Dalam pemilihan Parti Komunis Kwantong, orang-orang hardliners dan orang-orang kuat Mao, serta orang-orang Hua Guofeng ramai yang tewas, dan ramai orang-orang Deng Xiaopeng menang kerusi Politburo.
Ini kerana Faridah dah sogok perwakilan untuk sokong orang-orang Deng Xiaopeng. Maka dengan ini, Deng Xiaopeng menjadi pemimpin yang berpengaruh.
Tetapi bijaknya Deng Xiaopeng ni, dia tak nak jawatan Setiausaha Agung Parti Komunis Kwantong, yang dia berikan kepada orang kanannya, Hu Yaobang. Jawatan Premier pun diberikan kepada Zhao Ziyang. Deng cuma menjawat jawatan sebagai pengerusi Tentera Pembebasan Rakyat dan pengerusi Majlis Penasihat Politik Rakyat, sebuah majlis yang ditubuhkan untuk menyatukan semua faction dalam Parti Komunis Kwantong.
Deng kemudiannya menggunakan kestabilan politik ini dengan membuka kawasan zon ekonomi bebas, atas nasihat Faridah dengan mengikut cara yang dibangunkan seperti di Gelanggayu.
Zon ekonomi bebas ini adalah sebagai tapak ujian apakah Kwantong boleh menerima kapitalisme dan pasaran bebas. Maka beberapa kawasan dipilih oleh Politburo Kwantong, dan kawasan-kawasan yang dipilih adalah seperti Shenzhen, Zhuhai, Shantou, Xiamen dan Pulau Hainan.
Sebaik sahaja dapat tahu tempat-tempat yang dipilih, orang pertama yang membeli tanah di semua kawasan tersebut ialah Faridah, yang dapat harga diskaun 90% dari harga yang dibuka oleh Parti Komunis Kwantong.
Memang sedaplah Faridah gunakan harta yang ditinggalkan oleh Mamat untuk membuka kilang-kilang di kawasan tersebut. Tak cukup dengan itu, Faridah juga mencari syarikat asing dari Amerika Syarikat, Eropah dan Australia untuk membeli tanahnya dengan mark up sampai tiga kali ganda daripada harga yang dibelinya, dan pelabur-pelabur ini masih merasa harga yang ditawarkan Faridah itu murah.
Deng Xiaopeng kemudiannya melancarkan falsafahnya, "sosialis gaya Kwantong" dengan ayat terkenalnya, "tidak kisah kucing itu warna putih atau hitam asalkan kucing itu pandai menangkap tikus". Maknanya sementara label Parti Komunis Kwantong itu masih kekal, tetapi hakikatnya, Deng Xiaopeng meninggalkan ideologi komunisme dan menyokong kapitalisme.
Disebabkan ini, Faridah kini mempunyai wangnya untuk menubuhkan pelbagai syarikat-syarikat asset management company (AMC) dan menguruskan aset dan kewangan syarikat lain.
Antaranya syarikat seperti Vanguard di mana Faridah ada pegangan saham, dan State Street of Boston juga. Perlahan-lahan Faridah merasa kekuasaan yang selama ini dibina oleh arwah suaminya.
Tetapi Faridah sedar tugasnya ialah menjaga dua anak Mamat ini iaitu Ali dan Azlan selain anaknya sendiri. Semua ini pun bukan untuk dia, tetapi untuk pemerintahan Azlan nanti.
--
Disebabkan kekayaan yang dibina oleh Faridah hasil dari pembukaan ekonomi Kwantong oleh Deng Xiaopeng, maka Faridah menjadikan Ali untuk memperkuatkan kedudukannya sejajar dengan melihat cara Mamat membangunkan kekuatan politik sejak kanak-kanak.
Pengikut-pengikut Ali ni mula jadi kuat kerana ada banyak duit, tetapi mereka ini cuma kanak-kanak sahaja. Maka Faridah berjumpa dengan Jeneral Yahya, dan meminta Ali dan kumpulannya diserap dalam Gagak Merah.
Yahya nampak move Faridah meletakkan Ali sebagai ground enforcer ni sebagai idea yang baik, maknanya Ali ni tak perlu jadi intelektual macam Azlan. Yahya bersetuju dan meletakkan Ali dan kawan-kawannya di dalam Gagak Merah, di bawah Azham, adik Izham.
Inilah cara Faridah untuk menghancurkan pengaruh Datuk Syafie dan Datuk Salleh dari dalam.
Faridah juga bertemu dengan Daniel Hakim, yang merupakan adik iparnya dan suami adiknya, Khatijah, dari Parti Jujur untuk dia bangunkan Puncak Jaya walaupun dia dari parti pembangkang.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficción históricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.