Tengku Jaafar bertemu dengan Residen British, John Burton untuk membincangkan tentang ancaman komunisme yang bakal berlaku menjelang 1 Mei nanti.
Tetapi pentadbiran British tidak mengambil endah tentang ancaman itu, sebaliknya hanya berkata akan mengambil langkah berjaga-jaga.
Kenyataan tidak berapa kisah dari Residen British itu memperlihatkan sikap kakitangan British yang merasakan mereka sebuah kuasa dunia dan tidak perlu takutkan dengan ancaman komunisme itu, menyebabkan Tengku Jaafar terpaksa mengambil jalan yang lebih ganas.
Dengan membiayai kongsi gelap Melayu dan kumpulan silat, Gagak Merah cawangan Wijayapura yang diketuai oleh Tok Seri Alam.
Tengku Jaafar juga memanggil balu Wan Majid, Aina serta beberapa pegawai operatif Sayap Kuning untuk melawan komunis yang bakal berarak pada 1 Mei ini.
Seperti tahun yang lalu, kali ini ada melibatkan senjata-senjata dari Ryukyu untuk melawan komunis nanti.
--
1 Mei, 1932
Perhimpunan besar-besaran Parti Komunis Gelanggayu dengan lebih 10,000 penyokong berhimpun di Foch Avenue, di tengah bandaraya Wijayapura.
Tetapi penduduk kampung di sekitar Wijayapura, terutamanya ahli persatuan silat Gagak Merah dan ahli Sayap Kuning yang mendapat senjata dari pihak Ryukyu dua hari sebelum itu, telah bersedia menunggu sebelum menyerang penyokong-penyokong Parti Komunis.
Tetapi penyokong-penyokong Parti Komunis sebenarnya sudah bersedia dengan senjata yang dibekalkan oleh Comintern, maka berlakulah pertempuran antara Parti Komunis dengan Sayap Kuning dan Gagak Merah yang diketuai oleh Tok Seri Alam.
Pada hari itu berlakunya peristiwa yang dikenali sebagai Wijayapura Berdarah, dengan kematian berada di kedua-dua belah pihak.
Mata-mata British bertindak menangkap anggota Parti Komunis, termasuklah ketuanya Mei Jiang.
--
Di Melaut, Yahya terkejut mendengar berlakunya pertempuran antara pihak komunis dengan kumpulan Gagak Merah dan Sayap Kuning. Dengan penuh minat, Yahya bertanya kepada Uncle Adnan tentang apa yang sedang berlaku.
"Jangan pernah percaya dengan Sayap Kuning. Mereka ini talam dua muka. Tapi Tok Seri Alam percaya kata mereka. Sekarang, Pakcik Kassim kena buat keputusan sama ada nak kekalkan Tok Seri Alam sebagai ketua Gagak Merah di Wijayapura, atau nak tukar ketua baru," kata Adnan.
Adnan kemudiannya datang ke rumah Kassim, dan bersama-sama dengan Atan, serta beberapa orang pengikut setia Gagak Merah berbincang tentang apa yang sedang berlaku di Wijayapura.
--
"Komunis ni, bahaya, tuan-tuan semua. Mereka ni jelas mahu melawan Islam. Mereka ni tak percaya kepada agama. Mereka ni atheist," kata Kassim.
"Tapi sepatutnya kita kena pesan dengan Tok Seri Alam, jangan percaya dengan orang-orang Sayap Kuning. Mereka ni dari dulu nak jahanamkan kita," kata Adnan.
"Apa pandangan kau, Atan?" tanya Kassim.
Atan diam, dan berfikir panjang. Kemudian barulah dia menyuarakan pandangannya.
"Pandangan saya, saya fikir ini mungkin arahan dari istana. Istana mahu Tok Seri Alam dan kumpulan Sayap Kuning untuk bekerjasama. Saya tak fikir Tok Seri Alam suka-suka sahaja mahu bekerjasama dengan Sayap Kuning," kata Atan.
"Habis tu, sekarang ni kita nak buat macam mana?" tanya Kassim.
"Kita kena pergi ke Wijayapura dan berbincang dengan Tengku Jaafar tentang hal ni. Kita berpendapat, biar pada akhirnya perkara ini diputuskan sendiri oleh Residen British."
"Bila kita perlu ke Wijayapura?" tanya Kassim kepada Atan.
"Secepat mungkin. Kamu, Adnan, beritahu pegawai-pegawai British yang kita perlu berbincang dengan mereka bagaimana kita boleh beri bentuk kerjasama untuk mengekang komunisme daripada menular dalam negara ini."
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficção HistóricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.