Beijing, Republik Rakyat Kwantong
Faridah bersama-sama dengan pakciknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Iskandar Ali, bersama dengan beberapa menteri yang portfolio berkaitan seperti pertahanan, kewangan, menteri luar, perdagangan antarabangsa dan industri dan sebagainya bertemu dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Kwantong, Mao Zedong dan Premiernya, Zhou Enlai.
Tengku Norman juga menghantar wakil ke sana sebagai wakil dari istana. Banyak perbincangan yang dibincangkan, tetapi antara yang dibincangkan ialah tawaran hubungan diplomatik antara Kwantong dan Gelanggayu sekiranya Republik Rakyat Kwantong tidak memberi sokongan terhadap Parti Komunis Kwantong.
Dengan tandatangan dari pemimpin-pemimpin Parti Komunis Kwantong, maka bermulalah era hubungan dua hala antara dua negara ini. Kwantong yang memerlukan sumber modal, kepakaran dan teknologi yang memerlukan mereka membuka negara mereka semula selepas mereka mengamalkan dasar tutup pintu sejak Komunis menang perang saudara pada tahun 1949, berjanji tidak akan menyokong Parti Komunis Gelanggayu yang kini kurang dari 1,000 orang dan tidak lagi signifikan untuk pimpinan di Beijing menyokong.
Sekaligus bermulanya era baru buat kedua-dua buah negara.
--
Faridah
Kerajaan Kwantong mula melepaskan tanah-tanah industri dengan harga yang murah, tapi harga murah ni dengan bersyarat agar Parti Komunis ada kuasa untuk menentukan apa pembangunan yang nak dibangunkan.
Pada aku, aku tak ada masalah. Kerja aku lepas ni ialah tarik pelabur Amerika dan Eropah melabur di Kwantong.
Sebenarnya sejak Nixon datang ke sini dua tahun lepas, masih ramai yang belum berani nak melabur di Kwantong, dan kalau ada pun, semuanya bidang pertahanan.
Sebagai negara pertama yang bukan komunis di Asia Tenggara yang membuat hubungan diplomatik dengan Kwantong, ini adalah peluang besar Gelanggayu untuk meluaskan jaringan perindustrian. Dan aku akan gunakan peluang ini untuk mendapatkan keuntungan daripada ini.
--
Aziz balik rumah dari sekolah, dia menangis.
"Kenapa pulak awak ni menangis, Aziz?"
"Kat sekolah Aziz kena ejek, sebab kalah main chess. Dorang cakap, bapak je Muhammad Niat, tapi tak pandai main chess! Lepas tu kawan-kawan Aziz tuduh yang Aziz ni bukan anak ayah!" kata Aziz sambil mengelap air mata.Mamat dah tepuk kepala. Dalam masa sama dia rasa kesian juga dengan Aziz yang langsung tak pandai main catur.
"Ayah masak dulu, lepas makan, kita solat. Lepas solat, ayah akan ajar Aziz. Tapi bukan ke selama ni ayah ajar Alan, Aziz yang tak nak belajar sekali?"
"Mana Aziz tahu kat sekolah wajib belajar main chess!" Aziz terus menangis teresak-esak.Azlan bawa papan catur, kemudiannya ajak abangnya untuk belajar sementara ayahnya sedang memasak.
"Belajar dengan Alan. Alan tau main..."
"Kau budak kecik, Alan! Mana sama level dengan dorang kat sekolah aku tu!"
"Kalau macam tu, besok, bawa Alan pergi sekolah. Biar Alan lawan semua orang yang ejek Abang Aziz tu."
"Kau sekolah pun belum lagi, Alan."
"Belum cuba, belum tahu kan?"--
Keesokan harinya, dalam kelas Catur, Aziz bawa Azlan ke sekolah. Azlan, dengan perangai tak banyak cakap dia, duduk di tepi, pakai leather jacket gaya macam ayahnya. Sempat dia rembat cermin mata Wayfarer ayah dia.
"Aik, Aziz, bawak adik ke? Adik kau nak tengok abang dia kena lauk macam semalam ke? Hahaha!"
"Adik aku cakap, dia nak lawan korang. Kalau kalah, kena enjut ketampi 100 kali."
"Cakap dengan adik kau, kalau kalah macam kau, kesian dia nanti. Dia tu budak kecik lagi."
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiction HistoriqueMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.