"Untuk dapatkan jarak, laju darab masa. J=L×M. So, macam mana nak ingat formula ni? Ingat balik apa I ajar you formula nak dapatkan jarak. Nak cari J, macam mana? Okay, macam mana nak dapatkan jarak kereta ni? Dia memandu kelajuan 90 kilometer sejam, selama dua jam 15 minit. Jadi berapa jaraknya..."
Azlan membebel mengajar formula Matematik kepada Mina, tapi Mina ni asyik pandang Azlan dan gigit-gigit pen.
"Mina, fokuslah. Tahun ni kan SPR," kata Azlan.
"I tengah fokus la ni."
"Fokus apanya macam ni..."
"I fokus kat you."Azlan mengelap peluh di dahi dengan tali lehernya. Kemudiannya dia menggaru-garukan kepalanya. Beginilah selalunya berlaku tiap kali bila Azlan mengajar Tengku Aminah dalam apa juga pelajaran atau belajar piano.
Azlan jadi tertekan sebab Tengku Aminah ni bukannya minat nak belajar, sebaliknya asyik-asyik cuba nak menggodanya.
Dahlah hari ni hari pertama bulan puasa, tadi kat luar panas sangat sampai sakit kepalanya.
"Take five," kata Azlan yang kemudiannya keluar dari rumah sekejap. Nak hisap rokok, bulan puasa pula. Jadi dia pun menyandar di kerusi rotan sambil mengurut-urut kepala dia. Pening kepala kalau ada sepuluh anak murid macam Tengku Aminah ni.
Tetapi atas amanah yang diberi oleh Tengku Ariffin, Azlan teruskan juga mengajar Tengku Aminah ni. Ketika Azlan sedang membongkok dan memberi tunjuk ajar kepada Tengku Aminah, dia sengaja langgar peha dan ini membuatkan Azlan rasa rimas.
Sudahlah ini bulan puasa, budak Mina ni bawah umur pula. Karang tak pasal-pasal kena kes pedofil pula.
Selepas mengajar Tengku Aminah, Azlan solat Asar, kemudiannya pergi ke bazar Ramadan Seksyen 12 untuk membeli juadah berbuka puasa.
"Eh, Ayam Goreng Harun!"
Azlan pun beli ayam goreng dari Pak Harun yang merupakan kawan baik arwah ayahnya. Anaknya Dalilah membungkus ayam.
"Kamu apa khabar, Alan?"
"Sihat, alhamdulillah, pakcik."
"Ni pakai tie pakai kemeja ni, baru balik kerja ke?"
"Begitulah, pakcik Harun."
"Pakcik lepas ni nak niaga warung. Tengah kumpul modal ni," kata Pak Harun.
"Alhamdulillah, saya doakan pakcik berjaya. Selamat berpuasa dan berbuka nanti!"Selepas membeli ayam goreng, Azlan nampak anak jirannya, Merlina bersama dengan kawan baiknya, Kamariah sedang menjual air balang.
"Mak datuk, nama air dia ni dahsyat. Lemonade Metallica. Sirap Berbisa Scorpions. Kathira Megadeth. Amboi, lain macam! Tembikai Merah Di Ufuk Timur! Gila rock betul budak ni."
"Lai lai lai, abang handsome, kakak lawa! Mari beli air adik kakak abang semua!" jerit Merlina.
Azlan tersenyum melihat anak jirannya Merlina bukan main rajin tolong ibunya Datin Ayuni berniaga. Walaupun dah kaya, tapi minat berniaga tu masih tegar dalam diri Datin Ayuni ni. Patutlah jadi kawan baik ibunya.
"Haaa abang handsome yang pakai tie tu, baru balik office ke? Mari la sini beli air ni. Karang habis, menyesal. Dah nak waktu berbuka ni," kata Merlina.
"Err, nak air tembikai?"
"Tembikai Merah Di Ufuk Timur?" tanya Merlina.
"Haaa, ya ya!"
"Nak isi tembikai sekali, ke isi dan kulit?"
"Kuat betul minat Search ni, Mer," kata Azlan.
"Tak jugak. Search tu nombor dua."
"Nombor satu siapa?"
"Digital Tribe la. Tu, air warna biru bunga telang tu. Tu namanya Biru Mat Danger! Peminat setia ni!" kata Merlina sambil tepuk dadanya.
"Ooo, memang peminat rock ni."Merlina bungkuskan air tembikai, letak dalam plastik.
"Berapa sebungkus?"
"Seringgit sebungkus."Azlan keluarkan not lima ringgit.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiksi SejarahMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.