Episod 131 - 26 Mei, 1977

33 6 0
                                    

Tengku Ariffin membuat tontonan live perlawanan akhir Piala Eropah antara Liverpool menentang Borussia Moenchengladbach di Stadio Olympico, Rom.

Penyokong-penyokong Liverpool berkumpul beramai-ramai, dengan Aziz dan Azlan memakai jersi pasukan Liverpool.

Bila Ali sampai je, dia pakai baju Arsenal.

"Aduhhhh, kau dah kenapa pakai jersi pasukan ni? Salah team ni," kata Aziz kepada Ali.
"Aku sokong Arsenal, aku pakai la jersi ni. Buat apa aku pakai jersi team lain?" kata Ali.
"Ada tak kau nampak Arsenal main final European Cup ni? Takde kan?"
"Memang la, tapi sukati aku la nak pakai jersi apa," kata Ali.

Tiba-tiba Faridah turun pakai jersi Everton. Lagi bikin panas.

"Biarkan je, Ali. Aunty pakai baju Everton ni, berani Aziz nak marah aku?" kata Faridah.

Azlan menonton perlawanan itu, tak banyak cakap. Hanya sekali sekala kunyah maruku dalam balang dan sekali sekala terbangun bila Kevin Keegan atau Ian Callaghan membuat serangan bahaya.

Liverpool mendahului menerusi jaringan gol Terry McDermott pada minit ke-28. Ketika itu semua orang termasuklah Mina dan Tengku Ariffin yang memakai jersi Liverpool bersorak.

Ali dan Faridah duduk tepi sambil main carom, memandangkan perlawanan final ini tidak melibatkan pasukan mereka.

"Macam mana kau boleh terjebak suka Arsenal ni?" tanya Faridah.
"Ayah angkat saya, Che Husin, dia dulu pelayar. Dia sampai London, tu yang dia sokong Arsenal. Kat sana, dia kerja kimpal besi untuk kapal kat sana."
"Bukan geng pengimpal besi dengan geng pelabuhan ni, tak West Ham, Milwall? Yang sokong Arsenal ni pembuat meriam."
"Aunty macam mana pulak boleh sokong Everton?"
"Arwah laki aku dengan aku dulu duduk Liverpool. Jadi dia sokong Liverpool, aku sokonglah Everton. Sedap sikit nak cari gaduh dengan dia. Masa tu la kitorang kenal The Beatles, kawan-kawan kitorang."
"Aunty kawan dengan The Beatles? Mak datuk!" terkejut Ali.
"Kau tak caya? Aku tunjuk satu gambar je lah ya?"

Faridah pilih gambar Mamat yang tak berapa nampak sebab rambutnya yang panjang dan tutup muka di bahagian tepi, takut Ali kenal muka ayahnya. Faridah masih ada matlamat untuk merahsiakan tentang perkara sebenar kepada Ali.

"Yang ni, masa kitorang kat rumah John Lennon kat New York. Yang tengah main piano ni, Alan. Yang tepi kau tak nampak muka ni, yang ni arwah laki aku. Ni, John Lennon," Faridah tunjuk gambar mereka bermain muzik dulu.

"Peh, Alan dah lepak dengan John Lennon tuuu!"

Faridah menyimpan balik gambar itu ke dalam album gambarnya.

"Aunty, suami aunty mati sebab apa?"
"Ikut laporan polis, accident. Tapi aunty percaya ada orang bunuh dia. Cuma, aunty tak tahu macam mana nak siasat."
"Aunty tak suruh polis siasat?"
"Kau nak aku percaya polis? Dengan kuat rasuahnya, dengan banyak kroni-kroni kepentingan dorang jaga? Eh, kalau polis ni boleh percaya, dah lama kau boleh jumpa balik dengan mak kau," kata Faridah sambil menjentik buah karom.

Faridah sebenarnya sedang cuba menanam sikap anti-establishment terhadap Ali. Faridah mahu buat begitu sebab Faridah mahu melatih Ali untuk setia kepada Azlan melebihi negara ini.

"Ye tak ye jugak, Aunty," kata Ali sambil menjentik buah karom ke dalam jaring.

"Aku sebenarnya ada kerja untuk kau dan kawan-kawan kau. Hari tu kan, Jeneral Yahya kata dia nak bagi kau kerja, kan?"

Ali mengangguk-angguk.

"Last-last aku juga yang kena cari. Dia buat hal dia hisap cigar, minum wiski dengan Henry Kissinger. Taik punya orang tua," kata Faridah.

Ali perasan yang semua orang pun suka cakap belakang kutuk Jeneral Yahya. Dia rasa pelik kenapa kalau tak suka, kenapa masih lagi ikut cakap dia.

Pada usia 10 tahun ni, Ali masih belum memahami konsep kuasa dalam politik. Sebab itu sementara Ali masih lagi belum kena brainwash dengan mana-mana sistem, Faridah cuba untuk brainwash Ali supaya di masa depan, Ali akan berkhidmat untuk Azlan.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now