Episod 73 - 1 September, 1962

38 8 0
                                    

Temasik mengadakan referendumnya untuk menyertai Persekutuan Gelanggayu hari ini.

Kem Yes dipimpin oleh Perdana Menteri Temasik, Lim Kuan Yau. Kem Yes terdiri dari para banker, para pemain industri dan mereka yang berkepentingan dalam hubungan antara Temasik dan Gelanggayu.

Golongan kem No pula terdiri dari golongan kesatuan sekerja, dan persatuan buruh yang menentang pergabungan ini. Golongan ini ditaja oleh Majapahit dan Arroyo yang mahu penyatuan ini digagalkan.

Sekiranya Gelanggayu dan Temasik bergabung, mereka akan jadi sebuah kuasa ekonomi yang begitu kuat yang mereka tak akan mampu lawan.

Yahya bersama perempuan simpanannya, Pornthip datang ke Temasik berpelukan sambil Yahya pegang botol wiski.

Ini kerana Temasik ialah wilayah yang diciptanya. Temasik bakal jadi duri dalam daging dalam politik Gelanggayu nanti.

--

Keputusan referendum Temasik menyertai Gelanggayu, 1962:

I support merger giving Temasik autonomy in labour, education and other agreed matters as set out in Command Paper No. 33 of 1961, with Temasik citizens automatically becoming citizens of Gelanggayu.

Yes: 397,626
No: 18,239

Undi rosak atau tidak bertanda: 146,600

Kemenangan berpihak kepada Yes, kerana Yahya dah bina kumpulan gangsternya, satu dalam kaum Melayu, satu lagi dalam kaum Kwantong, mengugut kedua-dua belah masyarakat untuk mengundi Yes.

Yang sebelah Melayu, mereka kempen 'orang kita sebelah Gelanggayu ramai, apa-apa hal boleh ada bantuan'. Yang sebelah Kwantong, 'kita nak takluk Gelanggayu guna ekonomi'.

Padahal kedua-dua puak ni pun Yahya yang menjadi funder.

Lim Kuan Yau pun akan upah gangster mana-mana yang melawan.

Lebih 146,000 orang mengundi rosak atau tidak mahu pangkah pun undi, apa maksudnya tu?

Ini golongan yang tak bersetuju tetapi ditekan oleh rejim Lim Kuan Yau yang dibelakangnya ialah Yahya.

Di Temasik, tiada freedom of speech. Semua kena ikut apa yang Yahya mahukan.

--

Di Padang, orang ramai berkumpul untuk mendengar ceramah Lim Kuan Yau dalam tiga bahasa, bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

Lim Kuan Yau dilihat sebagai pemimpin di semua masyarakat kosmopolitan di Temasik. Masyarakat di Temasik lebih majmuk dan pelbagai kaum. Di Wijayapura lebih kurang, tapi masih majoriti Melayu. Temasik 80% orang Kwantong dan orang Hoa, iaitu Kwantong dari Dai Viet yang lari akibat perang di negaranya.

Yang Melayu dalam 10%, kagum dengan kebolehan Lim bertutur dalam bahasa Melayu. Siap pakai songkok dan duduk bersila, makan nasi pakai tangan.

Dengan bankers dan pelabur, Lim boleh bercakap bahasa Inggeris dengan baik, sejajar dengan profesion sebelumnya iaitu peguam.

Depan orang ramai, Lim Kuan Yau dilihat sebagai pemimpin yang cekap dan hebat. Di belakang tabir, dia cuma pawn kepada Yahya yang sedang mencatur politik di Pentas Sunda.

Selepas sambutan kemenangan, Yahya berjimak dengan Pornthip, tanpa dia sedar, dalam Temasik ada ramai perisik-perisik GMM yang diketuai oleh sepupunya, Aki.

--

Selepas berjaya memproses semua bukti-bukti dari rakaman yang Mamat beri, kemudian dengan bukti gambar dalam bilik Yahya, Aki pergi ke Amerika Syarikat ketika Yahya masih ada di Temasik.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now