Faridah
Hari ni Hari Raya Aidilfitri, dan hari ini Tahun Baru Kwantong. Masa aku kecik, aku akan dapat angpau dari uncle belah ibu, dan Hari Raya, aku akan dapat duit raya juga.
Bayangkan hari ini, dua-dua jatuh pada hari yang sama. Kalau aku kat Wijayapura ni mesti meriah. Angpau pun dapat, duit raya pun dapat.
Tapi aku ada kat Temasik, seorang diri, termenung di pagi raya. Aku nampak Ayuni dah pakai cantik-cantik dah. Maklumlah, artis dan pelakon popular.
Lagu Dendang Perantau dari P. Ramlee ni mengundang perasaan betul!
Aku bukan apa, aku takut nak balik. Aku takut aku kena marah dengan ayah, dengan ibu. Aku dah memalukan keluarga. Aku dah kecewakan mereka semua.
"Idah, kau ni dari tadi tak pakai baju raya. Cepatlah, kita semua nak beraya dah ni!" kata Ayuni.
"Kau pergilah, Yuni. Aku takde mood la..."
"Alaaaa kau ni pagi-pagi raya pun nak sedih. Cepatlah, kau tak teringin ke makan ketupat? Rendang? Kuah lontong?"
"Ye laaa, aku siaplaaahh ni!"Di Temasik, Presiden Republik, Yusof Ishak (bapa kepada Ayuni) dan Perdana Menteri, Lim Kuan Yau membuat sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Kwantong secara serentak.
Bagus juga, ini untuk meredakan suasana selepas rusuhan tahun 1964 dan pemisahan dengan Gelanggayu tahun 1965. Aku sekarang dah ada PR Temasik, dan disebabkan aku pernah membesar di Temasik, aku boleh mohon warganegara Temasik.
Entahlah, aku tak tahulah nak mohon atau tak. Tapi kalau aku ada warganegara Temasik, aku boleh beli aset kat sini tanpa sebarang halangan.
"Lekas laaaaa Idaaaaahhhh!"
"Ye lah, ye laaaahhh!"--
Mentang-mentanglah ayah dia Presiden, tak payah la beratur panjang nak bersalaman dan beraya di Istana Presiden Temasik. Aku pun ikutlah sekali.
Ayuni cuba nak kenen-kenenkan aku dengan adik lelaki dia, Taha. Eiiii, tak nak la aku. Aku tak rasa aku akan jumpa lelaki yang aku nak, lepas Mamat pergi ke Melaut.
Agak-agak, apa cerita agaknya Mamat kat sana? Dia pun dah nak kahwin dengan tuan puteri dari Pattani. Agaknya aku ni dia dah lupakan.
Ayuni ni mak dia orang Minang, dan ayahnya orang Yahudi, tapi masuk Islam. Nama asal dia Joseph Yitzhak, sampai sini jadi Yusof Ishak. Tapi dia tak pernah cakap pada orang yang bapak dia keturunan Yahudi, dia cakap bapak dia ada darah Arab. Nak mampos kalau Melayu tahu kau berkawan dengan Yahudi?
Tapi masa aku kat Amerika, aku tengok Mamat ada je kawan dengan Yahudi. Mungkin yang jenis bukan Zionis macam kat Israel tu kot. Eh, entahlah, apa benda aku melalut ni.
Bermacam hidangan disediakan, ada makanan orang Melayu, ada makanan orang Kwantong, yang halal lah.
Aku pun salamlah Presiden Republik Temasik merangkap bapak kawan aku ni, dapat duit raya. Lepas tu aku salam Perdana Menteri, Lim Kuan Yau. Tiba-tiba masa salam tu, dia tegur aku.
"Eh, are you Ismail's daughter? Ismail, CEO Oriental Bank?"
Alamaaaaaakkkk, PM Temasik kenal bapak aku pulak!
"Yes, Mr Prime Minister..."
"Your father been looking you all around places in America. Where have you been?"
"I'm right here, Mr Lim."
"He is very worried about you, you know? Can you just call him and say hello? Call him now, wish him Selamat Hari Raya. And call your mother, wish her Selamat Hari Raya and Gong Xi Fa Chai. You can use President's office telephone to call them."
"Later laaa, Mr Lim."
"Why later? Today is Raya, today is Kwantongian New Year. If you don't call your parents, you dosa I tak tahu wooo, ask for their apology..."
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.