Episod 185 - 18 Jun, 1988

39 6 1
                                    

Azlan

Masing-masing sibuk dengan pilihanraya. Ibu di Houston, Texas untuk bantu Pengetua dalam kempen pilihanraya presiden tahun ini untuk Naib Presiden, George HW Bush menang, menggantikan Presiden Reagan tahun depan.

Aku pula di Tanjung Emas, bersama-sama dengan Abang Iz yang jadi calon kepada Parti Persekutuan, menentang calon Parti Jujur, Rashid Jaafar.

Parlimen Tanjung Emas ada dua Dewan Negeri, iaitu DUN Pelabuhan Wijayapura, dan DUN Bukit Bulan. Pelabuhan Bang Azham yang jaga, kat sebelah Bukit Bulan, aku yang jaga.

Yang ironinya, dua-dua kedai printing poster parti, cetak bendera, bunting, ini semua datang dari kedai pencetakan yang sama: Merlin Printing Sdn. Bhd.

Company ibu, tapi Aunty Ayuni, jiran sebelah aku yang tolong jaga. Ingat tak budak sekolah rendah perempuan jual air Tembikai Merah Dari Ufuk Timur masa bulan puasa hari tu? Tu anak dia. Aunty Ayuni ni ibu dia.

Aunty Ayuni ni dia ada cousin yang merupakan banker yang berkahwin dengan sepupu ibu sebelah saudara arwah Pak Adnan. Haaaa, kau pening kan? Aku pun pening. Kira saudara-mara la juga sebenarnya walaupun jauh.

Keluarga yang kawal 85% dalam perbankan Temasik. Keluarga Chong. Remember Ken yang jadi dua pupu aku tu? Bapak dia nama Jacob dan dia ni kawan baik kepada Pengetua. Pengetua yang salurkan segala duit korupsi politikus Amerika, cuci kat Temasik lepas tu hantar balik ke sana. Duit sebagai komoditi.

Jadi ibu pergi ke Houston tu pun sebab nak pastikan calon pilihan Pengetua, George Bush jadi Presiden, gantikan Uncle Ronnie.

Dan aku di sini sedang menimba pengalaman macam mana nak menguruskan kempen di kawasan, dalam pilihanraya. PRK ni kira satu pengalaman yang bagus dengan aku.

“Wah, bukan main lagi dengan baju Melayu ni, baru balik dari mana ni? You bernikah ya?” Natasha mengusik aku yang baru balik dari mengiringi Izham dari menjadi calon pilihanraya.

“Asal baju Melayu je, nikah,” aku membidas.

Natasha ketawa bila aku mengeluh macam tu. Dia tahu aku dah jadi ketua bahan kreatif untuk kempen untuk PRK Tanjung Emas. Kerja aku ialah menyebarkan risalah dan ini bukan kerja aku, ini sepatutnya kerja Ali.

Memandangkan Ali di Suvarnabhumi membina base dia, aku serahkan tugas ini kepada Fazrul dan kawan-kawan dia. Malangnya, tak seperti kawan-kawan Ali yang menjadi 'foot soldier' yang efektif, krew Fazrul ni tak berfungsi macam apa yang aku nak.

Sebab group Ali ini memang anak-anak jalanan yang memang dahagakan peluang, group Fazrul ni golongan middle class yang datang dari kelas mandarin (pentadbiran kerajaan) negara. Anak orang senang. Panas sikit pun tak nak edar risalah dan bahan kempen.

Aku nak serahkan pada Sulaiman, atau nama panggilannya, Kecik, tapi dia ni terlalu kecik badannya, dan dengan muka macam budak, tak ada siapa nak ambik risalah politik dari Kecik.

Hanis kata dia nak jumpa aku malam nanti di Tanjung Kapur, sebab aku sibuk di pagi hari untuk menemani Izham masa hari penamaan calon, tengah hari aku nak makan dengan Natasha ni. Karang kalau aku tak jumpa dia ni, merajuk lagi dia ni.

Petang aku nak melawat abang aku, Aziz. Aziz sekarang dah semakin pulih dari kemalangan tu, alhamdulillah. Cuma aku hairan, Datuk Mohd Nor beberapa kali juga telefon aku, dia macam risau sangat pasal Aziz. Aku tak faham, tapi aku ceritakan sahajalah perkembangan Aziz sekarang. Dia dah boleh berjalan, walaupun pakai tongkat. Kalau dulu nak pergi tandas, dia kena naik wheelchair. Dia kata seksa.

Kesian abang aku ni. Tak ada dosa, tapi dia yang kena. Aku tahu, ini kerja Sayap Kuning. Tapi Sayap Kuning ni ada berpecah dua, satu yang geng dengan Tengku Norman, satu lagi yang geng dengan Tengku Ahmad, atau dikenali sebagai Jimmy. Jimmy ni co-owner kepada team bola sepak Puncak Jaya FC dengan Uncle Daniel.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now