Episod 42 - 7 Januari, 1951

49 7 0
                                    

Krung Thep, Suvarnabhumi

Yahya dan Vyacheslav kali ketiga di ibu negara Suvarnabhumi ini, dari enam pertemuan mereka setakat ini.

"Aku dah cakap dengan kau, jangan pandang rendah dengan Kwantong. Tengok, apa sudah jadi? Seoul sudah kembali ke tangan tentera Goryeo Utara," kata Vyacheslav sambil menggerakkan bidik catur.

"Kau jangan yakin sangat, Vya. Lagipun aku dapat info yang CIA dah jumpa informer kau di New York, pasangan Rosenberg dah kena tangkap sebab bocorkan rahsia tentang enjin jet pejuang dan bom atom," kata Yahya.

"Bukan mereka sahaja mata kami di Amerika Syarikat, Yahya."
"Ada lagi?" tanya Yahya.
"Takkan aku nak beritahu kau, sahabat? Kau mungkin sahabat aku, tapi dalam Perang Dingin ni, kita tetap musuh. Cuma sekali sekala aku tolong kau, dan kau akan tolong aku. Boleh aku tanya sikit, Yahya?"
"Silakan."
"Kau ada apa-apa permusuhan ke dengan Wan Hamid?" tanya Vyacheslav.
"Biasalah, dia dulu bos aku dalam Kempeitai. Kenapa?" tanya Yahya.
"Dia ada minta tolong aku, untuk sabotaj projek lebuhraya Wijayapura-Temasik, projek kerjasama kau dengan Pentagon tu," kata Vyacheslav.
"Jadi apa kata putus kau?"
"Aku beritahu dia yang Kremlin belum keluarkan belanjawan untuk Parti Komunis Gelanggayu. Yang itu kena usahakan dengan Mao. Tapi Mao sekarang sedang sibuk di Goryeo, jadi buat masa ni, projek kau tu selamatlah."

Yahya mengangguk.

"Tapi bukan ke projek lebuhraya itu akan menyusahkan Parti Komunis Gelanggayu nanti?" tanya Yahya.
"Betul, memang menyusahkan kami. Tapi tak menguntungkan aku. Baik aku tumpukan sepenuh perhatian aku dalam Perang Goryeo ni," kata Vyacheslav sambil bakar paip tembakaunya.

Yahya pun bakar curutnya.

"We call it draw?" tanya Yahya.
"Nampaknya macam tu lah. Nampaknya dua-dua pun menemui jalan buntu," kata Vyacheslav, menghulurkan tangan, bersalam.
"Nampaknya kedua-duanya dah boleh baca taktik masing-masing. Jadi mungkin sebab itulah kali kedua kita draw," kata Yahya.

Vyacheslav mengangguk sahaja.

"Muhammad Niat, dia apa khabar?" tanya Vyacheslav.
"Dah masuk sekolah. Bijak, tapi selalu menangis sebab rindukan kampung. Cengeng," kata Yahya.
"Kau tak faham apa ertinya terpisah dengan ibu dan ayah, Yahya. Mungkin hubungan kau dan keluarga kau tak baik. Buktinya, masa ayah dan abang kau dihukum gantung sebab bersama Kempeitai pun, kau tak nak tolong dia," kata Vyacheslav.
"Buat apa aku tolong, mereka tu yang bodoh, ikut jalan yang salah. Bukan salah aku atas kebodohan mereka, lantaklah keluarga pun," kata Yahya.
"Sebab tu kau tak faham kenapa Muhammad Niat selalu menangis rindukan kampung."
"Tak ada apa lagi dah Melaut tu. Bekalan elektrik tak ada, bekalan air bersih tak ada. Jamban pun tak ada sistem rawatan air. Ramai kanak-kanak yang mati sebab kena polio, selain daripada tak ada ubat-ubatan moden. Macam mana nak merdeka? Aku tolong Kassim jaga anaknya, bagi dia segala yang terbaik untuk potensi dia. Tak ada apa yang patut dia rindukan kat Melaut tu," kata Yahya.
"Sepakat," kata Vyacheslav.
"Apa yang sepakat?"
"Bersetuju untuk tidak bersetuju."

--

Yahya

Hubungan aku dan Vyacheslav ni unik. Sementara dia dan aku berada di dalam team lawan masing-masing, aku dengan dia bersahabat baik. Masing-masing ada game masing-masing, no hard feelings, nothing personal.

Tetapi dengan maklumat yang Vya beritahu aku tadi, aku dapat nampak yang kemungkinan adik beradik Wan Husin dan Wan Hamid ni mahu melawan aku.

Jadi aku pergi ke Tel Aviv, dan berjumpa sendiri dengan Wan Zahir, yang kini dah bertapak di Israel. Aku nak buat deal, kalau aku dapat backing dari Wan Zahir dan Israel, aku akan tolong singkirkan Wan Husin dan Wan Hamid dan anaknya Wan Taufik pula yang akan jadi Datuk Temenggung Sepetang.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now