Episod 142 - 10 Ogos, 1980

34 6 0
                                    

Sudah seminggu Azlan dibawa lari dari Har Hatzofim selepas dia bertindak membakar pejabat sekolahnya kerana membantah kerajaan Israel mengisytiharkan Jerusalem/Baitulmuqaddis sebagai ibu negara.

Dan dia diletakkan di rumah calon Presiden untuk Parti Republikan, Ronald Reagan yang memenangi primary beberapa bulan yang lalu.

Di rumahnya, Ronald yang menganggap Azlan seperti anak angkatnya, bermain tenis bersama Azlan sambil diperhatikan oleh isteri Ronald, Nancy.

Pukulan backhand dari Azlan yang membuatkan bola itu berpusing dalam keadaan yang mengelirukan, menyebabkan Ronald Reagan hampir terjatuh untuk memukulnya.

Ronald Reagan kemudiannya ketawa, menyedari bahawa dia sudah berusia 65 tahun dan sudah tua untuk bermain tenis secara agresif.

Ronald kemudiannya mengajak Azlan untuk berehat sambil minum air, kemudiannya berbincang tentang dunia hiburan Hollywood pada eranya pada tahun 1950an dulu.

Dari segi pandangan politiknya, Azlan tidak berminat dengan pandangan Ronald Reagan. Dia adalah seorang yang pro-Zionis, pro kepada neoliberalism serta percaya kepada retorik-retorik politik dari Evangelist Christian di Amerika Syarikat.

Dia juga suka kepada deregulasi undang-undang alam sekitar yang menyebabkan kerajaan tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk menghalang mana-mana syarikat yang melanggar undang-undang alam sekitar, sebagai contohnya.

Banyak lagi pandangan Ronald Reagan yang Azlan tidak bersetuju, tetapi itulah pandangan yang disokong oleh majoriti rakyat Amerika.

Tapi dari segi penampilan, gaya bercakap dan keyakinan ketika di atas podium untuk berucap, Azlan suka kepada Ronald Reagan. Cara sarkastik dia melawan pihak lawannya, adalah sama seperti pukulan 'spinner backhand' yang Azlan suka buat bila dia main tenis.

Ronald Reagan kemudiannya ada latihan untuk berdebat, dan Yahya memberi tugasan untuk Azlan menjadi pemerhati ketika Ronald Reagan sedang berlatih dalam perdebatan dengan Presiden Jimmy Carter nanti.

Dari cara dia bercakap, dari cara dia bergaya, dan dari cara dia berjalan, Azlan memerhatikannya, kerana Yahya mahu membentuk Azlan menjadi seorang ahli politik yang popular seperti Ronald Reagan.

--

Selepas makan malam, Azlan ke bilik perpustakaan peribadi Ronald Reagan, dan melihat koleksi buku-buku yang disimpan oleh bekas Gabenor California itu.

Azlan terkejut apabila terjumpa buku terjemahan Kitab al-Ibar, iaitu buku tulisan ahli falsafah Islam yang unggul, iaitu Ibnu Khaldun.

"Here you are, Alan," kata Ronald Reagan yang mencari Azlan di sekitar rumah, menemuinya di perpustakaan.

"I'm quite fascinated, perhaps surprised that you, a Christian conservative politician has an Islamic philosopher books inside your house," kata Azlan.

"When I was a little bit older than you, I studied economics. Ibnu Khaldun was one of philosophers that I study, especially when he mentions about tax. In the beginning of the dynasty, great tax revenues were gained from small assessments, at the end of the dynasty, small tax revenues were gained from large assessments.''

Sementara Azlan merasakan cukai adalah penting untuk pembinaan infrastruktur, Ronald Reagan berpendapat cukai adalah penghalang kepada kemakmuran ekonomi.

Bagaimanapun Azlan bersetuju cukai yang terlalu tinggi akan membebankan rakyat dan perniagaan, dan dia berpendapat sepatutnya ada satu jenis cukai iaitu zakat, seperti yang diamalkan di Melaut.

Pada pendapat Ronald Reagan, agama tidak sepatutnya masuk ke dalam bidang ekonomi, dan perlunya ada pemisahan antara agama dan politik.

Walaupun ada percanggahan pendapat, kedua-duanya berbincang dengan nada yang mesra dan tenang, dan melihat kepada sifat Ronald Reagan itu, Azlan kagum dengan sifat gentlemannya.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now