Episod 98 - 22 Mac, 1968

50 10 1
                                    

Mamat menghubungi Samia untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di Paris. Samia beritahu yang rakan mereka, Daniel Cohn Bendit, ketua pelajar di Universiti Nanterre bersama tujuh orang pelajar yang telah ditangkap polis Perancis.

Samia kata Umar sedang membuat kerja-kerja menghasut pelajar di seluruh Perancis. Mamat bersetuju dan menunggu sahaja apa hasilnya nanti.

--

Mamat

Sementara menunggu hasil yang dilakukan oleh Samia dan Umar di Perancis, aku kini lebih kerap dijemput oleh Uncle Iskandar ke rumah untuk memberikan pandangan dan strategi parti.

Dia bagi borang parti Kongmegayu kepada aku, tapi aku tak nak masuk parti.

"Faridah pun dah jadi ahli Kongmegayu, kenapa kau tak nak?"
"Saya tak pandai politik."

Uncle Iskandar pandang aku dengan pelik.

"Apa maksud kau, kau tak pandai politik? Yang kau nasihatkan aku buat ni, buat itu, tu apa?"
"Maksud saya, saya tak pandai jadi orang politik. Saya tahu teori politik, tapi kalau saya dah masuk dalam ni, saya bimbang yang saya akan cipta lebih ramai musuh. Tak membantu Uncle Iskandar pulak nanti."

Uncle Iskandar duduk menyandar, dan mengangguk setuju.

"Kira kau tak sertai parti, tapi kau akan bantu aku la?"
"Ya, Uncle. Tadi, Uncle cakap Faridah dah masuk Parti Kongmegayu kan?"
"Ya, ayah dia yang daftarkan dia."
"Tapi bukan ke Uncle Iskandar ni Parti Persekutuan?"
"Haaa, ini yang kau tak tahu sebenarnya. Ini adalah buah akal Uncle Yahya kau."

Bila dengar nama Yahya, aku dah macam hilang minat. Tapi tak apa, kita dengar sahaja dulu apa cadangan dia.

"Ikut cadangan Yahya, akan ada dua kem, kem Kongmegayu yang diketuai oleh Datuk Syafie, dan kem Persekutuan yang diketuai oleh aku. Dua-dua ni pun sebenarnya member kamceng. Cuma tujuan Yahya ialah nak hapuskan golongan tua yang kawal parti Kongmegayu, dan naikkan golongan muda yang pegang Persekutuan.

"Kalau berpecah dua, tak ke undi kalian semua akan berpecah juga? Ini kan sistem first past the post."
"Faham, tapi Parti Buruh dan Parti Jujur juga akan pecahkan undi Parti Rakyat juga. Parti Buruh akan tarik lebih banyak undi dari bukan Melayu."
"Jadi Parti Rakyat akan jatuh bukan sebab Kongmegayu, tetapi Parti Buruh? Dan macam mana Persekutuan dan Kongmegayu nanti?"
"Yang ahli Kongmegayu akan lompat ke Persekutuan kalau Persekutuan menang lebih banyak kerusi."
"Kalau Kongmegayu menang lebih banyak kerusi?"
"Karier politik aku berakhirlah. Dan segala yang kita rancang tu, tak akan dapat dibuat sebab orang tua terus kawal politik negara ni, walaupun berlainan parti. Faham kan sekarang apa tugas kau?"
"Faham, Uncle."

--

31 Mac, 1968

Presiden Johnson membuat kenyataan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihanraya presiden tahun ini. Kenyataan ini dibuat selepas menyedari bahawa populariti beliau akibat huru-hara dalam Tet Offensive di Perang Dai Viet membuatkan rakyat bertambah marah dan menolaknya.

Johnson sedar kalau dia bertanding untuk penggal kedua Parti Demokrat, partinya akan kalah teruk.

Kenyataan Johnson itu menyebabkan persaingan untuk calon Demokrat bertanding jawatan Presiden kini telah terbuka.

Calon 'dove' seperti Robert F. Kennedy, Eugene Mccarthy, dan George McGovern nampaknya bersaing sesama sendiri, tetapi memandangkan Johnson dari kem 'hawk' sudah mengundurkan diri dari persaingan, maka Naib Presiden iaitu Hubert Humphrey masuk bertanding menggantikan Presiden Johnson.

Melihat kepada situasi ini, Presiden Johnson kini dilihat sebagai 'lame duck president', iaitu presiden yang tidak lagi mempunyai pengaruh dan tidak lagi dianggap penting.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now