Episod 150 - 3 Jun, 1982

44 4 0
                                    

Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim melantik Datuk Imad Salleh sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pemilihan Imad sebagai Timbalan memang telah dapat dibaca oleh Faridah.

Faridah memang sengaja nak naikkan Imad, sebab dia nak gaduhkan dengan Ketua Pemuda Parti Persekutuan sekarang, Rahizan Abu Talib.

Rahizan ni selalu melepak di gay bar dengan Rahman, anak kepada Datuk Seri Azmi. Rancangan untuk naikkan Rahizan ni dicadangkan oleh Tengku Ariffin, sebagai 'backup plan' sekiranya bila Tengku Norman berkahwin nanti, dia dapat anak lelaki.

Tengku Ariffin tahu yang kekandanya Tengku Norman bukanlah anakanda kepada ayahandanya, Sultan Aminul Rasyid yang sah. Bondanya sendiri, Raja Permaisuri Khalidah sendiri yang mengaku perkara itu.

Cita-cita Tengku Ariffin ialah menaikkan Azlan, seterusnya mendamaikan antara keluarga al-Daulah dan Tengku Ishak selepas sekian lama berperang, sejajar dengan Perjanjian di Jackson, Mississippi pada tahun 1964 dengan Mamat.

Jika Azlan dikahwinkan dengan anaknya, Tengku Aminah, maka persengketaan lebih 500 tahun ini dapat ditamatkan. Dan keturunan al-Daulah dapat diteruskan nasabnya, dan darah keturunan Raja Gautama dapat diteruskan memerintah negara ini.

Sementara itu, secara perlahan-lahan, Tun Iskandar menyuruh pengikutnya menyertai Parti Kongmegayu, parti yang asal ditubuhkan pada tahun 1923 oleh Syed Abdul Rahman Alsagoff.

Syed Abdul Rahman Alsagoff sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1970, ketika awal-awal Tun Iskandar menjadi Perdana Menteri dulu, memberi pesanan kepada Tun Iskandar.

Beliau memberi wasiat agar hidupkan kembali Parti Kongmegayu dan beliau tak mahu orang Melayu berpecah-belah sebegini. Tun Iskandar beritahu bahawa Parti Kongmegayu tak pernah mati, cuma ditidurkan, kerana nak semua orang-orang yang gila kuasa, kaki rasuah dan nilai moral yang rendah, untuk masuk dalam Parti Persekutuan.

Selepas Tun Iskandar bersara, Tun Iskandar menyertai semula Parti Kongmegayu, dengan Faridah menjadi Setiausaha Agung. Ahli-ahli GMM yang menyokong Mamat pun menyertai Parti Kongmegayu yang sudah ditinggalkan ramai orang Melayu pada tahun 1964 dulu.

Parti ini melakukan aktiviti mereka, tanpa menyertai sebarang politik, menanti masa yang sesuai untuk Azlan menghidupkan semula parti ini sebagai parti yang mainstream satu hari nanti.

--

Di rumah Tun Iskandar, anak-anak yang bakal menjadi pembantu kepada Azlan dididik sejak dari awal lagi berkumpul di rumahnya.

Marina, yang kini berusia 10 tahun, dididik untuk mempelajari undang-undang, menghafal akta serta Perlembagaan Gelanggayu. Fazrul diajar oleh ayahnya bagaimana untuk menguruskan jabatan dan orang-orang bawah dalam kakitangan awam.

Ali dididik untuk menjadi ketua kepada orang bawah, iaitu kumpulan gangster. Ali dididik oleh Bang Azham, ketua Gagak Merah cawangan Wijayapura, dan merupakan anak kepada Datuk Syafie serta adik kepada Izham.

Pada Tun Iskandar, sejak kecil lagi mereka perlu diindoktrinasi agar kekal setia kepada Azlan apabila dewasa nanti. Hubungan rapat ini diperlukan bagi mewujudkan keutuhan dalam assabiyah kumpulan ini, dengan Azlan menjadi pengikat kepada kesetiaan kumpulan ini.

Apabila mereka cukup umur nanti, mereka akan mendapat tempat yang telah disusun oleh Datuk Khamis, yang merupakan setiausaha dalam pejabat Ketua Setiausaha Negara, iaitu pejabat tertinggi untuk kakitangan awam.

Dengan meneruskan apa yang dilakukan oleh Mamat sejak 1969, serta polisi Dasar Penswastaan yang mana Datuk Seri Azmi menjual syarikat-syarikat yang dipegang kerajaan kepada Faridah, maka lebih mudah Azlan untuk mengawal negara apabila sudah dewasa nanti.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now