Azlan baru pulang dari ibu pejabat Parti Jujur Bahagian Puncak Jaya, dan bertemu dengan pakciknya, Daniel. Daniel meminta Azlan untuk memujuk ibunya untuk berdamai semula dengan isterinya.
Ini kerana Daniel bimbang kalau perkara ini jika berterusan, akan mengganggu persiapan Bahagian Puncak Jaya dalam berdepan dengan Parti Persekutuan yang menguasai kerajaan pusat dalam pilihanraya akan datang.
Azlan pergi ke bilik ibunya, dan ibunya sedang sibuk bekerja.
"Hah, dah balik dah kau? Nat telefon kau tadi," kata Faridah yang sedang menaip laporan pada komputer IBM yang baru dibelinya.
"Ibu, Alan baru balik dari office Uncle Daniel tadi. Dia yang panggil Alan minta datang ke office."
"Nak apa?" tanya Faridah, nada sedikit keras.
"Dia minta ibu tolonglah maafkan Aunty Kathy."
"Pergi mampos. Tak ada maaf bagi adik yang kurang ajar macam tu!"
"Ibu...Alan sampaikan je. Dia risau, kalau ibu gaduh dengan Aunty Kathy, ibu tak nak bagi fund Bahagian dia lagi," kata Azlan.
"Masa dia buat Langkah Sepetang tu, ada dia bincang dengan ibu tak? Tak ada kan? Dah pandai sangat, dah banyak duit sangat, tak payah dengar pendapat aku, kan?" tanya Faridah.Azlan nampak ibunya memang benar-benar marah dengan tindakan Daniel yang walaupun menguntungkan Parti Jujur, tetapi tindakan itu merugikan keluarga Yom Puteh dan dia tidak suka tentang perkara itu.
"Ibu, Sepetang Move tu peluang penting Parti Jujur untuk besarkan pengaruh dia. Lagipun, bila Alan jadi pemerintah nanti, Alan kena jaga seluruh negara, termasuklah Sepetang."
Faridah terus pusing kerusi dan menghadap muka Azlan.
"Selagi keturunan lanun musibat tu mengawal Sepetang, selagi tu takkan boleh kau kawal kawasan tu. Mereka memang habis-habisan nak jatuhkan kau, macam mana mereka buat pada ayah kau? Kau ingat helikopter rosak tu dulu kerja siapa? Kerja Sayap Kuning! Musibat kaliamak punya keturunan lanun! Dasar anjing kurap!" herdik Faridah.
Azlan faham sentimen kebencian menebal ibunya terhadap keluarga Wan Demang dan Sayap Kuning, terutamanya melibatkan kematian ayahnya.
"Selagi aku belum mampos, selagi tu aku nak hapuskan Sayap Kuning ni. Ini dendam aku sampai hujung nyawa!" Faridah tumbuk meja.
"Faham, ibu. Maafkan Alan. Alan cuma tak nak silaturrahim antara keluarga kita terputus. Lagipun Aunty Kathy tu kan adik ibu."
"Kalau dia adik aku, dia patut hormat aku! Celaka punya adik, masa muda dah la selalu pinjam baju aku. Dah la gemuk, habis rosak baju aku. Dah tua, menyusahkan aku pulak! Pergi sokong laki dia yang entah pergi menjilat kaki keturunan musibat tu demi nak menang kerusi DUN, siapa suruh?" kata Faridah.Azlan diamkan sahajalah. Dah ibunya marah teruk sampai macam ni, tak berani dia nak tanya lagi.
"Wallahi, wabillahi, watallahi, Alan. Kat kubur arwah ayah kau aku dah bersumpah, sampai ke hujung nyawa aku ni, aku akan berusaha untuk hapuskan Sayap Kuning ni, dan hapuskan semua keturunan lanun ni. Masa tu barulah kau boleh memerintah dengan aman," Faridah pusing kembali ke mejanya dan sambung menaip.
Azlan faham, dan kemudiannya bersiap untuk ke HouseNoizy, untuk persembahan Digital Tribe.
"Nak pergi mana kau?" tanya Faridah.
"HouseNoizy! Ada performance."
"Macam hotel kau buat rumah ni. Besok dah ada makwe, memang tak balik langsung agaknya!"Azlan geleng kepala je lah bila ibunya dah masuk mode mak-mak. Membebel je kerjanya.
"Alan gerak dulu ya, ibu? Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam, pergilah kau. Elok-elok jalan."--
Sebenarnya Azlan tahu yang hari ni Harry dan gengnya nak ajak Azlan bertumbuk. Sebab tu Ali dengan geng Chaos dah tunggu Azlan di HouseNoizy.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficción históricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.