Sebagai pengawas yang bertugas, Natasha kena jaga pintu pagar dan mencatat pelajar yang datang lewat.
Dah pukul 7:30 pagi, loceng sekolah pun berbunyi. Ketika dia baru nak ambil beg dan pergi ke kelas, dia nampak Azlan kayuh basikal dengan earphone kat telinga.
"Eh, dia ni! Suka-suka hati dia je nak datang lambat! Dah pukul 7:30 pagi dah ni! Tak bahaya ke naik basikal sambil pakai Walkman? Karang tak dengar orang hon nanti, kena langgar, padan muka!"
Azlan buat tak tahu kayuh basikal menuju ke tempat letak basikal. Natasha berlari-lari mengejar Azlan.
Sampai ke tempat letak basikal, Azlan sedang tenang mengunci tayar basikalnya.
"Alan! Alan!" Natasha jerit depan Azlan. Azlan buat menonong belitkan rantai pada handle basikal dan tiang untuk kunci basikal. Natasha jadi geram, dia pijak kasut Azlan.
"Adoiiii!"
"Yihhhhh pekak ke apa you ni!"Azlan buka earphonenya dan nampak Natasha muka dah menyinga.
"Dah kenapa?"
"You lambat!"
"So?"
"Tak menepati disiplin! Reputasi buruk!"
"Sorry la, Pengetua kat America, ibu kat Kwantong, Tengku Ipin kat Australia. I terpaksa kayuh basikal from Puncak Jaya to here."
"I tak nak dengar sebarang alasan! I akan tulis nama you sebab you lewat sampai sekolah!"
"La, tulis nama je. Ingatkan apa tadi."
"You jangan ingat I main-main!" kata Natasha sambil hentak kaki.
"Okay, lepas tulis nama, lepas tu apa?"
"I report kat Pengetua!"Azlan ketawa.
"Lepas tu?"
"You akan kena denda!"
"Denda apa?"
"Kena denda lah!"Azlan berpeluh-peluh, kemudiannya dia sengaja kibas-kibaskan peluhnya pada Natasha.
"Yiiiihhh, bau peluh you laaa!"
"Sorry, mana shower kat sini?"
"Dah la lambat, nak sibuk pulak mandi. Tadi kat rumah tak mandi ke?"
"La, kan I kayuh basikal tadi. Mestilah berpeluh. Mana tempat shower kat sini?"
"Yiihhhhh you kena denda ni, lagi nak pergi shower!"
"Ye lah, nak denda, denda je lah. Beritahu je lah Pengetua tu. Gerak dulu, mana tempat shower ni..." Azlan terus jalan menonong tanpa mempedulikan Natasha.
"Yiiihhh! I hate youuu!" jerit Natasha di belakang sambil hentak kaki.Azlan buat tak peduli. Dia hanya fikir nak cari tempat mandi dan tukar baju uniform dan blazer sekolah.
Azlan mandi di dalam bilik air, kemudiannya dia terus salin pakaiannya, dan memakai baju sekolah serta blazer dan tali leher berwarna hijau tua.
Selepas tu dia terus masuk ke dalam kelas 3 Diplomat, dan dia nampak Natasha dalam kelas tu sedang pandang dia dengan perasaan penuh menyirap. Budak-budak perempuan yang lain semua dah teruja Azlan masuk ke kelas mereka.
"Oh my God, handsomenyaaaa!" kedengaran beberapa orang perempuan berbisik sesama kawan-kawannya.
Cikgu Rashid pun tak marah dengan dia, buat selamba je Azlan duduk di kerusinya. Kemudian, ketika sedang menulis di papan hitam, Cikgu Rashid tergaru-garu melihat jalan kerja kalkulus yang dia buat dan dia hairan mengapa tidak mendapat jawapan yang betul.
"Err, cikgu, cikgu salah kira tu," kata Azlan, mengangkat tangan.
Cikgu Rashid menoleh ke arah Azlan.
"Apa yang salah kira tu? Awak cikgu ke, saya cikgu? Dah la masuk lambat," Cikgu Rashid terasa egonya dicabar bila ditegur oleh Azlan.
"Seorang cikgu tak semestinya tak buat kesilapan. Kalau saya boleh betulkan?" tanya Azlan, bangun dari kerusinya.
"Silakan," kata Cikgu Rashid.Azlan padam bahagian yang Cikgu Rashid salah kira dalam jalan kerja kalkulus itu, kemudiannya dia betulkan jalan kira cikgunya itu sendiri.
"Cikgu salah kira kat sini, saya dah betulkan, ni jawapan dia," kata Azlan sambil menggariskan jawapan. Cikgu Rashid baru nampak kesilapannya.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiksi SejarahMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.