Episod 67 - 18 April, 1961

51 9 1
                                    

Yahya

Pejabat Agensi Perisikan Pusat (CIA),
Langley, Virginia

Alamak, alamak, alamaaaaaakkkk!

Semua orang kelam-kabut. Perancangan untuk serang Cuba melalui Bay of Pigs dah gagal!

Sekarang sekali lagi Amerika dimalukan. Selepas kejayaan Yuri Gagarin mencapai ke angkasa, sekarang Amerika flop pulak dalam black ops di Cuba.

Allen Dulles tuduh DoD (Department of Defense) lambat hantar backup senjata, DoD di Pentagon pula cakap White House lambat nak approve. Kennedy teragak-agak nak benarkan arahan.

Aku sekarang kat dalam pejabat CIA, dan dengar briefing dari Dulles tentang apa yang berlaku. Sekarang ni, macam mana Cuba boleh tahu pasal serangan Bay of Pigs ni, sedangkan yang tahu pasal serangan ni, cuma orang dalam CIA, dan orang-orang aku sahaja.

Rancangan untuk menggulingkan Fidel Castro di Cuba telah gagal, dan di Washington DC, puak Langley (CIA) dan puak Pentagon (DoD), dua clan yang besar bersama dengan clan pemilik senjata dan bankers, macam aku, sedang bengang dengan Kennedy.

Ya, tak sampai 100 hari pegang jawatan Presiden, Kennedy yang aku sokong tu telah kecewakan aku. Dia lambat bertindak, dan tak fikir betapa bahayanya Amerika Syarikat sekiranya ada negara komunis kat 'bawah perut kau'.

Aku dapat rasakan Vyacheslav sedang jalan berkepak sekarang. Soviet Union berada di depan dalam Perlumbaan Angkasa, dan Amerika dah buat dua kesilapan tentera yang besar - U2 dan Bay of Pigs. Belum lagi kita cakap insiden di Goldsboro, North Carolina dan Yuba City, California.

Kau bayangkan, kapal terbang bawa bom nuklear terhempas sebab ada malfunction. Nasib baik bom tu masih deactivate, kalau tak, malapetaka nuklear berlaku kat negara sendiri.

Amerika Syarikat ni kaya raya, banyak duit, tapi dia kena harapkan orang luar juga yang buat kerja untuk dia. Orang macam aku. Kalau takde orang macam aku, memang hancur lebur Amerika ni.

Buat kerja kucar-kacir, tak ada perancangan!

--

Presiden Kennedy mahu CIA menanggung kesalahan tentang kegagalan Bay of Pigs ini sepenuhnya, serta mahu beberapa orang pegawai agensi perisikan itu menanggung kekalahan ini.

Tuding menuding mula berlaku, golongan tentera dan golongan perisikan mula mahu berkomplot. Melihat situasi yang berlaku, Yahya nampak peluang dia untuk memanipulasi situasi.

Dia bersama-sama dengan Henry Kissinger, merancang dengan dengan beberapa orang jeneral tentera yang lain, untuk berjumpa dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson.

Tidak seperti Kennedy yang masih muda dan naif, Johnson adalah seorang ahli politik yang memang pro dalam politik dalam Washington ni. Pengalamannya sebagai Majority Leader of Senate menyebabkan dia dilihat sebagai orang yang mengawal kuasa White House dari belakang.

Kalau kita ingat amaran yang diberitahu oleh bekas Presiden, Dwight Eisenhower tentang military-industrial-complex pada ucapan terakhirnya sebagai Presiden, maka inilah perkara yang diberi amaran.

Sebagai pemegang syer yang melabur di banyak syarikat-syarikat pertahanan seperti Lockheed Martin, Boeing dan Bell Helicopters, inilah sumber pendapatan Yahya yang sebenar. Gaji jadi kolonel jeneral di Gelanggayu tak berapa banyak sangat. Yang itu lebih kepada kuasa di negara sendiri.

Dan bila kegagalan di Bay of Pigs, Yahya dengar cerita yang Kennedy nak batalkan penghantaran tentera dan senjata ke Dai Viet kerana bimbang akan gagal seperti di Cuba.

Kennedy dilaporkan berkata, 'kalau di Cuba yang dekat dan cuaca yang lebih kurang di Florida pun kita kalah, untuk apa kita hantar ke tempat yang jauh macam di Dai Viet dengan cuaca yang jauh berbeza?'

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now