Bekas senator Arroyo, Benigno Aquino Jr., ditembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Amanila. Benigno, merupakan pengkritik utama Presiden Ferdinand Marcos, dilihat sebagai suara dan simbol penyatuan golongan pembangkang yang melawan pemerintahan diktator Marcos.
Marcos yang merupakan kroni utama Jeneral Yahya sejak tamatnya Konfrantasi, selepas Yahya menjatuhkan Diosdado Macapagal, yang menyokong Presiden Soekarjo pada era tersebut, memerintah Kepulauan Arroyo sejak 1965.
Aquino yang menjadi Senator Arroyo sejak 1967, telah dipenjarakan oleh rejim Marcos pada tahun 1972 selepas Marcos isytihar darurat pada tahun itu. Aquino dilihat sebagai pengkritik paling kuat Marcos, dan dilihat satu-satunya pemimpin yang dapat melawan diktator di Arroyo.
Aquino kemudiannya dihukum bunuh pada tahun 1977 atas tuduhan yang direka-reka oleh Marcos, tetapi Marcos tidak mahu Aquino dibunuh kerana jika itu berlaku, itu akan memperkuatkan lagi pembangkang yang melawannya.
Pada tahun 1978, Aquino menubuhkan Lakas ng Bayan (LABAN) atau Parti Kuasa Rakyat, untuk mencabar Marcos dalam pilihanraya parlimen pada tahun itu. Menteri Pertahanan Arroyo, Juan Ponce Enrile mendakwa LABAN merupakan organisasi yang ada kaitan dengan Parti Komunis Arroyo, dan seterusnya diharamkan sehari sebelum hari pernamaan calon.
Pada tahun 1980, Aquino terkena serangan jantung ketika di penjara, dan dibedah di Arroyo. Isteri Marcos, Imelda, menguruskan penghantaran Aquino ke Dallas, Texas untuk pembedahan jantung.
Mesti pelik kan, dah kalau Aquino ni musuh politik kepada Marcos, kenapa Imelda hantar Aquino ke Dallas untuk pembedahan jantung di sana? Ini kerana Imelda - yang merupakan orang yang memikir strategis politik untuk suaminya, merasakan jika Aquino mati, orang ramai akan menuduh suaminya sebagai zalim.
Imelda mahu semua rakyat berfikir bahawa suaminya memenjarakan Aquino bukanlah kerana Aquino menentang suaminya, tetapi kerana Ferdinand Marcos adalah seorang Presiden yang mahu menjaga kestabilan politik Arroyo yang sedang diancam oleh Parti Komunis Arroyo.
Aquino kemudiannya tinggal di Boston selama tiga tahun, dan mahu kembali ke Arroyo untuk menyambung perjuangan.
Imelda mengarahkan pegawainya untuk membantu Aquino untuk memperbaharui passportnya, dan memudahkan dia kembali ke Arroyo. Pada pandangan Imelda, beliau mahu Aquino untuk berdamai dengan suaminya, dan menstabilkan semula politik Arroyo untuk memastikan dapat mengalahkan pemberontak komunis, serta dapat meningkatkan ekonomi negara.
Pada 21 Ogos, 1983, sebaik sahaja Aquino tiba di Amanila, ibu negara Arroyo, beliau ditembak mati dan berlakulah krisis politik di Arroyo.
Ketika peristiwa itu, Marcos sedang bermain golf, tidak tahu langsung tentang perkara itu berlaku. Marcos hanya mengetahui tentang peristiwa ini selepas wartawan bertanyakan kepadanya tentang kematian Aquino selepas dia selesai bermain golf.
Marcos jadi bingung, dan kemudiannya menghubungi Yahya untuk mengetahui siapa yang punya kerja. Yahya kata beliau sendiri tidak mempunyai maklumat tentang perkara itu. Tetapi Yahya bohong.
Yahya yang susun rancangan untuk membunuh Aquino, kerana Yahya berpendapat bahawa sekiranya Aquino bertanding dalam pilihanraya presiden, jika pertandingan dilangsungkan dengan adil dan saksama, Marcos akan bungkus.
Lagipun, Aquino adalah calon yang popular dan datang dari parti yang dahulunya menyokong Diosdado Macapagal, dan salah satu perkara yang mereka perjuangkan ialah mahu menuntut Sepetang untuk menjadi sebahagian daripada Arroyo.
Sepetang adalah negeri di mana kabilah Wan Demang berasal - dan ikut logik, tak mungkin Yahya mahu membantu mereka. Lagipun Sepetang kaya dengan pelbagai sumber seperti petroleum, gas asli, kayu-kayan serta tanah yang subur.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.