Episod 180 - 7 November, 1987

35 5 0
                                    

Faridah
Moscow, Soviet Union

Hari ini hari ulang tahun Revolusi Bolshevik yang ke-70. Mikhail jemput aku untuk datang ke Dataran Merah untuk melihat perbarisan tentera Soviet Union.

Mengingatkan aku terhadap perarakan hari kebangsaan Gelanggayu masa aku kecik dulu, aku curi bendera Gelanggayu tepi jalan, lepas tu aku jual masa pertandingan Piala Thomas sebulan kemudian.

Aku tak pernah berminat untuk tengok perarakan hari kebangsaan pun, sebab aku rasa ia buang masa. Kalau benar kau nak tunjuk kekuatan tentera kau, pada aku kau kena tunjuk melalui latihan peperangan dan teknologi ketenteraan melalui R&D.

Setakat perarakan ni mungkin untuk rakyat jelata, tapi kapitalis macam aku, aku jenis tak mudah terpedaya.

Hakikatnya Soviet Union dalam keadaan yang nazak. Nazaknya Soviet Union ni sebab mereka banyak berhutang kepada aku, dan mereka tak mampu untuk bayar balik. Bila mereka tak mampu bayar hutang aku, maka aku ada hak untuk campur tangan dalam urusan ekonomi mereka.

Salah satu syarat aku yang terbaru untuk pakej pinjaman yang terbaru kepada Soviet Union ialah dengan mereka harus mengurangkan perbelanjaan ketenteraan mereka di luar sempadan Soviet Union, terutamanya di blok Eropah Timur sebanyak 15% untuk mencapai perbelanjaan kerajaan yang stabil.

Ikutkan aku nak letak 30%, tapi kalau aku letak banyak sangat, memang tak terkawal kejatuhan mereka ni.

Betul kata Uncle Yahya dalam hal ni. Masa aku cadang nak buat economic reform macam di Kwantong bawah Deng Xiaopeng di Soviet Union, macam idea Perestroika tu, Uncle Yahya kata yang itu sebagai buang masa dan Soviet ini menunggu masa untuk hancur.

Dan bila aku sampai di sini dan saksikan semuanya, betullah tu, tak ada apa yang dapat diselamatkan. Industri dah hancur, peruncitan pun hancur, rakyat pun tak ada duit nak berbelanja. Tak ada harapan lagi.

Tapi aku kena main peranan menabur harapan kepada Mikhail agar aku dapat semua sumber-sumber asli yang berlambak di negara mereka ni, sebelum aku jual kepada Amerika untuk dapatkan profit margin.

Kalau tak, aku tak boleh bina empayar untuk anak aku.

Tapi sejak dua minggu selepas Black Monday, bila bursa saham Dow Jones dan seluruh dunia jatuh menjunam, aku kurangkan pembelian kerana harga komoditi tengah jatuh. Permintaan tengah turun.

Makin teruklah jatuh Soviet ni nanti.

Aku nampak kepala Mikhail ni makin lama makin gugur rambut dia ni. Makin botak sebab serabut dengan krisis ekonomi ni. Jadi pembantu Mikhail, menantu dia iaitu Virgansky, memperkenalkan aku dengan Miklos Nemeth, iaitu professor dalam jurusan ekonomi di Hungary, yang aku sebenarnya dah kenal dan dah jumpa masa dia belajar di Harvard dulu.

Yang peliknya aku kenal si Nemeth ni dulu sebelum Virgansky kenal dia, dan Virgansky ni nak perkenalkan aku pulak.

Aku nampak Tirai Besi yang dipanggil oleh Winston Churchill ni, kelemahan utamanya ialah di sempadan Austria-Hungary. Dua ni asalnya satu negara dalam Empayar Austria-Hungary, kemudiannya sekarang ni Hungary jadi komunis, Austria jadi kapitalis tapi tidak masuk NATO dan jadi negara berkecuali macam Switzerland.

Alan ada involve dengan Vyacheslav dalam Operation Currywurst, iaitu memindahkan imigran Eropah Timur ke Jerman untuk mengurangkan agresif Jerman agar mereka tidak akan bertindak ganas macam zaman Adolf dulu.

Nemeth ni aku perlu naikkan dia jadi Perdana Menteri. Kalau aku berjaya lantik Nemeth jadi Perdana Menteri, dan Nemeth buka sempadan negaranya dengan Austria, maka warga Jerman Timur akan ke Hungary, lintas sempadan Austria, dan masuk ke Jerman Barat.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now