Episod 120 - 20 Disember, 1974

32 7 0
                                    

Mamat bersama Faridah, Aziz dan Azlan, bersama-sama dengan Tengku Ariffin, isterinya Suzaine dan anaknya Tengku Aminah pergi melancong ke Pulau Corsica, Perancis, serta melancong ke Itali.

Ini kerana sejak Azlan meminati filem Godfather, Azlan dilihat berminat dengan kebudayaan Itali. Selain itu, Azlan juga berminat untuk belajar sejarah Rom.

Dalam kapal terbang, Azlan sengaja diletakkan bersebelahan dengan Tengku Aminah, untuk menjadi mesra. Malangnya, Azlan seperti tidak mahu melayan Tengku Aminah. Ye lah, Azlan dah berumur lima tahun, sedangkan Tengku Aminah baru je berusia setahun lebih.

Disebabkan itu, Azlan pindah kerusi ke sebelah ayahnya.

"Kenapa tak nak duduk sana?"
"Boringlah, ayah. Duduk sebelah budak kecik. Nak borak apa macam tu. Flight ni dah la jauh lagi."
"Ish, awak ni. Dah bagi duduk sebelah tuan puteri pun, awak tak nak."
"Tak nak la, Alan. Lagipun dia asyik senyum je pandang Alan."
"Dia suka kat Alan la tu."
"Eiii ayah ni...."

--

Di Pulau Corsica, Tengku Ariffin bawa mereka ke sebuah istana lama yang dahulunya milik Napoleon Bornaparte yang terletak di Bonifacio, selatan pulau yang menghadap Pulau Sardinia milik Itali.

Asalnya Pulau Corsica ini milik kerajaan Republik Genoa dari tahun 1284 sehingga 1755, apabila pulau ini mencapai kemerdekaan. Corsica merdeka hasil bantuan Perancis, tetapi menjelang 1768, Corsica tidak mampu menanggung beban hutang dari Perancis, maka pada tahun 1769, Perancis menakluk pulau itu sebagai jalan penyelesaian untuk menyelesaikan hutang.

Di sini, Tengku Ariffin memperkenalkan Faridah kepada pemain industri di Perancis, yang mahu melabur di Gelanggayu. Sudah pastilah Faridah ada dapat sedikit bahagian daripada pelaburan Perancis ini.

Faridah juga menawarkan kepada pemilik-pemilik syarikat industri Perancis untuk melabur di Kwantong untuk tenaga buruh yang rendah. Mereka semua akan ke Wijayapura dan Faridah akan membawa mereka berjumpa dengan ahli-ahli dewan perniagaan Gelanggayu-Kwantong untuk mendapatkan peluang membina kilang.

Nanti Faridah dapatlah juga bahagian sebagai orang tengah yang membantu Kwantong mencari pelabur asing.

Petrogayu bersama-sama dengan CFP, iaitu syarikat petroleum Perancis dan Petrofina dari Belgium akan bersama-sama mencari petroleum di kawasan perairan Gelanggayu.

Walaupun tengah bercuti, tetapi Faridah tetap mencari peluang untuk pelaburan untuk hasil yang lumayan kepada Gelanggayu.

--

Mamat pula membawa Aziz ke ladang anggur, dan Mamat lihat Aziz benar-benar berminat tentang penanaman pokok zaitun dan anggur di sebuah ladang di daerah Frasseli, di selatan pulau ini.

"Waaaahhh, macam ni rupanya tanam pokok anggur! Kat Gelanggayu boleh tanam ke pokok anggur?" tanya Aziz.
"Eh, mana boleh. Pokok anggur ni kena suhu sejuk, Aziz. Panas macam kat Gelanggayu tu tak boleh."
"Tapi kalau kita buat baka anggur tu boleh tanam kat kawasan panas, boleh kan?"
"Itu...Aziz kena la cari jalan macam mana nak buat pokok anggur boleh ditanam di kawasan panas macam Gelanggayu tu."

--

Di istana lama Napoleon ini, Azlan berjalan-jalan di sekitar kawasan itu. Pada awalnya, Azlan diarahkan oleh Mamat untuk teman Tengku Aminah, tapi teman budak umur setahun ni amat membosankan buat Azlan.

Bila Tengku Aminah dah tidur, Azlan pun jalan-jalan di sekitar bangunan lama ini. Ketika sedang merayau di sekitar kawasan itu, Azlan terserempak dengan kelibat Napoleon. Kelibat itu kemudiannya menoleh ke arah Azlan, sebelum Napoleon menanggalkan topinya, dan memberi tunduk hormat kepada Azlan.

Dalam perasaan yang terketar-ketar, Azlan pun membalas tunduk kepada Napoleon. Napoleon berkata pada Azlan,

"Un roi comme toi ne s'incline jamais devant les autres."

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now