Episod 115 - 5 Ogos, 1973

33 8 0
                                    

Athens, Greece

Kumpulan Black September menembak orang ramai secara terbuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Ellinikon, dengan menggunakan machine gun dan melontar bom tangan sehingga menyebabkan tiga kematian dan 55 cedera.

Kumpulan ini telah banyak melakukan keganasan di luar sepanjang dua tahun ini, iaitu Sukan Olimpik Munich di mana atlet Israel dibunuh di perkampungan sukan, krisis tebusan kedutaan Israel di Krung Thep, Suvarnabhumi, rampasan kapal terbang Sabena 571 dari Brussels ke Tel Aviv, serangan ke atas kedutaan Arab Saudi di Khartoum, Sudan dan sekarang, tembakan rambang di lapangan terbang di Greece.

Walaupun Black September ni adalah sayap militan Fatah dan PLO, tetapi kumpulan ini disusun oleh kumpulan GMM, iaitu kumpulan yang dipimpin oleh Aki dan dibiayai oleh Mamat.

Sejak kematian Aminah dan Laila, Aki cenderung menggunakan cara yang ganas dan menggerunkan. Bagi Aki, yang pernah kulitnya terbakar akibat terkena bom, dia bertindak ganas sebab dia mahu semua orang merasakan kesakitan yang dia rasa.

Dengan Mamat yang mahu membina kumpulan networking yang melawan imperialis di seluruh dunia, Aki merasakan keganasan adalah perlu untuk menggerunkan masyarakat Barat apa padahnya untuk setia menyokong rejim Zionis.

Ternyata selepas kematian Laila, hatinya menjadi lebih keras, kerana penuh dengan dendam yang mendalam.

--

West McLean, Virginia
5 batu dari pejabat CIA

Yahya membawa Vyacheslav dan isterinya bertemu dengan Ketua Pengarah CIA, Bill Colby di kediaman rumahnya. Yahya menerangkan bahawa Vyacheslav merupakan bekas agen KGB yang mahu turncoat, dan menawarkan pengalamannya dalam membantu melawan Soviet di Afghanistan.

Bill bagaimanapun tidak berminat untuk adakan operasi ini, memandangkan mood rakyat yang masih lagi belum kebah dengan Perang Dai Viet, serta Presiden Nixon sedang berdepan dengan isu Watergate.

Bagaimanapun, Vyacheslav dan Agnieszka perlu berdepan dengan proses 'reprogram', di mana proses untuk memastikan kesetiaan mereka terhadap rejim Soviet haruslah dipadamkan dalam memori mereka.

Proses reprogram ini akan memakan masa 6 bulan hingga 2 tahun, bergantung kepada sejauh mana keadaan mereka berdua nanti. Dalam masa ini, mereka tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa di luar kawalan CIA.

--

"Nak buat macam mana, White House tengah lunyai isu Watergate ni, Vya. Lepas tu baru lepas keluar dari Dai Viet ni, tak rasa mereka akan bersetuju nak berperang," kata Yahya.

"Aku risau bila Soviet dah sampai Pakistan nanti, mereka boleh attack Middle East, mereka boleh attack Southern Asia. Kerajaan Republik Afghanistan tu rapuh, bila-bila masa boleh jatuh. Dan kau sendiri tahu betapa korupnya Pakistan ni. Kena ingat, dua tahun sudah, Soviet Union dan Bharat dah tandatangani Friendship Treaty. Maknanya kalau Soviet dah serang Pakistan, Bharat mesti bantu. Kau pun dah tahu macam mana Pakistan ni perang hari tu di Bangladesh," kata Vyacheslav.

"Aku menyirap dengan Zulfikar Ali Bhutto ni. Aku lempang dia sebab dia nak lepas tangan dari hutang yang Yahya Khan buat lepas Perang Bangladesh tu. $5 billion aku dahulukan untuk perang tu. Dah la kalah, berhutang pulak."
"Dah tu, kau jatuhkan je lah Zulfikar."
"Nak jatuhkan dia, nak kena jumpa tentera. Tentera Pakistan ni satu karenah pulak. Nak jumpa pegawai ni, kena sogok. Jumpa pegawai tu, kena sogok."
"Dah namanya geopolitik, Yahya. Kau pun tahu, kan?"
"Aku kena jumpa siapa, Vya?"
"Jeneral Zia-ul-Haq."

--

Yahya

Buat masa sekarang ni, aku rasa belum tiba masanya lagi untuk aku bawa hal Afghanistan ni ke tengah. Tapi dalam perjalanan pulang tu, aku terfikir, kalau aku lambat, orang lain masuk dulu.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now