Episod 128 - 4 April, 1976

36 8 0
                                    

Beijing, Kwantong

Lebih 100,000 orang berkumpul sebagai memperingati kematian Zhou Enlai, hasil gerakan kempen yang dijalankan oleh Deng Xiaopeng.

Demonstrasi tersebut sempena perayaan Qingming, iaitu perayaan memperingati orang-orang yang telah meninggal dunia dan membersihkan pusara.

Dengan menggunakan isu identiti dan budaya, mereka menentang Revolusi Budaya yang dilancarkan oleh isteri Mao, iaitu Jiang Qing sejak 1966.

Jiang Qing, bersama-sama Premier Hua Guofeng mengarahkan Tentera Pembebasan Rakyat untuk meleraikan demonstrasi.

Tetapi dari 100,000, ia mula meningkat sehingga setengah juta orang yang datang pada sebelah malam. Menjelang keesokan harinya, lebih 2 juta rakyat Kwantong turun dan berdemonstrasi menentang Revolusi Budaya.

Bagi Mao yang sedang sakit tenat, tindakan ini seperti cuba untuk menggulingkan kuasa, dan mahu Hua Guofeng bertindak dengan lebih tegas ke atas Deng Xiaopeng.

Tetapi, Deng Xiaopeng, anak-anaknya dan pengikutnya tidak ada dalam perhimpunan itu, sebaliknya pada hari itu, Deng menghabiskan masanya dengan bertaichi, main catur Kwantong dan gunting rambut.

Walaupun begitu, pergerakan sudah dimobilisasikan, dan dirancang lama untuk menjatuhkan kelompok Gang of Four.

Rusuhan bukan sahaja di Beijing, tetapi di beberapa bandaraya utama Kwantong lain seperti Shanghai, Chongqing, Xian, Chengdu, Tianjin, Wuhan, Dongguan, Zhengzhou, Guangzhou, Qingdao, dan beberapa bandaraya yang lain.

Keadaan semakin sukar dikawal, dan penentangan ke atas kumpulan Gang of Four semakin memuncak, menunjukkan Mandat Dari Syurga Mao sudah semakin luntur.

Rakyat Kwantong mula bangkit!

--

Faridah

Aku berjumpa dengan Uncle Yahya dan membawa Azlan sekali untuk membincangkan situasi terkini di Kwantong. Sudah tentulah, Uncle Yahya dan kawan-kawan dia macam Henry Kissinger tu akan sokong Deng Xiaopeng untuk menentang golongan yang radikal dalam komunis ni.

Sebelum aku berbincang dengan Uncle Yahya, aku terangkan dulu sejarah Kwantong selepas Parti Komunis Kwantong menang dalam Perang Saudara kepada Azlan.

Bagi aku, prioriti Mamat masa dia arwah masih ada lagi, ialah untuk selesaikan isu di Kwantong ni. Kwantong ni dalam seluruh Asia, dia yang paling besar, paling ramai penduduk. Dan negara mereka berhampiran dengan kita.

Selepas berbincang bertiga dengan situasi terbaru di Kwantong ni, Uncle Yahya bersetuju untuk telefon CIA dan meminta mereka bersama-sama dengan aku untuk menambahkan kemarahan rakyat Kwantong.

--

8 Jun, 1976

Sudah rasmi, Presiden Gerald Ford menang dalam pilihanraya primary Parti Republikan, menewaskan pesaing terapatnya, Ronald Reagan. Gerald Ford menang di 27 buah negeri dan wilayah persekutuan Washington DC, sementara Reagan menang di 24 buah negeri.

Ford menang delegasi seramai 1,121 orang yang akan memilih calon dalam Konvensyen Parti Republikan nanti, sementara Reagan memenangi 1,078.

Walaupun Reagan tewas, tetapi Ronald Reagan sudah menguasai separuh dalam Parti Republikan. Dan dijangkakan dalam pilihanraya yang berlangsung pada November nanti, Parti Republikan akan berdepan dengan persaingan sengit.

Selepas keputusan primary di Utah (yang terakhir antara semua negeri diumumkan), Yahya membawa Azlan untuk berjumpa dengan Ronald Reagan di kediamannya di California.

"Ron!"
"Hey, Yahya! Alan! Welcome to Santa Barbara! Let's have a coffee while discussing about our future cooperation afterwards," kata Ronald Reagan.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now