah? Hutang negara kau masa perang dengan Bharat dan Bangladesh tu pun belum selesai lagi. Kau nak bina bom nuklear?

Are you out of your mind?

Aku urut dahi aku, dan pening melihat satu demi satu kebangangan dari pemerintah Pakistan ni.

Aku call Bhutto, dan memberi amaran kalau Pakistan bina nuklear dan tak membayar hutang aku, aku akan minta White House buat sekatan ekonomi ke atas Pakistan.

Dalam masa 20 tahun, Pakistan perlu bayar hutang aku sebanyak $5 billion. Bermakna kena bayar $250 juta setiap tahun kepada aku, termasuklah bunga. Aku tak peduli rakyat kau makan rumput atau pasir. Aku ada bank yang aku perlu bayar, dan aku ada shareholder yang aku berikan mereka dividen.

Kalau tak kerana emas aku yang aku kumpulkan masa zaman perang Ryukyu tu kena curi dan hilang, aku tak perlu pun pinjam duit dengan Jacob. Bodoh betul. Dah tau negara miskin, jamban rumah pun ramai rakyat tak ada, ada hati nak ada program nuklear.

Lainlah Gelanggayu. Sejak Lyndon Johnson lawat Bandar X, dah pelbagai eksperimen dah dilakukan di situ secara rahsia.

--

Beberapa hari kemudian, aku ke London dan menghasut beberapa pegawai Komanwel untuk memberi kata dua kepada Pakistan untuk mengabaikan program senjata nuklearnya.

Bukanlah aku kisah sangat kalau Pakistan ni nak ada senjata nuklear atau tidak, tapi umpama macam kalau ada orang yang berhutang dengan kau, dan orang tu bermewah-mewahan, dan tak bayar hutang kau, kau mesti nak ambil tindakan terhadap orang itu, kan?

Jadi pada 30 Januari, 1972, Pakistan disingkirkan dari kumpulan negara-negara Komanwel. Mungkin ramai yang beranggapan, 'kita dah merdeka, buat apa nak masuk Komanwel lagi?'

Tu cara orang yang fikir tak panjang dan tak faham macam mana geopolitik berjalan. Dalam negara-negara Komanwel ni, mereka boleh travel ke negara Komanwel lain antara 30 hari ke 6 bulan tanpa visa (bergantung kepada kerajaan), serta perdagangan tanpa tarif.

Kalau kau keluar dari Komanwel macam Afrika Selatan yang amalkan apartheid dan Pakistan sekarang, kau dah tak dapat aliran pelaburan asing dari negara seperti Australia, New Zealand, Kanada, UK.

Aku juga menasihati Presiden Nixon untuk melancarkan sekatan ekonomi ke atas Pakistan sampai mereka pilih pemimpin yang nak bayar hutang aku.

--

Di hospital, Mamat dan Faridah melawat isteri Khamis yang selamat melahirkan anak.

"Alhamdulillah, Khamis. Sihat anak awak ni. Siapa namanya?" tanya Mamat sambil mendukung anak Khamis, pegawai di pejabat Ketua Setiausaha Negara, pegawai yang menentukan jawatan kakitangan awam yang merupakan antara penggerak yang penting terhadap strategi politik Mamat.

"Isteri saya namakan dia Fazrul," kata Khamis.
"Alan...mari sini," kata Mamat.

Alan pun datang menuju ke arah ayahnya.

"Satu hari nanti, dia akan bantu Alan."
"Bantu apa, ayah?"
"Nanti dah besar, Alan tahulah."

"Jangan risau, Tengku Mamat. Patik akan pastikan segala yang diamanahkan akan dilaksanakan mengikut tertib dan perancangan Tengku."

--

Selepas melawat Khamis dan isterinya yang baru melahirkan anak lelaki, Mamat dan Faridah serta Aziz dan Azlan melawat pula isteri Uncle Iskandar yang juga melahirkan anak lelaki.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now