Faridah dan Mamat membuka cawangan Groovy Music di Washington DC, tapi sebenarnya lebih ke Alexandria, Virginia. Cawangan baru mula dibuka pada awal bulan November dan kini mereka sedang membina cawangan baru di sini.
"Mat, apasal ek talipon ni tak boleh pakai? Kau dah bayar deposit kan?"
"Ye lah, kan sejak minggu lepas lagi kita dah boleh pakai telefon tu. Kenapa?"
"Talipon ni macam tak boleh pakai. Dari tadi engaged. Kenapa ek?"Mamat pergi ke kedai sebelah, untuk mencuba talipon, tetapi pemilik kedai sebelah pun kata talipon mereka tak boleh pakai. Dia pergi ke seberang jalan pun, jawapannya sama.
Dia berlari masuk ke dalam kedai.
"Idah, rasanya seluruh Washington DC dan keliling bandaraya ni, taliponnya rosak. Saya fikir kerosakan pada sistem," kata Mamat.
"Alaaa, aku baru nak dapatkan report sales kita kat New York dengan Boston tu."Tiba-tiba ada orang berlari dan masuk ke dalam kedai dan menjerit, "President has been shot in Dallas!"
Faridah, Mamat dan Tengku Ariffin berpandangan sesama sendiri. Tergamam kerana terkejut dengan berita itu.
Mamat tengok jam, pukul 1 tengah hari. Dia rasa macam ada sesuatu yang tak kena.
"Mat, jom tengok TV kat kedai sana tu!" kata Faridah dan berlari ke arah kedai TV depan Groovy Music.
Orang ramai dah berkerumun menonton berita terkini yang diumumkan oleh Walter Cronkite tentang pembunuhan Presiden John F. Kennedy.
Entah macam mana, Mamat tertoleh ke suratkhabar yang baru sampai dari kilang pencetak. Mamat terkejut, bagaimana berita yang macam ni boleh sampai dengan cepat? Mamat cepat-cepat beli akhbar itu dan simpan di dalam kedai.
Sambil tu dia baca waktu Presiden ditembak. Jam 12:30 tengah hari waktu Texas. Texas lewat sejam dari Washington DC. Macam mana dah keluar laporan ni semua, kalau dia ditembak jam 12:30 tengah hari waktu Texas, atau 1:30 tengah hari waktu Washington DC, kalau sekarang di Washington DC baru pukul 1 tengah hari?
Mamat jadi pelik, salah laporan ke akhbar ni? Kenapa waktu laporannya awal?
Mamat pergi solat Jumaat terlebih dahulu sebelum memikirkan perkara ini dengan lebih lanjut.
Lepas solat Jumaat, para jemaah pun bercakap tentang perkara yang sama - pembunuhan JFK. Tapi rata-rata berkata ini kerja Soviet atau Cuba. Tapi Mamat meragui cerita itu, sebab kenapa Soviet atau Cuba nak bunuh Kennedy?
Memanglah seteru Perang Dingin, tapi ikut logik berlandaskan apa yang dia tahu, Soviet dan Cuba lebih okay dengan Kennedy. Kennedy sanggup berbincang dengan Khrushchev. Tidak seperti ahli politik Amerika yang lain.
--
Semua orang menonton berita pembunuhan JFK dalam keadaan terkejut. Mamat tidak menonton sebaliknya fokus mendengar berita itu.
Menurut berita tersebut, Kennedy ditembak jam 12:30 tengah hari waktu Texas (1:30 tengah hari waktu Washington DC), tetapi mengapa jam 1 tengah hari lagi di sini dah dengar berita ni, dan akhbar petang yang selalunya terbit jam 2 petang, tiba-tiba sampai jam 1 tengah hari, melaporkan dengan lengkap tentang peristiwa itu, serta dengan nama pembunuhnya, Lee Harvey Oswald.
Kemudian dari jam 1 tengah hari sampai 2 petang, talipon di seluruh Washington DC tidak dapat dihubungi. Firasat Mamat hanya satu.
"Ini adalah rampasan kuasa," kata Mamat membuat kesimpulan awal.
Tengku Khalidah, Tengku Norman, Tengku Ariffin, Tengku Razak dan Faridah semua pandang kepada Mamat.
"Macam mana kau boleh tahu?" tanya Faridah.
"Berita ni kata Kennedy kena tembak jam 12:30 tengah hari waktu Texas. Saya belum bertolak lagi ke solat Jumaat, berita ni dah tersebar. Dan seluruh Washington DC tak boleh dihubungi. Itu adalah petanda awal."
"Wei, siapa buat wei?" tanya Faridah.
"Three capital letters. C, I and A. Yang bekerja untuk secret societies macam Freemason, Illuminati, Skull and Bones, John Birch Society, Ku Klux Klan...hanya orang macam Yahya yang boleh rancang sebegini. Malangnya, rancangannya meninggalkan beberapa perkara yang cacat jika kita perhatikan secara terperinci."
"Abang Mamat rasa, si bedebah tu buat?" tanya Tengku Norman.
"Kita tak ada bukti, tapi saya ada Xerox fail-fail kerja dia. Dia ada terlibat dalam menggulingkan Mossadegh di Iran, Arbenz di Guatemala...dia sendiri menggulingkan Empayar Ryukyu pada Perang Dunia Kedua dan menggulingkan Ngo Dinh Diem dan dalam usaha menggulingkan Soekarjo. He's good at this."
"Habis tu, apa kita kena buat?" tanya Tengku Ariffin.
"Biarkan. Ini bukan masalah kita. Masalahnya sekarang, he's looking over your father. Kalian semua harus berjaga-jaga," kata Mamat.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.