Hari ini adalah peperiksaan Sijil Peringkat Rendah (SPR), dan semua pelajar Tingkatan Tiga berdepan dengan peperiksaan ini. Termasuklah Azlan dan Natasha.
Sebelum bermulanya peperiksaan, Natasha pergi ke meja Azlan, kemudiannya meletakkan sepucuk surat.
"I know you're not reading letters that you received, but I hope you read this one," kata Natasha kepada Azlan.
"Thank you."
"Good luck, Alan."
"Good luck, Nat."Selepas tamat peperiksaan Matematik, Azlan pulang ke rumah dan kemudiannya membaca surat yang dihantar kepada Natasha.
"A poem," kata Azlan, sambil membaca tulisan puisi dari Natasha.
I follow to my inquisition
Down to the deep of my heart
Listening to the beat of my limerence
An April cloudy dusk
Holding to your hand
Listening to the beat of my limerenceTake me to the magic of the moment on the glory night
When the stars sparkles and the moonlight shining
Shine on you and meYou're lingering on my mind
I thought it is waste of time
You probably didn't care
The feelings I want to share
I know you can feel it though
And let my heart beat sings for youAzlan lipat kertas surat itu, dan tersenyum. Dari puisi itu, Azlan dah tahu, Natasha jatuh cinta kepadanya. Tetapi dia tidak mahu menyerah awal. Bukanlah dia nak seksa Natasha lama-lama dengan perasaannya, tetapi sekadar berhati-hati.
Sejak peristiwa dengan Cleo, Azlan sebenarnya ada sedikit trauma terhadap orang perempuan. Tetapi bagaimanapun dia tidaklah mahu beraliran songsang, kerana dia tidak mahu Nabi tidak mengakunya umat.
Selain perempuan, Azlan ada pernah dapat juga surat dari lelaki yang meminatinya. Sudah tentulah Azlan tidak melayan, termasuklah surat dari Menteri Pendidikan, Datuk Rahizan Abu Talib dan anak Perdana Menteri dan abang tiri Azizan, iaitu Rahman.
Azlan beritahu kepada ibunya, dan ibunya suruh Rahizan dan Rahman jauhkan diri daripada anaknya. Nasib baiklah Azlan ni ibunya Faridah, dan dilindungi oleh Jeneral Yahya dan Tengku Ariffin.
Disebabkan ini, Azlan sebenarnya mengalami tekanan perasaan kerana dia amat takutkan hubungan selain dari persahabatan, terutamanya melibatkan perempuan.
Dia juga ada perasaan terhadap Natasha, tapi dalam masa sama dia sedar yang dia bakal dijodohkan dengan Tengku Aminah. Cuma dia tidak pernah ada perasaan kepada Mina, dia menganggap Mina sebagai adiknya sendiri.
Hatinya setakat ini cenderung ke arah Natasha. Cuma dia kena berhati-hati, sebab orang macam dia, akan ada ramai orang yang cuba ambil kesempatan.
--
Azlan kemudian melawat ke hospital untuk melawat makciknya, Kathy yang baru melahirkan anak. Turut hadir ialah Tun Ismail, Toh Puan Dahlia, Toh Puan Faridah dan Daniel Hakim.
"Dah ada nama?" tanya Azlan kepada pakciknya, Daniel.
"Belum lagi. Alan ada idea nak bagi nama apa?"
"Alan suka nama huruf J."
"Jamaliah? Macam nama pakcik kau kat Melaut je, Alan?" kata Faridah.
"Jessica," kata Azlan.
"Biar betul, nama mat salleh..." kata Faridah.
"Eh, Aunty Kathy suka la nama tu. Nama Jessica ya, darling?" kata Kathy kepada suaminya, Daniel.Ketika menemani pakciknya untuk ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di tingkat bawah hospital, Pakcik Daniel bertanya kepada Azlan.
"Kalau Uncle hantar kau ke Sepetang, boleh? Dengar cerita, ada pergolakan politik di sana."
"Tak boleh, pakcik. Keturunan saya tak boleh masuk ke situ. Aunty Kathy pun tak boleh masuk situ."
"Ye ke? Alamak, baru nak ajak dia pergi snorkeling lepas dia kembali sihat kat kawasan Laut Sulu tu. Pantai dia cantik. Kenapa tak boleh?"
"Keturunan Yom Puteh memang ada sumpahan masuk Sepetang, kecuali kalau ada kebenaran dari ketua Sayap Kuning iaitu ketua keluarga Wan Demang. Saya masih boleh masuk Israel walaupun pakai pasport palsu, tapi walaupun satu negara, saya tak boleh masuk Sepetang. Muntah darah nanti," terang Azlan.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiksi SejarahMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.