Corsica, Perancis
Mamat tinggal di sebuah istana lama di Pulau Corsica yang menjadi milik Sultan Jaafar.
Disebabkan semangat patriotik Mamat yang mahu bertanding untuk Gelanggayu, Sultan Jaafar membayar penganjur untuk menjadikan Mamat sebagai peserta jemputan.
Sultan Jaafar juga meletakkan bet terhadap Mamat untuk menang kejohanan ini. Sebab tu dia mahu Mamat menang.
Mamat tinggal di istana lama Napoleon yang dibeli oleh Sultan Jaafar itu untuk dia memberi fokus kepada pertandingan yang akan berlangsung nanti.
Di istana lama itu, Mamat dikehendaki mengkaji semua langkah-langkah dari pemain catur terhebat sejarah untuk persiapan menjelang pertandingan nanti.
Banyak sangat membaca, sampai Mamat rasa tertekan, dan menangis seorang diri. Di meja itu, Mamat conteng gambar orang lidi, dan lukis ibunya, ayahnya, Abang Aki, Abang Jamal, Osman, Faridah, Imad, Mat Nor, Dolah dan Hashim.
Ketika dia sedang menangis itu, tiba-tiba datang Tengku Ariffin, yang berusia tiga tahun, menghulurkannya sekeping roti. Mamat terpinga-pinga, tetapi Tengku Ariffin tetap menghulurkan roti itu..
"Roti lipat dengan butter dan gula. Sedap. Boleh buat Abang Mamat gembira kejap," kata Tengku Ariffin.
Mamat pun makanlah sekeping roti tu.
"Ipin faham perasaan Abang Mamat. Berjauhan dari keluarga, berjauhan dari negara, tak biasa dengan semua ni."
"Kenapa Ipin cakap macam tu?"
"Sebab Ipin pun rasa benda yang sama. Mungkin Ipin budak kecik pada Abang Mamat, tapi kita sama je, rindu kepada negara sendiri."
"Terima kasih..."
"Roti lipat ni tak ada apalah, Abang Mamat."
"Bukan, terima kasih sebab faham saya."--
Mewakili Gelanggayu, Mamat masuk dalam keadaan underdog. Penonton-penonton pertandingan tu tak tahu pun kat mana Gelanggayu tu.
Mamat menewaskan lawan pertamanya dari Sepanyol, Carlos Seinz, dalam dua perlawanan pertama.
Seterusnya dia menewaskan lawan dari Itali, Pierluigi Tommaso.
Bila budak umur 10 tahun menewaskan dua orang pemain catur dewasa ni, barulah penonton membuka mata dengan kehebatan Mamat.
Selepas dua pertarungan, tiba waktu rehat dan makan tengah hari. Ketika sedang makan, Mamat ditegur oleh Tengku Khalidah.
"Mamat, kenapa makan yang kat situ?"
"Dorang suruh makan?"
"Mamat, awak kena balik dulu. Makanan kat sini tak halal. Ada ba alif ba ya."Mendengar ejaan Tengku Khalidah tu, terus membuatkan Mamat rasa nak ke tandas dan muntah. Perutnya rasa tidak selesa, tetapi dia perlu meneruskan perlawanan.
Perlawanan seterusnya ialah menentang Birgitt Rasmussen dari Denmark. Disebabkan ada perbezaan budaya, ketika Birgitt menghulurkan tangan untuk berjabat tangan, tetapi Mamat hanya letak tangannya di dada dan tunduk.
Pengadil kemudian menyuruh Mamat bersalam juga, dan Mamat beristighfar kerana dia bimbang dia melakukan dosa menyentuh yang bukan muhrim.
Ketika sedang bermain itu, Mamat nampak baju Birgitt ada corak lukisan babi, menyebabkan dia teringat makanan tadi, dan membuatkan dia terus termuntah di meja catur, sebelum dia pitam dan rebah.
Mamat dikejarkan ke hospital, dan perlawanan antara Mamat dan Birgitt Rasmussen ditangguhkan.
--
"Mamat, kenapa Mamat muntah tadi? Mamat tak sihat ke?" tanya Laila yang datang bersama anaknya, Aminah.
"Tadi...Mamat termakan sesuatu, lepas tu Aunty Khalidah cakap makanan tu ada babi. Mamat termuntahlah. Lepas tu masa nak lawan perempuan tu, dia pakai baju corak babi. Tu yang Mamat teringat pasal tu, Mamat termuntah lagi," kata Mamat.
![](https://img.wattpad.com/cover/366060064-288-k790761.jpg)
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.