Episod 168 - 10 Mac, 1985

35 5 0
                                    

Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet, Konstantin Chernenko telah meninggal dunia. Dengan jadi Setiausaha Agung hanya setahun sahaja, dan kebanyakan masanya hanya terlantar di hospital, Soviet Union kini sedang mengalami masalah yang serius dari segi ekonomi dan politik.

Golongan hardliners yang pro Brezhnev dulu semuanya dah tua, dan tak mampu untuk menguruskan negara. Sementara itu golongan politburo yang dah dibayar oleh Faridah, menyokong Mikhail Gorbachev sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet yang baru.

Rancangan Yahya dalam Operation Farmer dah berjaya, maka dengan peristiwa ini, satu rangkaian diplomatik diuruskan oleh pihak Gorbachev untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Ronald Reagan untuk mengurangkan peluru berpandu nuklear dan seterusnya menyambung kembali penghantaran bekalan gandum seperti di era Nixon dulu, untuk memulihkan semua bekalan makanan di Soviet Union.

Maka apabila itu berlaku, melalui Setiausaha Negara, George Schultz, pihak White House mengumumkan bahawa Presiden Ronald Reagan bersedia berbincang dengan Gorbachev untuk proses pengurangan senjata nuklear.

--

Sebaik sahaja Gorbachev mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Agung, Faridah dah sampai ke Kremlin dan memberi kata dua kepada Gorbachev sebelum memulakan tugas sebagai Setiausaha Agung.

Pertama sekali, Gorbachev hendaklah membuka ekonomi Soviet menjadi sebuah pasaran bebas, seperti yang dilaksanakan oleh Deng Xiaopeng di Kwantong.

Maka banyaklah aset-aset kerajaan mulai dilepaskan kepada Faridah untuk membayar hutang lama sebelum menambah hutang baru untuk mengeksport gandum dan bekalan makanan yang lain.

Harta seperti emas, berlian, petroleum, bauksit, uranium dan banyak lagi galian-galian berharga dalam Soviet Union dilepaskan, dan Faridah menjualnya ke pasaran antarabangsa dan kemudiannya melantik proksi-proksi untuk menjaga kepentingannya.

Faridah kemudiannya menyerahkan semua kekayaan ini kepada Yahya, dan Yahya telah melantik Peter George Peterson dan Stephen Allen Schwarzman untuk menubuhkan sebuah syarikat bernama Blackstone Inc, di mana syarikat Faridah, iaitu Merlin Inc ada 25% saham dalam syarikat itu.

Blackstone ditubuhkan untuk menguruskan harta-harta yang datang dari Soviet Union ini selepas perlahan-lahan kerajaannya melepaskan kepentingannya dalam menjaga kawasan perlombongan ini dan Faridah sebagai orang tengah mendapat keuntungan dengan menjual hasil perlombongan ini dan juga saham dalam Blackstone.

Dalam masa sama, seorang pengurus bank pelaburan bernama Larry Fink, seorang Yahudi yang berdagang di First Boston Bank, telah mengalami kerugian sebanyak $100 juta. Jadi Faridah membantu Fink dengan membeli bon First Boston disamping menubuhkan anak syarikat di bawah Blackstone, yang bernama Blackrock, yang menjadi syarikat pengurusan aset, dengan Merlin Inc memiliki 13.7% saham dalam syarikat itu.

Perangai Faridah yang suka buat duit atas duit ini menyebabkan Yahya jadi senang dan mempercayai Faridah apabila dia bertindak dalam kewangan. Dan semua keuntungan ini, Faridah bawa ke Temasik, sekaligus mengelakkan dari semua wang tersebut dapat dikesan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri di Gelanggayu.

--

Dengan menggunakan Temasik sebagai 'pintu belakang' untuk Faridah mengelak cukai dan mencuci wang, maka ramailah ahli politik yang korup dari Parti Persekutuan dan Parti Jujur berjumpa dengan Faridah untuk mencuci hasil wang rasuah mereka untuk mendapat wang yang bersih melalui syarikat pengurusan aset Merlin Inc.

Wang itu kemudiannya disalurkan semula kepada koruptor ini untuk mereka berkempen dalam pilihanraya yang akan menjelang dalam masa setahun dua lagi.

Secara tidak langsung kewujudan Temasik di tengah-tengah Pentas Sunda itu sebagai 'mesin basuh' kepada wang-wang panas dari ramai ahli-ahli politik, bukan sahaja Gelanggayu tetapi seluruh Asia.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now