Episod 12 - 17 Januari, 1938

45 7 4
                                    

Yahya

Dah dua minggu aku bersekolah di Henderson College, Wijayapura. Walaupun sekolah ini dikatakan sekolah paling berprestij di seluruh Gelanggayu, aku rasakan ia tak cukup bagus untuk aku. Too easy.

Setakat ini aku belum jumpa mana-mana lagi budak yang lebih pandai daripada aku. Tapi disebabkan itu, aku berjaya buat duit kat dalam asrama ni.

Tolong buat kerja sekolah, £5 sehelai. Kalau nak minta terjemah English ke Melayu, atau Melayu ke English, £10 sehelai. Harga aku memang mahal sampai mereka panggil aku Yahyahudi, tapi aku peduli apa. Aku bagi perkhidmatan, aku demand harga ni.

Tapi kebanyakan daripada mereka ni anak orang kaya. Setakat £10 sehelai ni celah gigi mereka je. Orang lain hujung minggu pergi outing, aku kat dalam dorm tolong buat kerja sekolah orang.

Lama kelamaan, kerja-kerja aku sudah sampai ke pengetahuan senior.

Henderson College ini berhampiran dengan kawasan Bukit Istana. Aku tahu yang Tengku Mariam, isteri Tengku Mahkota sedang mencari tutor yang boleh mengajar anaknya dalam Ilmu Hisab, Ilmu Alam dan English. Aku tahu ini sebab dahulunya dia pernah datang ke rumah dan nak jemput Aki duduk istana. Aku yang racun fikiran Aki untuk menolak.

Sebab kenapa nak lepaskan peluang untuk orang yang macam Aki? Ya, Aki memang bijak orangnya, aku tak nafikan. Kalau berbanding dengan abang-abang sepupu yang lain, yang IQnya sama tahap dengan tunggul kayu, Aki ni memang bijak. Bijak sikitlah.

Tapi Aki tak macam aku. Belum ke tahap aku lagi. Lagipun, aku ada matlamat aku yang aku perlu kejar.

Jadi biarlah aku tolong buat kerja-kerja dorang ni, atau yang mana minat nak belajar, aku akan ajar. Nanti bila tiba ujian bulanan nanti, last minute punya mengajar, aku akan up harga.

--

"Ish kau ni, ajar satu bab kau charge £50? Mahal la, Yahya..."
"£30 boleh laaa..."
"£40?"

Aku berpeluk tubuh mendengar masing-masing minta aku kurangkan harga.

"Folks, dalam ekonomi, aku tak boleh kurangkan harga. Kalau aku kurangkan harga, akan menyebabkan lebih ramai permintaan. Aku tak boleh nak buat untuk semua orang. Jadi, kalau kau nak aku kurangkan harga, nanti akan lebih ramai minta perkhidmatan aku, dan aku tak larat. Kalau kau rasa service aku ni terlalu mahal, kau boleh cari service lain."

"Tapi kau sorang je yang ajar kami dan kami faham. Boleh lah, Yahya..."
"Kita sesama Melayu ni janganlah Yahudi sangat, Yahya..."

"Aku bayar £15 tapi aku sanggup kilatkan kasut kau!" kata lelaki yang bernama Zainal.

Aku pandang Zainal.

"£30, kalau kau nak kilatkan kasut aku. Kalau kau nak harga £15, kau kena kilatkan kasut aku, dan sterekakan baju aku," kata aku.
"Okay, baik. Aku sanggup, Yahya!"
"Yahya, aku pun nak kilatkan kasut kau!"
"Aku pun nak sterekakan baju kau kalau harga macam tu, Yahya!"

Di sinilah aku mula membina balachi-balachi aku. Asalnya mereka ni anak orang kaya dan membalachikan orang lain, tapi sampai kepada aku, mereka yang jadi balachi aku.

Jadi setiap hari mereka akan belikan aku makanan, minuman, tolong basuhkan baju aku, tolong seterekakan baju aku. Kalau misalkata mereka salah buat, aku akan ajar dia apa ertinya bila dia langgar aku.

Umpamanya, ada seorang yang bernama Roslan. Dia ni dah la lambat yuran tutor aku, lepas tu dia pergi campurkan baju putih aku dengan baju yang berwarna. Akibatnya, baju aku jadi bertompok-tompok kena baju aku yang berwarna hitam.

Jadi aku kumpulkan semua budak Form One, dan aku bagi pelempang pada Roslan. Dia menangis, merayu-rayu minta maaf sebab rosakkan baju aku.

Jadi aku tuntut dalam masa 24 jam, dia kena bayar aku £200 dan ganti balik baju putih aku. Kalau tak, esok aku akan minta semua orang pukul budak ni sampai lunyai. Dan kalau dia report orang atas atau mak ayah, aku akan pastikan kaki dia tak boleh berjalan sampai bila-bila.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now